Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kali ni kakchik bersiaran dari Youtube. Hari ni agak sibuk dengan urusan belajar jadi kakchik tidak ikut cik abe ke Kota Bharu untuk bersolat sunat istisqa' bersama Tok Guru untuk memohon hujan.
Syukur, alhamdulillah... bumi Kelantan yang agak panas sejak bulan lepas, telah pun kembali sejuk sejak semalam. Hujan dah mula turun semalam tapi sekejap-sejekap saja lepas tu panas balik. Jadi Tok Guru sarankan agar kami sama-sama mendirikan solat hajat khas untuk memohon hujan dari Allah SWT.
Cubalah tengok video yang dibuat oleh cik abe semasa solat sunat pagi tadi. Tengok perubahan cuaca di Padang Perdana tu. Oh, maafkan kakchik ya sebab semalam telah beri maklumat yang salah. Kakchik tulis solat istisqa' akan dibuat di stadium, rupanya di Padang Perdana berhadapan stadium negeri. Maafkan kesilapan kakchik ya.
Maha Suci Allah! Sedang solat dilaksanakan, awan mula berarak kelabu dan akhirnya turun membawa rahmat semasa jemaah sedang bersujud memohon rahmat dari-Nya. Alhamdulillah.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Subhanallah
ReplyDeleteAllahuakbar!
Alhamdulillah..kat sini pun hujan semalam...tp hari ni panas semula...bak kata org,hujan sehari tak menyejukkan panas setahun..:)
ReplyDeletesalam kak chik,
ReplyDeletesenang hati tgok ramai berjemaah solat sunat istisqa'. kita bimbang bila msuk musim kemarau nih.
Alhamdulillah...smlm bila call aje mama, ktnya hujan turun mencurah2 kt PMas...sejuk n nyaman......Berkat doa n solat hajat rakyat klate...tempiasnya smpai ke johor....
ReplyDeletezaradgreat, kuasa Allah memang hebat.
ReplyDeletekak kam, kat sini hari ni cuaca sekejap cerah, sekejap mendung. agaknya ada tempat yg hujan hari ni tapi kat KB cerah la juga.
ReplyDeletewa'alaikummussalam nur. kena berterima kasih kat diorang kan. kita tak ikut serta. Allah ni bila hamba-Nya meminta, kadang... cepat je dia makbulkan.
ReplyDeletekak nza, tentu mama akak gembira hujan turun. dah lama orang berpeluh-peluh, nak keluar rumah pun naik malas.
ReplyDelete