Beberapa orang staf telah ke kedai perabot untuk membeli beberapa buah kerusi, meja bankuet dan almari buku untuk tambahan perabut di Zahra' bagi menggantikan perabut yang telah rosak dan juga menambah ruang pameran buku.
Bersebelahan Kaunter ni ada sebuah meja komputer dan sekarang ni ada seorang remaja sedang menggunakan internet. Katanya mahu mengisi borang UPU. Kakchik rasa kurang sedap hati dengan tingkah-laku remaja tu tambah-tambah tutur-katanya dan memek mukanya yang agak pelik. Walaupun hanya memakai t-shirt, penampilannya kemas tapi lagaknya itu yang kelihatan macam orang kurang betul. Hmm... risau sikit ni.
Nak guna internet dan nak free, sedangkan kami caj penggunaan elektrik RM2.50 sejam sebagai derma tetap pengunjung kepada Zahra'. Iyalah, perpustakaan ni mana ada pendapatan atau peruntukan kerajaan. Semuanya bergantung kepada sumbangan orang ramai. Kalau semua nak free, bulan-bulan tu kami nak bayar kos penyelenggaraan dengan apa?
Sumber imej: pokcikli00
Ada yang setiap kali datang membawa paperbag berisi macam-macam handout, kertas kerja, poster, fliers dan sebagainya. Lepas tu dia kumpulkan semua paperbag tu kat bahagian menyimpan beg sampai dah terkumpul agak banyak dan memakan ruang. Kami dah lama toleransi dan baru-baru ni kami buat keputusan untuk membersihkan bahagian simpanan dan sudah tentu semua barang-barang yang ditinggalkan di situ akan kami buang.
Untuk kes pelajar itu, Makcik Minah yang urus bahagian kebersihan sudah pun menasihatkan agar dia ambil semua bawa balik sebelum dibuang tapi dia buat dek... je. Bila kami dah buang barulah nak bising-bising marahkan kami. Hai... kerenah ini datangnya dari orang yang memang kurang stabil pemikirannya. Selalunya kami staf perempuan, kalau nampak dia datang, sudah tau apa yang dia buat. Dah banyak tahun dia datang, bawa paperbag, simpan kat bahagian simpanan, duduk sebentar di ruang keluarga dan balik. Sejak barangnya kena buang, dah tak datang. Merajuk agaknya... tambah-tambah bila kakchik tegur dia hari tu dengan agak tegas selepas dah banyak kali tegur secara lembut.
Hai...
Ada sorang lagi suka datang baca suratkhabar. Yang paling kami tak senang ialah caranya membelek helaian akhbar tu. Fuh, boleh koyak dibuatnya. Lepas dia baca selalunya suratkhabar tu hampir renyuk dibuatnya. Sekali tengok bukannya dia baca sangat pun isinya just belek-belek. Tapi... sekurang-kurangnya dia membaca kan. Ramai yang normal kat luar tu yang malas membaca, hehe.
Sorang lagi dan beberapa bulan tak datang. Selalunya pagi-pagi lagi dia sudah menunggu depan pintu utama. Dia juga datang untuk baca suratkhabar. Orang tempatan je. Mengikut cerita dari jiran-jiran, dia asalnya seorang yang normal, berjawatan agak tinggi tapi kerana masalah dadah, minda menjadi rosak tapi dia tidak membahayakan. Kerana dadah dia kehilangan isteri dan keluarga. Pernah beberapa kali dia hantar resume untuk mohon kerja di sini tapi kami KIV je. Kesian ... tapi masih rajin membaca.
Tak tahu kenapa, sekarang ni memang agak ramai orang yang mengalami masalah mental. Kadang-kadang luarannya nampak normal tapi sesuatu perkara yang ekstrem boleh membuatkan mereka 'meletup' dan mungkin membahayakan. Itulah yang merisaukan kakchik setiap kali melihat orang-orang seperti itu melangkah masuk ke dalam perpustakaan.
p/s: kakchik tulis sekali lalu je apa yang ada di minda jadi tiada susunan point.
k.chik, mslh mental ada pelbagai, stress trutama. mental2. haha.
ReplyDeletehttp://fitridzulkifli.blogspot.com
memang betul fitri, masalah mental ni puncanya banyak. itu tidak dinafikan, benar.
ReplyDeleteassalamualaikum, kakchik..
ReplyDeletesuami saya hari2 jumpa orang yang tak berapa betul, hehehe...(sbb dia kat jabatan psikiatri)
isy, kalau nadiah risau gak kakchik. dah la kita ni perempuan. kalau terjumpa dgn org mcm tu, mintak la dijauhkan dpd sebarang musibah..huhu
ReplyDelete