Followers

5.3.10

Butir Nangka Penghilang Letih

 
Butir Nangka
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah ... lega rasanya bila dapat hadir ke semua kelas tutorial hari ni. Alhamdulillah juga sebab kedua-dua tutor kakchik awal-awal lagi, belum sempat kakchik nak mohon extend tarikh hantar telah pun mengizinkan kakchik menghantarnya pada tutorial ke-5 iaitu 2 minggu dari sekarang. Diorang kata, "because you get the assignment questions very late, so you might not be able to finish it before tutorial 4." Oh, thank you Madam Carolyn and Miss Yon. Alhamdulillah... legalah sikit sebab masih sempat nak gi interview 2 orang guru bahasa Inggeris lagi.

Anyway... kelas hari ni sangat-sangat menyeronokkan sebab kami dapat berbincang secara intelektual beberapa topik penting. Alhamdulillah. Itulah sebabnya kakchik suka sangat ke kelas tutorial. Dapat terus berkomunikasi dengan tutor secara interaktif dan dua hala. Lebih mudah faham apa yang dibincangkan.

Berbalik kepada tajuk di atas tu. Balik dari kelas dah pun waktu asar,  usai solat terasa nak makan satu pemanis mulut. Petang-petang ni dalam cuaca yang panas memuncak, alangkah seronoknya kalau dapat makan butir nangka bersama-sama suami. Lagi seronok kalau dapat makan kat pintu belakang rumah baru kami sebab kat situ memang berangin sakan. Fuh, sedap sungguh!

Bila makan makanan yang agak manis, kenalah minum banyak air masak kan? Nak mencairkan segala gula tu, hehe... bukan boleh dicairkan pun... melainkan badan mengeluarkan peluh yang banyak. Membakar lemak gitu tapi tak sempat nak aerobik la, naik malas dah bila dok kat rumah ni.

Oklah, solat Maghrib dah selesai ni, kakchik nak bersiap ke kedai la pulak. Ada hal sikit kat sana. Jumpa lagi lewat malam sikit. Kita cerita hal Mydin Wholesale pulak. Itu pun kalau kakchik tak mengantuk la. Kalau tak cerita Mydin jadi topik esok la. Jumpa lagi, wassalam.

6 comments:

  1. sedapnye bubur tu kakchik. mintak sikit boleh? heheee.. :)

    ReplyDelete
  2. Alamak, bahaya singgah di blog kakchik waktu mengandung.. pantang tengok gambar makanan, huhu..
    minta resipi?

    ReplyDelete
  3. skrg mmg panas sgt...nk mkn pn xselera cz asyik dok minum air jerr...

    ReplyDelete
  4. atiq, yang ni bukan bubur tapi manisnya macam bubur.

    ReplyDelete
  5. kak aliya, bawa bersabar ya :) kan meleleh air liur tu.
    resepinya insyaallah kakchik cari masa tuliskan. skrg sibuk sikit.

    ReplyDelete
  6. kak nza, kesian akak, tak selera makan. kakchik pula selera tak berubah tapi selalu ulang-alik bilik air sebab kena buang banyak air selepas berbotol diminum.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs