Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semoga hari ini kita semua sama-sama dapat meningkatkan amalan kebaikan kita dan mengurangkan perbuatan yang buruk, sia-sia dan tidak berfaedah.
Alhamdulillah, sekarang ni kakchik menulis dari meja di pejabat kakchik di Zahra'. Hari ni macam biasa, hari bekerja untuk kami warga Perpustakaan Awam Dar Nur al-Zahra', KB. Ini waktu minum pagi kakchik selepas menggantikan CikMat bertugas di Kaunter selama 2 jam. CikMat kena EL hari ni sebab ibu mertuanya dimasukkan ke hospital kerana komplikasi saluran darahnya. Kesian Mak CikMat. Dah la diri tua dan uzur, badannya tak dapat nak betul-betul berehat, asyik kena bedah sana-sini. Semoga Allah mengurangkan kesakitan yang beliau tanggung.
Baiklah, hari ni kakchik nak ceritakan pengalaman ke Jom Heboh semalam. Tentu ramai yang tertunggu-tunggu apa cerita kakchik berkenaan program yang begitu glamor tapi belum pernah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri sebelum ni. Macam-macam spekulasi yang orang buat atas tindakan Kerajaan Negeri kali ini. Tapi rajin-rajinlah membaca kenapa Jomheboh TV3 boleh dilangsungkan di KB. Dalam blog kakchik inipun ada kakchik tuliskan sebab-sebabnya sebelum ini.
Kakchik ingat malam tadi nak cepat kemaskini blog dengan cerita ini tapi bila sampai rumah, badan dah terlalu letih jadi kakchik tangguh ke hari ini. Sebelum nak cerita panjang, kakchik kongsikan gambar-gambar ini dulu. Tanpa sebarang edit dan hampir semua gambar yang kakchik ambil sendiri ini kakchik kongsikan di sini kecuali gambar-gambar yang nampak double atau kesan gegaran tangan. Jom, tengok gambar dulu.
Jalan sesak teruk bermula di Berek 12 (Jln Hospital), kalau ikut laluan dari rumah kakchik.
Polis trafik agak ramai tapi mereka pun macam dah tak boleh nak buat apa.
Antara khemah-khemah syarikat yang mengambil bahagian.
Kakchik tak masuk dekatlah sebab terlalu sesak. Selesai ambil gambar terus belah.
Beribu-ribu manusia di segenap ceruk ruang Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Sempat jumpa Ust. Fauzi (Al-Kuliyyah) di Kota Ilmu selepas siaran langsung al-Kuliyyah.
Di sinilah tempat solat terbuka dan selesa disediakan penganjur selepas menerima syarat Kerajaan Negeri.
Selepas Isyak pula kakchik ke Padang Perdana berhadapan Stadium untuk membuat liputan perlawanan bolasepak persahabatan antara VVIP Kelantan vs Team TV3. VVIP Kelantan berjersi kuning dan Team TV3 jersi putih. Semasa rehat separuh masa pertama, pengadil tu datang letak bola betul-betul depan kakchik.
Pandangan kakchik:
1. Program ini berjaya bagi pihak TV3 kerana beribu-ribu orang yang berkunjung ke gerai-gerai yang ada. Tapi sayangnya orang terlalu ramai, sukar untuk dikawal sama ada dari segi percampuran (segala macam orang boleh dilihat), dan kebersihan (sampah dibuang sesuka hati di merata-rata tempat).
2. Penyediaan tempat solat terbuka adalah satu langkah yang bagus kerana semua tempat solat yang ada di sekitar Stadium penuh membuak-buak. Kakchik sempat melihat solat berjemaah Maghrib diimamkan oleh Uzt. Roslan (TV3) kalau tak silap selepas beliau memberikan tazkirah di Kota Ilmu. Cik Abe pun turut sama bersolat jemaah di situ. Untung orang lelaki sebab mereka senang nak mengambil wudhu' di belakang khemah sedangkan kami orang perempuan kena menggunakan bilik air di Medan Usahawan dan di suraunya yang padat dengan manusia. Mungkin tempat solat kena besarkan lagi dan tempat wudhu' khas untuk wanita yang bertutup perlu diadakan juga.
3. Program ini memang meriah bagi mereka yang sukakan hiburan dan keseronokan. Ramai orang datang dengan keluarga - kakchik rasa paling ramai datang sekeluarga sebab ini pengalaman baru. Lebih kepada nak melihat-lihat tak kurang juga berebut-rebut membeli barangan di dalam shopping bag berharga RM10. Masa lalu kat depan khemah Mamee, siap ada jurujual tunggu kat bawah pokok. Dia kata, "kak, beli dengan saya pun sama jugak kak. Kalau nak masuk bawah khemah orang ramai kak..." tapi kakchik ucap terima kasih je sebab kakchik bukan ke sana untuk shopping :)
4. Banyak lagi kerja kami untuk mendidik soal aurat di kalangan kaum wanita Islam. Sungguh ramai yang bertudung, muda atau tua tapi masih ramai juga yang belum lengkap menutup aurat. Dugaan sungguh untuk usaha-usaha kami mendidik kaum sejenis ni. Insyaallah kita akan terus berusaha, yang memberi kesedaran hanyalah Allah. Jangan kita putus asa sudahlah.
5. Kakchik tak nampak seorang pun artis, mungkin sebab kakchik langsung tak masuk dekat ke dalam khemah-khemah yang ada. Huhu tak sanggup nak berselisih badan dengan segala jenis orang lelaki mahupun perempuan. Kerana tugas, kakchik ke sana untuk memantau dan membuat penilaian. Setakat yang kakchik dengar, malam tadi ada juga artis yang buat persembahan tapi semuanya lelaki. Katanya malam ini ada konsert dan artis-artisnya semua lelaki. Selama inipun kalau konsert terbuka hanya artis lelaki yang dibenarkan. Lagu-lagu pun ditapis.
6. Semalam kakchik tak betul-betul buat penilaian sebaiknya. Insyaallah jika tiada aral hari ni kakchik akan ke bandar untuk urusan lain tapi mungkin boleh singgah sebentar untuk buat pemerhatian lebih terperinci. Mana tau kot dapat jumpa artis-artis kegemaran ramai, boleh kakchik ambil gambar mereka untuk tatapan di sini.
Hingga itu, jumpa lagi.
mula2 kak nza hairan gak camne jom heboh boleh lepas ke Klate...ttp betul gak, sekurg2nya ada sesuatu yg boleh dijadikn contoh..kwn2 ank knza betul2 teruja dok brcerita ttg wartawan wanita ayu brtudung yg mana mrk 2 sblm masuk ke Klate mmg xpakai tudung....
ReplyDeletedan xsbar nk tgk lak mlm nie camne...moga Klate ttp jd contoh yg trbaik...insyallah...TQSM 4 sharing n3 n pic tu semua.
salam kak chik...ala ruginyo xleh blk klate...huuhuhu...kak chik kijo Az Zahra sblh Masjid Ar Ridha tu ko...area kg saya la tu...huhuhhu...tq2 bagi info jom heboh di klate...suko tgk promo karam singh walia kecek klate...lawok2...hihihihi
ReplyDeleteTak sanggup la Kakchik nak pergi utk kedua kali. Memang tersangat ramai orang. macam2 kerisauan timbul..beg tangan lah..anak dan diri sendiri.berbeza semasa SuaRasa tahun lepas. Apa pun betul..karnival seperti ini boleh kita tengok ramai yg jadikan ini aktiviti bersama keluarga tersayang
ReplyDeletekak nza, bukan akak je hairan, kakchik pun sama tapi bila hadir mesyuarat dan taklimat barulah faham kenapa. bukannya tak boleh buat jomheboh kat sini tapi kita mahu penganjur buat dengan meletakkan Islam sebagai landasan.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Armyrule. Takpe lah... tak rugi sangat dik. Ha'ah keje ssitu lah. Rumah sebelah mano? Kakchik tok jjupo pun dgn karam singh. Kalu tidok mesti ambik gambar dia.
ReplyDeleteTed, walau tak sanggup kakchik terpaksa juga redah ke sana. Rezeki Allah, bila buat keje untuk BBCKelantan.com ni polis bagi je masuk area yg berpagar, parking dekat. Manusia dtg bagai nak gila sebab tu kot beza dari SuaRasa.
ReplyDeletesalam kak chik.
ReplyDeletesaya pergi rakaman al -kulliyyah.
tersangat ramai orang,nak jalan pun susah,kat situ lah susah nak jaga percampuran antara lelaki perempuan.bagi saya,tak perlu lagi buat jom heboh.tapi tadi tgk kat berita harian,pemangku sultan kelantan bagi lagi buat untuk tahun depan.komen kak chik semua saya setuju.pasal sampah tu,saya sangat setuju,orang kelantan kurang kesedaran pasal tu.satu lagi,pasal lokasi,tak sesuai sebab dekat dengan HKB,ganggu ketenteraman dan kesesakan depan hospital(untuk ambulan khasnya).
Wa'alaikummussalam muhayniey.
ReplyDeleteBukan mudah untuk Kerajaan Negeri membenarkan jomheboh dilaksanakan. Banyak pertimbangan yang terpaksa difikirkan misalnya percampuran L dan P yang diluar kawalan. Kakchik pun tak kisah kalau takde jomheboh ni tapi Kerajaan perlu fikirkan juga segolongan rakyat negeri ini, alasannya hanya pihak Kerajaan yang tahu. Masalah sampah ni bukan masalah orang Kelantan saja tapi setiap kali Jomheboh di mana2 pun sama, berdasarkan pengalaman kakchik semasa di Penang. Kakchik setuju juga kalau program besar seumpama jomheboh ni dibuat kat tempat lain atas alasan yg serupa dgn muhayniey juga. Moga2 ada pihak Kerajaan Negeri yang baca komen-komen kita ni.