Berikan daku
secebis dari kasih hidup ini...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Jumaat yang indah dan nyaman. Sekarang ni langit sudah sangat berat dengan awan yang hitam. Hujan dah mula turun tu dan angin juga agak kuat. Agaknya inilah kesan soalat sunat istisqa' yang dibuat oleh rakyat Kelantan pagi tadi di stadium negeri.
Alhamdulillah...
Dalam suasana yang hening ni, tiba-tiba je kakchik teringatkan lagu jingles kat atas tu. Rasanya lagu tu lagu iklan tentang anak-anak yang dahagakan kasih-sayang, anak yang tidak dipedulikan ibu bapa, mencuri wang dari saku ayahnya, akhirnya menjadi penagih dadah.
Entah kenapa lagu itu pulak yang terdetik di fikiran.
Mungkin kerana keadaan diri kakchik yang agak tidak stabil kerana bergelumang dengan assignment beberapa hari lepas, membuat perancangan untuk musim cuti sekolah, menyelesaikan urusan lesen premis kedai yang masih belum beres dan ... hmm...
Ok, enough! Back to work!
atas ni pun dah mula hujan....
ReplyDeletesyukurkan one z. kakchik ingat kat atas gunung cuacanya sejuk, kalau tak hujan pun tak risau sangat kan. tapi... takut airlah pulak yang takde.
ReplyDelete