Followers

1.3.10

Le Tour De'Langkawi: Keranamu aku terkandas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sekarang ni kakchik di MariBaca. Hari ni kena ambik cuti kerja sebab staf kedai bercuti sebab dia banyak nak hadiri kenduri kawan-kawannya. Staf cuti, kakchik pun kena cuti huhu.

Kalau ikut perancangan, pagi tadi sebelum ke kedai, kakchik perlu awal-awal pagi ke MPKB untuk membayar saman parking. Ehem, bukan kakchik yang kena saman ya tapi orang tu lah...

Masa sampai kat simpang 3 Berek 12 - Hospital Raja Perempuan Zainab tu, nasib badan, elok je nak lampu hijau, tiba-tiba en.trafik datang dan menghalang jalan. Ingatkan cepatlah selesai halangan tu sebab biasalah kan kalau ada orang penting nak lalu, trafik akan halang jalan.


Lama menanti, kenderaan makin banyak dari arah kakchik sampai jem Jalan Hospital tu. Sekejap-sekejap beberapa buah motor polis trafik melintas dan diikuti beberapa buah kereta yang penuh bertampal sticker. Sebab kereta kakchik no 3 dalam barisan tu, kakchik tak nampak sangat apa yang tertulis di sticker. Nak zoom ambik gambar pun diorang laju sangat.

Menunggu lagi. Polis trafik tu pun kakchik nampak memandang jauh ke kanan, ke arah Jalan Pengkalan Chepa. Huh, rupa-rupanya Le Tour De'Langkawi.

Kakchik sempat rakam video masa pelumba-pelumba melepasi simpang. Wah... kenangan lagi. Tapi dah beberapa kali cuba upload ke youtube tak berjaya. Mungkin salah format kot. Takpelah... nanti kalau dah berjaya kakchik embed kat sini.

5 comments:

  1. oooo...dh smpai Klate ye???

    ReplyDelete
  2. kak chik, kalo pekerja kakchik cuti kakchik kena cuti la ye?

    sy pun tak berapa ramai pekerja...rasanye nanti kalo mereka amik cuti terpaksa la sy....

    ReplyDelete
  3. ha'ah kak nza. pagi tadi dilepaskan di stadium.

    ReplyDelete
  4. aSHa, selalunya gitulah melainkan suami kakchik boleh gantikan. tak elok kedai ditutup sedangkan bukannya cuti am. tak elok untuk bisnes.

    kalau ada lebih dari sorang staf mungkin tak perlu kakchik cuti tapi buat masa ni hanya sorang je staf. bulan 5 nanti baru tambah sorang lagi.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Chik,
    Kite dulu ada jugak kena pegi bayar saman parking.hehee

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails