Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar hari ni? Kakchik doakan teman-teman semua dalam keadaan sihat dan berbahagia di samping keluarga tercinta. Kakchik sekarang di rumah. Sampai jam 10 lebih malam tadi. Kami bertolak balik dari Parlimen jam 1 lebih terus ke Masjid Wilayah Persekutuan dalam hujan lebat kemudian ke Gombak dan langsung balik ke KB. Alhamdulillah walaupun hujan di beberapa tempat dan agak lebat, perjalanan kami selamat.Singgah solat jamak ta'akhir Zohor-Asar di Masjid Dong Raub dan jamak ta'akhir Maghrib- Isyak di Masjid Sg. Nal, Kuala Krai, alhamdulillah.. sampai di rumah dengan selamat.
Oleh kerana otak kakchik lambat sikit bertindak untuk menulis entri hari ni, kakchik ingin kongsikan tajuk di atas dulu buat bacaan dan letusan minda. Ini kerana sudah ramai yang bertanya kenapa kakchik pakai purdah. Rasanya jawapan Ustaz Azhar Idrus ini agak menepati pendirian kakchik.
Assalamualaikum ya ustaz..
saya ingin tahu berkaitan purdah..sekiranya seseorang itu ingin memakai purdah kerana ingin menutup kecantikan dibolehkan ustaz? adakah pemakaian purdah ini digalakkan utk tujuan daripada lelaki yg bkn mahram tidak mudah untuk mendekati seseorang itu kerana seseorang mempunyai kelebihan yang Allah kurniakan padanya? saya kurang jelas tentang purdah ini..
terima kasih ya ustaz..
Jawapan:
Wa'alaikum salam.
Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.
Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.
Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.
Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.
Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.
Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.
Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.
Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.
walahua'lam
Sumber: UstazAzhar.com
Sementara kakchik susun gambar dan karang pengalaman di KL, bolehlah fikir-fikirkan soal-jawab di atas tu.
Saya quote ayat ni. "wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.
ReplyDeleteCara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral."
Setuju sangat.
Emy, terima kasih.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTerima kasih atas infonya. Perkara ini ada khilaf sebenarnya. Namun, jika mahu mengelakkan fitnah - dipersilakan memakai.
salam kakchik..
ReplyDeleteteringat ted cikgu ted mengajar di sekolah dulu pun ada ckp.. wanita berhijab kerana rupa parasnya cantik jadi berhijablah untuk mengelak fitnah dan buat orang lain taksub pada rupa parasnya dan juga jika rupa wanita itu terlalu hodoh, jadinya berhijab la utk mengelak dari menjadi 'mangsa' kutukan atau hinaan orang..
Wa'alaikummussalam Farid.
ReplyDeleteIya, perkara ini ada khilafnya tapi kakchik ada sebutkan yang jawapan ustaz ini menepati pandangan kakchik kan. Bagi kakchik menghijab wajah ialah sunnah. Ia bergantung kepada diri individu muslimah sendiri sejauh mana ingin menjaganya.
Wa'alaikummussalam Ted.
ReplyDeletePandangan cikgu tu boleh diterima tapi bagi kakchik tak perlu nanti wajah terlalu mempesona atau hodoh baru nak tutup. Wajah perempuan ada keistimewaan tersendiri :)
Makin berkobar2 niat di hati akak untuk berhijab menutup muka dalam keadaan akak sendirian bersama anak2 sahaja di sini.
ReplyDeletenice info..tq kak..=)
ReplyDelete