Assalamualaikum dan salam petang Sabtu kepada semua.
Senyap sunyi je petang ni. Mana pergi semua orang ya? Mesti letih sebab banyak sungguh kenduri-kendara yang nak dihadiri. Bagi kakchik yang hari ni bekerja, turut rasa sunyi sebab 2 orang staf bercuti manakala 2 orang lagi pulang awal sebab ada jemputan kenduri kahwin. Tinggallah kakchik dengan cikmat kat zahra' huhu.
Sekarang ni kakchik kat Kaunter depan menanti pengunjung-pengunjung yang tinggal tak berapa orang je tu turun dan pulang. Pukul 5 nanti kakchik pun nak balik juga tapi kena singgah di MariBaca dulu. Rindu la kat kedai buku kakchik tu. Dah seminggu kakchik tak jenguk. Entah apa yang berlaku kat sana tu.
Dalam waktu yang ada sedikit ni, kerja pejabat pun dah selesai untuk hari ni. Kakchik bosan, jadi main-main la kejap kat Polyvore. Tajuk kat atas tu ialah tema set Polyvore tu. Ini termasuk dalam senarai impian kakchik yang belum tercapai la ni.
Ok, nak berkemas dulu sebelum balik kejap lagi. Selamat menghabiskan hari-hari terakhir cuti sekolah bersama anak-anak.
Wassalam.
saya pun tak pernah sampai Dubai..
ReplyDeleteSalam kakchik... selamat berehat :)
ReplyDeleteSalam Kak Chik :)
ReplyDeleteWah dah nak terbang ya? Seronoknya. Semoga missi Kak Chik kat sana berjalan lancar dan jugak selamat jalan2 :)
Kirim salam kat onta2 kat sana hehehe
Salam Kak Chik,
ReplyDeleteKak Chik buka kedai buku juga ye... apa nama kedai buku kak chik ye? kat KB kan?
Ijan
kaknza ada sepupu tinggal kt Dubai ni...Dia kerja dgn petronas...kak nza tringin sgt nk g Beijing....
ReplyDeleteKalu kakchik nk g travel boleh g dgn syarikat Al-Quds kt KB tu. Adik ipar kaknza kerja bhg prlancongan kt ctu..bln dpn dia nk g Beijing bw rombongan...
Askum K.cik
ReplyDeleteBermain di Polyvore lagi? Boleh jadi fashion instructor ni? Cuma barang-barang yang selalu digabungkan dalam set-set hijabis di sana terlalu mahal dan seolah-olah tidak realistik. RM 2k untuk handbag sahaja. Allahu, Allah.
BUT
Its never wrong to dream. Jom kita ke Dubai. Dapat beli abaya dengan harga murah.hehe. Saya ada saudara di sana.:)
p/s: Tak nampak pun k.cik di blog private saya. Ada beberapa tulisan yang respond kepada tulisan kak cik dr tahun lepas. Saya jemput k.cik, yang terawal, tapi tak nampak pun k.cik.:)
salam..
ReplyDeletesemoga impian Kakchik dipermudahklan olehNya..
assalamua'laikum kakchik...
ReplyDeleteingatkan betul2 nak g dubai....buleh kirim abaya byk2...hihihi
apapun smg impian kita tercapai...sy sblm g dubai nak g korea dulu..maklum le hantu cite korea....
kepada teman-teman semua:
ReplyDeletesya isya - kakchik masih dok berangan-angan ni
kak e - wa'alaikummussalam, trm ksh kak e.
iza - wa'alaikummussalam. belum nak berangkat la dik. ni mesti tak baca habis hehe.. masih dlm perancangan.
ijan - wa'alaikummussalam. Ha'ah kakchik ada kedai buku, dah 6 tahun dah ijan. Namanya MARIBACA BOOKSTORE.
kak nza - terima kasih atas info tu. Senang la lepas ni kalau kakchik nak melancong. Al-Quds pun dekat je pejabatnya.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam sumaiyyah.
ReplyDeleteKalau boring je kakchik main di polyvore tu.
Barangan yg dlm tu kebanyakan syarikat dr luar negara. Harga beg lebih RM2K tu mmg kat M'sia pun ada sumaiyyah. Cuma org mcm kita ni mmg tak jumpa la kot, wayyyy over our budget.
p/s: kakchik jarang masuk ke blog private sumaiyyah tu bkn malas ke apa tapi selalu tak sempat. kakchik sempat singgah yg mana updatenya naik kat sidebar tu. maafkan kakchik ya.
terima kasih kak kam.
ReplyDeletewa'alaikummussalam normi. terima kasih ya. kakchik memang simpan impian untuk ke sana. atas urusan peribadi dan urusan bisnes la juga. semestinya ABAYA.