Followers

9.3.10

Fesyen Muslimah - Reka Fesyen di Polyvore

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Teman-teman blogger dan para pengunjung yang dihormati,

Malam ni kakchik ingin mengajak anda semua terutama yang ingin menggarap kreativiti sebagai seorang pereka fesyen untuk mengenali beberapa orang pereka fesyen muslimah yang mungkin tiada pendidikan formal di dalam bidang rekaan fesyen tapi meminati bidang ini. Kakchik berpeluang mengenali mereka melalui satu laman khas untuk para artis iaitu Polyvore.com .

Bagi kenalan kakchik di KakChik's Wardrobe, rasanya kebanyakan mereka mengenali kakchik melalui rekaan-rekaan fesyen yang kakchik telah buat di laman web tersebut. Di situ jugalah kakchik berpeluang meluaskan ukhuwah hingga ke serata dunia. Bahasa perantaraan untuk blog kakchik yang kedua terhangat tu ialah bahasa Inggeris bagi memudahkan teman-teman bangsa asing membacanya. Itupun kemahiran bahasa Inggeris kakchik tidaklah begitu baik.

Dunia rekaan fesyen bagi kakchik adalah satu dunia yang sangat dekat di hati kaum wanita. Fesyen pakaian kaum wanita sangatlag pelbagai berbanding kaum lelaki. Percayalah, bila ingin membeli pakaian untuk anak perempuan, pilihannya terlalu banyak hinggakan 'naik kelabu mata' orang yang ingin membelinya. Semuanya kelihatan cantik, rekaan pelbagai, ada pendek, ada labuh, ada ketat, ada longgar. Bak kata apa yang terlintas di fikiran, mungkin ada. Tapi berbeza dengan fesyen untuk kanak-kanak lelaki. Anda tahu sendiri la kan.

Ok, mereka fesyen ini dari kefahaman kakchik yang cetek tentang Islam, jika fesyen pakaian yang direka itu membantu menjaga aurat pemakainya, semua orang yang terlibat dalam proses menghasilkannya turut menerima saham iaitu PAHALA. Pelukis gambar/paten, perekaset (misalnya sampel dalam Polyvore tu), tukang potong kain, tukang jahit dan sudah tentu tukang pakainya, semua akan dapat pahala jika pakaian itu kena dengan etika pakaian Islam.

Tapi... sebaliknya DOSA akan ditanggung bersama oleh semua yang terlibat dalam proses menghasilkan pakaian yang menyebabkan aurat seseorang pemakainya terbuka secara sengaja. Sebab itu kena berhati-hati dalam kita melibatkan diri dalam bidang rekaan pakaian ini. Silap langkah, kita pula yang dapat DOSA KERING.

Baiklah, siapakah pereka-pereka set pakaian Muslimah yang kakchik suka di Polyvore? Inilah antara mereka yang kakchik respek kerana ada prinsip dalam menghasilkan set pakaian Muslimah. Tidaklah sepenuhnya menepati tapi inilah pilihan kakchik.

1. Hijab Chic dari Finland - minat warna hitam, putih, kelabu dan pink.
Contoh set rekaannya yang kakchik suka ialah:



2. Nora Shishani dari USA - minat tudung Turki.
Contoh set rekaannya yang kakchik suka ialah:


Ops, masa dah terlebih. Sebagaimana yang kalian tahu, kakchik juga telah mereka banyak set pakaian di Polyvore. Jika berminat untuk melihat contoh-contohnya, sila lihat di bawah:



Find me on Polyvore


Gunakan anak panah ke kanan untuk melihat set yang seterusnya. Sehingga malam ini, kakchik sudah punya 435 set rekaan di dalam Polyvore yang dibuat dalam tempoh setahun. Kakchik pun tak sangka, hehe. Baru je dok bilang ni. Moga-moga boleh membantu para Muslimah semua.

Ini pula set yang paling popular:

Allahu'alam.

8 comments:

  1. Cantik2 lah design ni. Thank You Kakchik... Kakchik dpt buktikan yg Muslim pun boleh bergaya ikut fesyen terkini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dear Melody of Lexy. Point penting ialah tutup aurat... bergaya cara Islam insyaallah baik untuk kita.

    ReplyDelete
  3. cantiknyer kakcik..harga dia pulak mcm mana ye?

    ReplyDelete
  4. tima kasih Fia. kalau nak tau harganya Fia klik pada gambar, nanti dibawa ke laman polyvore. kat situ ada link blogshop dan harganya sekali.

    ReplyDelete
  5. salam kak chik, tapi rasanya saya lebih tua..he3X... seronok tgh jubah2 kat polyvore. berminat tapi mahal sangat. ada tak jubah style macam tu tapi murah????

    ReplyDelete
  6. cantik .. luv all the mix and match.. suke sangat!!!

    ReplyDelete
  7. wkslm aida. tak kisahlah siapa yg lebih tua asalkan kita masih dpt berukhuwwah dgn baik kan? jubah2 di polyvore tu kebanyakannya dijual di luar negara. kalau kat sini allahu'alam, kakchik pun tak pasti ada dijual atau tidak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs