Assalamualaikum dan salam petang semua.
Pagi tadi bersama Tn. Hj. Mukarram dan isteri
Sungguh banyak pengalaman menarik yang sangat berharga kakchik dapat sepanjang bermusafir di dalam kereta YB Cikgu Din. Tidak rugi langsung menumpang kereta beliau kerana sepanjang perjalanan adanya perkongsian ilmu. Kami berempat saling berkongsi ilmu, berbincang dan menilai beberapa perkara tapi satu perkara yang paling diingati ialah kata-kata beliau, "bermusafir mendedahkan kelemahan diri kepada sahabat."
Bila difikir-fikir memang betul kata-kata beliau tu. Sepanjang perjalanan ni kita saling memerhati, mengenali lebih jauh dan menilai setiap diri teman-teman kita. Huh, entah apalah tanggapan ahli musafir terhadap diri kakchik sepanjang perjalanan maklum saja kakchik ni kadang-kadang outspoken, kadang-kadang pendiam dan kadang-kadang over lah jugak. Yang paling kakchik rasa banyak dibuat penilaian ialah semasa kakchik memandu kereta.
Maklum saja semasa memandu, orang boleh nilai kita melalui cara pemanduan kita. Personally kakchik rasa cara kakchik biasa je tapi malam tadi ada sikit la tindakan yang agak bahaya walaupun beringat-ingat tapi ada juga buat kesilapan. Mohon dimaafkan oleh semua penumpang.
Kata Cikgu Din juga, kita belum lagi dapat dikata kenal rapat dengan seseorang teman jika kita tak pernah bermusafir bersamanya atau menginap di rumahnya. Begitu juga sebaliknya. Bagi kakchik, benar sekali. Kita ni kenal ramai orang dah boleh claim yang kita kenal orang itu, kita kenal orang ini tapi sebenarnya bukan semuanya kita betul-betul kenal rapat. Iyalah, kita hanya kenal luaran sahaja. Bila kita bermusafir ni kita akan lebih mengenali karakter teman kita itu dan dari situlah kita masing-masing akan menjadi semakin akrab atau lepas itu menjadi renggang.
Sepanjang perjalanan kita dapat kenal banyak perkara antara satu sama lain. Kesabaran diuji, sikap ramah-tamah diuji, setiakawan diuji, kegembiraan diuji, susah senang diuji, ilmu diuji (Cikgu suka tanya pendapat dan beliau seorang yang berpandangan jauh juga YB yang 'walk the talk'), kemahiran diuji dan banyak lagi. Mungkin dari situlah hubungan di antara kita menjadi semakin rapat. Kadang-kadang kakchik dapat rasa Cikgu sedang menegur sesuatu tapi beliau contohkan orang lain. Entah betul ke tak ni tapi itu yang kakchik rasa. Terasa malu pulak sebab kadang-kadang tak mampu nak memberikan pandangan yang bernas dan meyakinkan sedangkan kakchik ni sudah 10 tahun bekerja di perpustakaan, gedung ilmu.
Yang pasti, kakchik semakin yakin dengan perjuangan hidup ini sebagai seorang islam dan hamba Allah di dunia ini. Setakat ini kakchik sudah cuba sebaik mungkin mewakafkan diri untuk kerja-kerja Islam dalam segenap ruang hidup yang kakchik terlibat - bekerja sebagai Pengurus perpustakaan, pengusaha kedai buku, pelajar pendidikan awal kanak-kanak, petugas kerja Islam, wakil tak rasmi misi Kerajaan Islam Kelantan dan semestinya isteri seorang suami juga anak kepada ibu ayah. Insyaallah segalanya akan cuba kakchik wakafkan untuk pastikan usaha meletakkan Islam sebagai cara hidup akan terlaksana.
Insyaallah. Mohon diizinkan dan diredhai Allah.
Salam sayang,
Kakchik, Parlimen.
Kredit gambar: Wan Rahibullah
Kredit gambar: Wan Rahibullah
betul tu kak chik...
ReplyDeletebila bermusafir bersama barulah tahu segala-gala...
aja pernah alami 2,3 kes camtu...yg mana lepas musafir tu kita akrab ada...yg lepas musafir tu kitaorg jadi renggang terus pun ada...sebab pemikiran dan tindak tanduk kita sebenarnya berbeza...
nampak seperti sama haluan tetapi hakikatnya benar-benar berbeza!
mmg betul tu kakchik. selagi kita tak pernah bermusafir atau duduk sebumbung dgn seseorg tu, selagi tu la kita belum benar2 mengenali hati budi dan perwatakan sebenar org tu
ReplyDelete"bermusafir mendedahkan kelemahan diri kepada sahabat." - terkesan nadiah dgn kata2 ni..huhu..
salam
ReplyDeleteseronok baca 'pengembaraan' kakchik..bkn sekadar perjalanan,tp perjalanan penuh 'isi...
salam kak chik,
ReplyDeleteentry tajuk ni, bagus sangat.
bg saya, jgnlah difikirkan sgt apa yg sahabat lain fkr ttg kita.
hrp2 mereka menerima kita seadanya... :)
Salam alaikum Chik,
ReplyDeleteMenarik perkongsian Chik.
Bila lihat tajuk sahaja, Kak Nur teringat musafir ke Beijing. Iya.. itu antara perkara yang Kak Nur fikirkan bila suami invite staf dia untuk bersama kami melawat Beijing. Musafir mendedahkan kelemahan diri kepada sahabat. Sebab itu, Kak Nur kira kita perlu memilih sahabat yang ikhlas dalam setiap perkara yang ingin dilakukan.
Sahabat yang ikhlas akan mendorong kita menjadi lebih baik dan dalam masa yang sama menutup keaiban kita dari orang lain.
Staf yang bersama kami ke Beijing tidak pernah Kak Nur kenali lahir dan batin. Itu antara faktor Kak Nur rasa ralat pada mulanya. Namun Kak Nur bertawakkal kepada Allah.
Hanya ALlah yang mampu menguatkan kita untuk berakhlak mulia selagi kita ingatkan Dia.
Ok... just to share..
Kak Nur ambil kesempatan di sini untuk memohon maaf di atas kekurangan Kak Nur sepanjang kita bersahabat.
Sayang Chik fillah.
Wassalam.
Baru sehari xjengah, rupanya kakchik dh dok kt KL....
ReplyDeleteTtg YB PMas tu..entahlh kak chik..sblm dia, bapa saudara kak nza yg jadi YB -Tn Hj Ismail B Noh tu...Pakcik kak nza nie dok dkt je dgn umah abah kt kg tu..Dia adik abah kak nza. Baik sgt orgnya.
aJa, sebab itulah agaknya kita digalakkan bermusafir kan. Barulah kita lebih mengenali antara satu sama lain. Slps musafir tu sama ada jadi lebih akrab atau renggang tu mgkn sebab kita sudah tau yang mana sikap yg serasi dgn kita dan yg mana tidak.
ReplyDeleteNadiah, kakchik pun terkesan dengan kata-kata YB Cikgu. Buah fikirannya macam2 dan bernas. Selalunya berkait dengan Allah SWT.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam kak kam. Terima kasih kak sebab suka membacanya.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Nur. Betul kata Nur tu. Tapi dalam perjalanan dgn seorang pemimpin rakyat, timbul juga perasaan itu dalam diri. Bimbang segala keburukan diri kakchik ni boleh dibaca satu persatu walaupun kakchik tahu Allah menilai pada taqwa kita.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam k.nur. Bagi orang yang sudah biasa bermusafir seperti k.nur, perkara ini sudah tentu biasa k.nur alami dan fahami. Tiada apa yang perlu dimaafkan antara kita tapi takut-takut ada salah silap yang tak perasan, chik pun mohon maaf juga ya.
ReplyDeleteKak Nza, YB P.Mas tu biarkanlah dia. Nak buat macamana dah dia begitu. Tak sangka Ust Ismail Noh pak sedara akak. Wah kak... kakchik suka dengan wataknya.
ReplyDeletebetul kakchik, biarkn je org camtu...
ReplyDeletePakcik kak nza mmg baik sgt n briman serta lemah lembut..kak nza antara ank saudara kesayangan beliau.masa dia blajar kt Mesia, pasti buah tngan xlupa utk kak nza.
tiap kali dtg johor mesti dia singgah umah kak nza...
masa kecik2 kak nza la yg slalu panjat2 dok kt tengkok dia..klakar lak...
Semua ank2 kak nza pn manja dgn atok ayah hj nie...