Followers

28.3.10

Jamuan Sup Belut

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi untuk hari ini.

Malam ni kakchik bersiaran dari teratak Sri Aman, Limbongan, Pasir Puteh. Sekali lagi menemankan cik abe menjalankan tugasnya. Hehe semenjak dua menjak ni kakchik asyik mengekori cik abe aje kan. Entah macamana boleh jadi macam tu kakchik pun tidak pernah merancang. Semuanya dengan takdir Allah jua.

Sumber imej di sini.

Baru sebentar tadi kami dijamu nasi berlaukkan sup belut, telur dadar dan tembikai, hidangan ringkas tapi cukup enak dan mengenyangkan sekali. Kakchik tak makan nasi sebab sebelum Maghrib tadi sudah makan nasi kerabu jadi perut masih kenyang. Tapi... kakchik dipujuk agar mencuba sup belut. Huhu, tak pernah makan lagi sup belut ni. Bukan apa... belut ni semua tau kan bagaimana fizikalnya.

Naluri advencer kakchik memujuk agar kakchik mencubanya. Kakchik cuma ambil semangkuk kecil dengan 4 ketulan daging belut potongan sebesar telur puyuh. Mula-mula baca bismillah, hirup kuahnya, mmm.... sedap lepas tu baru beranikan diri untuk makan daging belutnya. Buat tak tahu sajalah dengan warna kulitnya yang hitam berkilat tu.

Alhamdulillah... takde apa-apa yang pelik melainkan rasanya yang agak sedap. Boleh tahan juga sup belut ni. Patutlah ramai orang yang menggemarinya. Untuk makan lagi mungkin kakchik kena tunggu lama sikit hehe. Sedap memang la sedap... tapi ada tapinya tu... biarlah rahsia hehe.

Gambar-gambar ada kakchik ambil beberapa keping, sayangnya terlupa bawa card reader, jadi tak boleh nak upload ke sini. Kakchik pinjam gambar dari google la dulu. Nanti balik rumah kakchik ganti dengan gambar sendiri.

Ok, hingga jumpa lagi, mohon diizinkan Allah dipanjangkan umur untuk meneruskan perjuangan di esok hari. Wassalam.

6 comments:

  1. tak pernah lagi makan sup ni :D

    ReplyDelete
  2. sup belut? gulp...ini la satu2nya ikan yang ain belum boleh terima..walaupun selalu dipaksa oleh abang2 utk mencuba...entah la...rasa tak tertelan dek tekak...

    ReplyDelete
  3. salam kak chik,
    sup belut mmg sedap kak chik. tapi masih terasa kebelutannya. ahak...cuba kak chik tanya cik abe belut pakpit...pedas bergoreng...sedap,ala2 keli jer resipi pakpit tu.

    ReplyDelete
  4. cik EPAL - kena cuba lah sekali. kakchik pun paksa rela je mencuba malam tadi.

    ReplyDelete
  5. ain - memang kalau tengok ikan belut tu terasa geli-geleman kata org Kelantan tapi tengok yang dah potong kecik-kecik tu takdelah geli sangat. hehe, pejam mata je

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam nur. Ni mesti dah biasa makan ni. Cik abe pun sama dengan kakchik juga, kali pertama makan malam tadi tu. Tapi dia, apa pun yang halal dimakannya, tak cerewet. belut pakpit tak pernah dengar tapi paprik tu selalu juga dengar. kena cari ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails