Followers

26.3.10

Berjaya dapat RM20 untuk Advertorial Nuffnang

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia untuk semua.

Alhamdulillah hari ini kita bersyukur sebab masih lagi diizinkan Allah SWT untuk menghirup udaraNya di muka bumi ini. Kakchik doakan teman-teman berada dalam keadaan sihat sejahtera dan hari ini walau mungkin cuaca akan panas seperti beberapa hari yang lalu, kita semua masih dapat menunaikan tanggungjawab kita terhadap diri, keluarga, masyarakat dan agama terutamanya dengan sebaik yang mampu.

Insyaallah sebentar lagi kakchik dan cik abe akan ke kuliah Jumaat di pusat bandar. Seperti biasa kalau kakchik tiada kelas di OUM kakchik akan bersama cik abe ke sana. Sebenarnya ada kawan baik yang mengajak kakchik membuka gerai sempena Hari Terbuka Kolej Teknologi Darulnaim di Pengkalan Chepa tapi atas sebab tertentu kakchik terpaksa menarik diri walaupun awalnya kakchik bersetuju. Alhamdulillah kawan baik memaafkan kakchik.

Dan sekadar perkongsian ringkas pagi ni, kakchik nak kongsikan berita ini:

Klik untuk besarkan.

Tak sangka penyertaan kakchik di saat akhir juga diterima oleh Nuffnang. Advertorial untuk Instant Cash ini kakchik buat di dalam KakChik's Wardrobe. Sebab tajuknya sesuai dengan jiwa maka kakchik pun cubalah. Kalau nak tengok, sila klik KakChik's Wardrobe. Terima kasih kerana Nuffnang mengotakan janji. Nampaknya bertambah RM20 dalam earnings kakchik. Alhamdulillah... sambil tulis blog ada juga elaunnya.

OK, itu saja untuk pagi ni. Oh, kalau sempat lepas habis kuliah kakchik akan cuba curi peluang jengok tapak Jom Heboh Edisi Kelantan sebab hari ni sudah bermula.

Wassalam.

8 comments:

  1. assalamualaikum...

    kak chik...dtg singgah umah saya amik sesuatu ya...tq

    ReplyDelete
  2. Salam..
    tahniah...rezeki yg tak terjangka,kan...

    ReplyDelete
  3. wa'alaikummussalam aja. insyaallah nanti kakchik singgah ya.

    ReplyDelete
  4. wa'alaikummussalam kak kam. memang betul kak. ingatkan tak lepas sebab dah lewat penyertaannya.

    ReplyDelete
  5. K chik,cerita sikit pasal nuffnang ni..saya x tahu apa2. :)
    wfaiziah@kb.usm.my

    ReplyDelete
  6. wan, nuffnang ni syrkt pengiklan yang kalau kita letak iklannya di blog, ia boleh membantu kita menjana sedikit wang yang halal. dengan syarat kita ikut cara yang betul. nanti kakchik buat entri khas pasal nuffnang ni, wan datang baca ya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs