Sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8 baru-baru, cik abe ajak kakchik keluar jalan-jalan selepas Asar. Katanya nak ke pantai... apa lagi, seronok sakan la kan sebab dah berbulan tak ke pantai. Ingatkan nak pergi berdua je tapi cik abe ni memang ler... dia nak bawa juga anak-anak buah kesayangannya tu. Bukan sorang tapi 3 ORANG! Hmm... takpe lah... asalkan kita boleh keluar jalan-jalan.
Dari Pulau Melaka kami menuju ke Kemumin sebab cik abe nak singgah di kedai grafik BIL, ada urusan sikit pasal bisnes dia. Selesai urusan kat situ, kami terus ke Sabak tapi tak singgah la di Pantai Sabak, saja nak round-round dengan kereta lagipun cuaca panas sangat. Dari Sabak terus ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, sempatlah masuk pusing-pusing dalam kawasan airport tu, kasi can kat budak-budak gembira dapat tengok helikopter dan kapal terbang.
Dah tu kami terus je ke Taman Bendahara yang berhampiran Universiti Malaysia Kelantan dan Pantai Timur Hypermarket. Kat situ jugalah ada Restoran MarryBrown. Budak-budak sibuk nak bermain di taman, kami lepaskan. Bukan main seronoklah 3 beradik tu, Ikhwan, Iffah dan Amni. Tapi sayang tak dapat mereka nak bermain dengan semua alat mainan sebab kanak-kanak lain agak ramai.
Kakchik ingatkan cik abe nak ajak ke PT Hypermarket tapi rengekan budak-budak 3 orang tu minta masuk ke MarryBrown, cik abe pun kalah hehe. Happy sangat la diorang tu sebab dalam restoran tu ada juga tempat untuk bermain. Bising sungguh bertempik naik-turun gelongsor dan bermain dalam longgokan bola-bola kecil. Zaman kita kecik dulu mana ada semua benda tu. Yang kakchik tahu main perang-perang, panjat pokok, masak-masak, dan macam-macam permainan tradisional. Budak-budak sekarang walau dok di kampung, dah tak kenal dah permainan macam tu.
Cik abe belanja kami makan petang tu. Kakchik order Fish and Chips untuk kakchik dan Ikhwan, cik abe punya Roasted Chicken, Iffah makan Nugget Combo, Amni dan bibik Sri makan Bubur Ayam. Hmm... semuanya sedap tapi sempat ambik gambar sikit je.
Nak kata dating... bukanlah betul-betul dating tapi bagi kakchik begini pun sangat-sangat menggembirakan sebab cik abe sendiri yang ambil inisiatif. Terima kasih Yang.
wahwah.bestnye dapat mkn marrybrown.xpe kakchik.sekali sekala dating dgn ank buah, bset jugak.dapat layan kerenah dorg bukan?hee
ReplyDeleteatiq, marrybrown tu besar sgt nak dimakan hehe, tak tergigit dek gigi kakchik ni.
ReplyDeletemmg best keluar dgn diorang selagi diorang tak buat perangai la kan.
dating secara berjemaah ye kakchik..hihi..
ReplyDeleteBestnya en hubby bawa jalan-jalan..dating berjamaah bak kata nadiyah..
ReplyDeleteBegitulah agaknya Nadiah hehe.
ReplyDeleteMasyitah, peluang ibarat peluang keemasan tu sebab bukan senang nak dapat peluang macam tu. Syukur.
ReplyDelete