Followers

11.3.10

Ikut Suami Buat Liputan ADUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semoga hari ni kita semua dalam keadaan sihat, bahagia dan ceria. Bagi teman-teman yang anak-anak masing-masing mendapat keputusan SPM hari ni, kakchik doakan semuanya cemerlang, tahniah ya. Kalau tidak cemerlang mana pun asalkan cemerlang akhlaknya. Insyaallah bila akhlak kita cemerlang, akademik juga akan seiring.

Sekarang ni kakchik online dari rumah seorang YB di Pasir Puteh kerana mengikut cik abe membuat liputan aktiviti YB sepanjang hari ini di sana. Jadi selepas 4 program di waktu pagi tadi, kami dijemput YB ke rumah beliau untuk berehat. Sempoi sungguh rumah beliau, sekali tengok tak siapa sangka itu rumah seorang ADUN.
Pemandangan di belakang Maahad Tahfiz Al-Aitam

Sebenarnya kakchik yang minta nak ikut cik abe hari ni, kakchik takut bosan di rumah sepanjang hari sebab hari ni kakchik tak kerja. Jadi sambil ikut dia ke merata-rata tempat ni, kakchik isi masa dengan membaca dan mengambil gambar-gambar menarik di tempat yang kami singgah.

Berdoa selepas solat hajat dalam suasana pagi yang sungguh hening.

Pada awal pagi tadi, kami ke Maahad Tahfiz Al-Aitam, Limbongan, Pasir Puteh kerana YB ada majlis pecah tanah masjid, solat dhuha dan solat hajat (istisqa') di situ. Background sekolah tahfiz tu sangat mengasyikkan kerana ada sawah padi dan bukit-bukau. Burung bangau pun ada berterbangan, cantik sungguh. Suasana semasa mereka bersolat sungguh hening dan bila mereka ramai-ramai berdoa, kakchik dapat melihat suasana langit yang mula mendung.

Bumi Kelantan malah bumi Malaysia ini sejak akhir-akhir ini sungguh panas dan ada negeri yang terpaksa mencatu bekalan air seperti Negeri Sembilan. Tok Guru telah menyarankan agar esok diadakan Solat Sunat Istisqa' di stadium untuk ramai-ramai memohon hujan dari Allah SWT. Tapi, alhamdulillah... sejak pagi tadi hujan turun sekejap-sekejap di bumi Kelantan. Lega. Tapi solat istisqa' tetap akan diadakan esok.

Selepas di maahad tahfiz, kami bergerak ke SMU Madinatul Ilmi, Kg. Wakaf untuk majlis penyampaian hadiah sempena hari sukaneka. Kemudian kami bertolak pula ke SMU Nahdatul Islamiah, Kg. Jelor juga di Limbongan. Ada program Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Di sini, hujan turun agak lebat, terasa sejuk sekali kerana sekolah pun di dalam kawasan kampung yang sejuk dengan pohon yang menghijau.

SMU Nahdatul Islamiah, Kg. Jelor, Pasir Puteh

Alhamdulillah rezeki kakchik murah hari ni, dijemput makan bersama dengan para tetamu gara-gara mengikut suami. Hidangan kampung yang sungguh menyelerakan sekali. Oh, ada ulam yang sudah lama kakchik tidak jumpa iaitu buah kerdas dan buah terung bulat. Nanti balik ke rumah baru kakchik upload gambar ya.

Dari situ kami singgah solat Zohor di sebuah surau tepi jalan dan kakchik berpeluang berkenalan dengan seorang nenek tua yang sudah tidak boleh berjalan tapi sanggup mengensot (ada ke perkataan ni?) ke surau sebelah rumahnya untuk solat. Mashaallah. Kat depan surau ada papan tanda menyatakan di situ ialah persinggahan perpustakaan bergerak sebanyak 2 kali sebulan.

Bergambar depan rumah YB (bawah) dan Sungai Pulau Melaka (atas - dah nak sampai rumah dah)

Usai solat Zohor, kakchik dan cik abe dijemput YB Cikgu Din ke rumah beliau kerana beliau mahu berehat sebentar dan cik abe boleh membuat berita untuk portan ADUN beliau. Pada jam 4.20 ptg ni kakchik masih di rumah beliau.

Jumpa lagi malam nanti, kalau kakchik ada masa sebab malam ni nak kena study, esok ada kelas tutorial ganti.

Salam sayang untuk semua.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs