Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga kalian semua sentiasa di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Ya Allah, bimbinglah kami agar kami sentiasa di atas jalan-Mu yang lurus dan benar. Berilah hidayah dan petunjuk-Mu kepada kami setiap hari agar kami tidak menjadi hamba-Mu yang lalai dari suruhan-Mu. Amiin.
Sejak beberapa lalu kakchik sudah mendengar ura-ura mengatakan JomHeboh akan mengadakan aktivitinya di Kelantan. Dan hari ni kakchik membaca update terkini seorang teman yang bekerja di agensi Kerajaan Negeri dan beliau mengesahkan akan perkara ni.
Kakchik sambut baik kalau ada program hiburan di Kelantan ni asalkan ianya menepati Syariat dan Didikan Islam. Lagipun kakchik sudah tahu, kalau program JomHeboh yang suatu masa dulu tidak diadakan di Kelantan kerana tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, kini boleh diadakan, mestilah ada sebab-sebabnya.
Inilah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak TV3 dan Media Prima yang membolehkan mereka mengadakan JomHeboh di Kelantan.
Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan, iaitu Enakmen No.8 tahun 1998 (Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan). Dinyatakan dalam bahagian IV, perkara 35. Pihak berkuasa Kerajaan Negeri boleh mengikut budi bicaranya mengecualikan;
a) Mana-mana hiburan atau kelas hiburan[2] atau
b) Mana-mana tempat hiburan atau kelas tempat hiburan daripada mana-mana peruntukkan Enakmen ini atau mana-mana peraturan.... See More
Dalam perkara 36 (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki oleh Enakmen ini supaya ditetapkan dan bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini dengan lebih baik.
Dalam perkara 36(2) : Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan boleh dibuat bagi maksud;
a) Melarang atau mengawalselia apa-apa jenis hiburan atau penggunaan apa-apa jenis alat atau kelengkapan atau peranti di mana-mana tempat hiburan.
b) Mengkehendaki ada jalan keluar, pengudaraaan, pencahayaan, langkah-langkah pengcegahan kebakaran, kemudahan-kemudahan kebersihan dan kemudahan-kemudahan awam yang lain yang munasabah yang mencukupi ditempat-tempat hiburan.
c) Mengawalselia perilaku pelakon, penyanyi dan penghibur.
d) Memastikan orang-orang yang mengunjungi mana-mana tempat hiburan berkelakuan sopan dan teratur.
e) Menetapkan langkah-langkah yang mesti diambil oleh pemegang lesen sesuatu tempat hiburan demi keselamatan orang-orang di tempat hiburan termasuk melarang dibawa masuk ke tempat itu apa-apa jua yang boleh membahayakan orang atau harta.
f) Menetapkan jenis-jenis kesalahan yang boleh dikompaunkan (ta`zir) oleh prosedur-prosedur bagi mengkompaunkan kesalahan-kesalahan.
g) Menetapkan apa-apa fee yang perlu bagi maksud-maksud enakmen ini.
h) Menetapkan borang-borang bagi permohonan untuk mendapatkan lesen dan bentuk lesen-lesen yang akan dikeluarkan dibawah ini.
Dalam perkara 36(3) peraturan-peraturan yang dibuat dibawa ini seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu adalah suatu kesalahan dan bahawa mana-mana orang yang disabitkan dengan kesalahan itu boleh didenda atau dipenjarakan atau kedua-duanya tetapi penalty tidak boleh melebihi;
a) Bagi denda dua ribu ringgit dan
b) Bagi tempoh pemenjaraan satu tahun.
Maknanya, mereka telah setuju untuk patuh, maka Kerajaan negeri telah mengizinkan. Kakchik belum pasti bagaimana situasinya nanti. Kalau sebelum ni Suarasa diadakan di kawasan stadium negeri, sambutannya begitu hangat, kali ini dengan JomHeboh, kita belum tahu bagaimana hasilnya.
Ini sedutan akhbar dari Bernama mengenai perkara ini:
Ini sedutan akhbar dari Bernama mengenai perkara ini:
KOTA BARU, 6 Mac — Kerajaan negeri membenarkan Konsert Jom Heboh anjuran TV3 diadakan di Kelantan pada 26 dan 27 Mac ini sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, tetapi melarang penyanyi wanita membuat persembahan.
Kerajaan negeri juga menetapkan syarat supaya penonton diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan kerajaan negeri.
“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Terdahulu, Takiyuddin menyambut ketibaan penumpang penerbangan sulung syarikat penerbangan tambang murah Silver Fly, milik Berjaya Air dari Ipoh ke Kota Baru.
Beliau berkata keputusan kerajaan negeri menerima pertunjukan Konsert Jom Heboh TV3 itu mulai tahun ini menunjukkan kerajaan tidak mengharamkan hiburan sebaliknya mengawal pertunjukan hiburan mengikut enakmen hiburan yang diterima pakai di Kelantan.
Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri pernah menolak permohonan TV3 untuk menganjurkan Sure Heboh kerana ia bertentangan dengan konsert hiburan yang dikehendaki oleh Enakmen Hiburan di negeri ini.
“Tetapi setelah pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini,” katanya.
Takiyuddin berkata pada konsert itu, pihak berkenaan akan mengadakan satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. — Bernama
Mungkin kalau kakchik pergi, kakchik akan kongsikan pengalamannya di sini. Insyaallah.
saya sgt setuju dengan syarat2 yg kerajaan kelantan...alangkah bagusnya kalau semua negeri begitu, lebih2 lg selangor negeri tmpt tinggal saya...mudah2an Islam kan tertegak di Malaysia dlm masa terdekat...insyaallah
ReplyDeleteain, sebagaimana yang kita maklum dlm Islam juga ada hiburan kerana manusia ini jiwanya perlukan hiburan juga. sebab itu Kelantan ada enakmen kawalan hiburan ni yang membenarkan hiburan dibuat di sini dengan syarat khusus agar rohani masyarakat terjaga dari unsur maksiat. Usaha menjaga sebaik yang mampu. Insyaallah, tak lama nanti, negeri2 lain juga akan melihat kebaikan ini dan menirunya.
ReplyDeletebaguh tu...ambo setuju sangat...hehehehe
ReplyDeletesemoga negeri2 lain dapat mengambil iktibar....jangan nak fikir seronok saje...hidup ini sementara...
hehe, aja baguslah kalau setuju. program yang menepati syariat Islam memang sepatutnya kita setuju kan. masalahnya orang kita ni lebih suka seronok atas dunia je tapi jarang nak fikir panjang hingga ke akhirat.
ReplyDeleteIza tuggu cerita-cerita menarik kalau Kak Chik pergi.. yer lah tentu banyak juga perbezaan dari tempat2 lain.
ReplyDeleteiza, kalau kakchik pergi insyaallah kakchik khabarkan kat sini. Kakchik pun nak tengok apa perbezaannya.
ReplyDeleteTunggu update dari kak chik je nnti.wink wink
ReplyDeleteemy, diharap bersabar hingga malam nanti ya.
ReplyDelete