Followers

28.3.10

Konsert Jom Heboh di Kelantan cipta sejarah

Konsert Jom Heboh di Kelantan cipta sejarah
Posted by admin on March 28th, 2010

Pagar yang memisahkan antara penonton lelaki (kanan) dan wanita (kiri).

KOTA BHARU, 28 Mac – Penganjur Konsert Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, di sini malam tadi mengotakan janji untuk mematuhi syarat dikenakan kerajaan negeri, antaranya pengasingan tempat duduk antara penonton lelaki dan perempuan.

Selain itu hanya artis lelaki – tiada artis perempuan sebagaimana lazimnya – yang membuat persembahan pada konsert Jom Heboh pertama selepas pelancaran di Stadium Bukit Jalil hujung Februari lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan, pihaknya bercadang untuk menjadikan konsert Jom Heboh di Kota Bharu sebagai model bagi konsert seterusnya di negeri-negeri lain bermula di Johor Bahru selepas ini.

Menurut beliau, pihak penganjur tiada masalah untuk memenuhi syarat dikenakan kerajaan negeri termasuk pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita serta tiada persembahan oleh artis wanita.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. begitu juga Baginda Tengku Mahkota Kelantan yang berangkat pada hari pertama program (Jumaat).. Baginda sangat gembira melihat rakyat negeri ini mengambil kesempatan membawa bersama keluarga masing-masing khasnya bagi mengikuti program Al-Kulliyyah,” katanya ketika ditemui sejurus konsert berakhir malam tadi.

Dianggarkan lebih 50,000 penonton, kebanyakannya golongan muda mudi membanjiri segenap ruang Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk mengikuti konsert Jom Heboh yang pertama kali berlangsung di negeri ini.

Konsert Jom Heboh di Kota Bharu berjaya mengasingkan antara penonton lelaki dan wanita serta pasangan berkeluarga.

Sebahagian penonton wanita yang memenuhi Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk mengikuti konsert Jom Heboh TV3.


Sumber berita: BBCKelantan.com

20 comments:

  1. salam kak chik..akak pun menang juga project alpha tu..dah 2 kali dah..alhamdulliah..

    la..ingatkan masa kak chik gi ke kl kak chik terus singgah kt pwtc..

    bagus juga tenguk org lelaki dan perempuan di pisahkan tpt mereka..

    ReplyDelete
  2. Salam kakchik...

    Ternyata boleh dibuat oleh penganjur... kannnnnnnnnnnnnnnn ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...semua brjln lancar...semoga jd perintis kpd negeri2 yg lain.

    ReplyDelete
  4. wa'alaikummussalam kak ina. akak memang power! selalu je ada yg menang hehe. masa gi KL hari tu kita kena ikut je ke mana cik abe and YB pergi sebab naik kete dia. Tak sampai pwtc tapi sampai parlimen kak. setiap konsert kat sini memang asingkan tempat duduk.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam kak e. Memang boleh sangat kak... antara penganjur nak setuju atau tidak je. Sebelum ni diharamkan sebab penganjur taknak setuju.

    ReplyDelete
  6. Betul kak nza, syukur... tapi masih banyak ruang yang perlu diperkemaskan agar lebih baik dari segi Islam.

    ReplyDelete
  7. kakchik nk tanya bleh x? saya da lama x gi kelantan. cuma sy dgr kat sana wajib pakai tudung. mmm...tgk gmbr tu lengan pendek tapi pakai tudung. camana tu kakchik? maybe there's something should be done about it? :) kakchik kan suara yg didengar. cubala bg cadangan. :)

    ReplyDelete
  8. benda baik mcm ni la kena teruskn. :)

    ReplyDelete
  9. Nurul, dari manakah Nurul dengar kata-kata itu? Pakai tudung tidak dipaksa kepada masyarakat awam tapi wajib bagi penjawat awam di agensi Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri cuma menggalakkan org awam dengan kuliah, signboard, pamplet dan sebagainya. Mereka tak pernah wajibkan. Kuasa PBT hanya boleh menegur mereka yang berpakaian menjolok mata sahaja. Sepanjang pengalaman kakchik hidup di Kelantan sejak pemerintahan PAS, segala cara sudah diguna untuk mendidik etika pakaian Islam yang sempurna tapi begitulah masyarakat yang turut terpengaruh dengan fesyen, tren dan sebagainya.
    Bukan something should be done, but everything has been done and tried tapi kesedaran yang sebenar ialah dari dalam diri mereka sendiri. Mohon Allah bukakan hati-hati mereka.
    Suara kakchik hanya satu, tiada sebarang power yang kuat, kakchik bukan orang dalam Kerajaan, sekadar blogger harian yang cintakan Islam dan mahukan Islam terus bertapak di negeri ini begitu juga di Malaysia.
    Kakchik menulis kerana rasa tanggungjawab kerana sayangkan ummat ini. InsyaAllah cadangan kakchik telah pun membantu menghasilkan pamplet Kod Etika Pakaian Islam yang telah pun diceduk oleh banyak orang. Cabaran dakwah kami dalam bab aurat ini masih panjang nampaknya. InsyaAllah usaha masih berterusan.

    ReplyDelete
  10. Alynn Notnot, terima kasih atas sokongan. Jangan lupa mainkan peranan sekali ya.

    ReplyDelete
  11. abg itew kata mmg best tapi itew tak pat pegi sbb mama itew tak bg pegi.. sobss =(

    ReplyDelete
  12. kalau buat kat negeri2 lain macam ni kan bagus...takde la berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan...

    salam ziarah sambil guling2 kat blog ni :)

    ReplyDelete
  13. baguslah buat mcm tu
    at least takde laa adegan sakit mata
    mira x pnah nak pegi konsert jom heboh ni
    bukannya sebab baik ke apa tp x tahan ramai sgt org
    lepas tu takut gak ada org amik kesempatan time tengah sesak2 ni

    ReplyDelete
  14. ptutnye kat sume ngri kena buat camni..bukan kat kelantan je..huhu

    ReplyDelete
  15. Artis yang buat persembahan semua seasoned tak laku dah. Ape da macam konsert pasar malam je.

    ReplyDelete
  16. itew, takpe lah tak dpt pegi pun... mungkin ada hikmahnya mama itew tak bagi pergi tu.

    ReplyDelete
  17. Azrul - TV3 memang boleh buat sebenarnya tapi mungkin di negeri lain lebih sosial programnya kerana tiada Akta Kawalan Hiburan seperti di Kelantan.

    Habislah kotor badan dok berguling-guling tu.

    ReplyDelete
  18. mira, kakchik cukup suka kalau orang muda macam mira tak suka ke program spt jomheboh ni. lebih baik tak pergi dari pergi. banyak yang selamat, iman, akhlak, duit, tenaga dll.

    ReplyDelete
  19. aizuddin - yang tu kena semua negeri terima pakai Akta Kawalan Hiburan macam kat Kelantan baru TV3 buat macam ni kot

    ReplyDelete
  20. My Funk Dark Side - ala kesiannya adik... tak kisah la dik, artis seasoned ke tak. Nasib baik semuanya lelaki. Pernah tengok ke macamana suasana di stadium kami nak samakan dengan pasar malam tu?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs