Followers

9.3.10

Entri Menarik Dari Blog Yang KakChik Baca Hari Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi. Alhamdulillah... syukur dapat nikmat makan. Kakchik baru je selesai makan tengahari, makan mee goreng sempoi yang harganya cuma 50 sen sahaja. Tentu yang tak percaya, hehe hakikatnya memang ada. Mee goreng tu kawan sekerja yang belikan di Kubang Kerian untuk staf Zahra' buat minum pagi tapi kakchik pula buat lunch sebab pagi tadi dah sarapan di rumah. Walau harganya cuma 50 sen tapi cukup mengenyangkan.

Berbalik kepada tajuk di atas tu, oleh kerana hari ni kerja tidaklah banyak sangat dan kakchik sedang membaca buku TROPICAL AFFAIRS untuk ulasan, sambil-sambil tu kakchik sempat jenguk GengBlogger untuk ping blog dan membaca mana-mana entri atau ruang forum yang menarik.

Bagi kakchik, inilah antara beberapa entri menarik yang kakchik sudah baca tadi.

Cheating Signals oleh Kak Tirana, The Precious Moment
  • Suami yang hampir berlaku curang atau berlaku curang menunjukkan tanda-tanda (cheating signals).
  • Isteri boleh merasai perubahan suami kerana telah beberapa lama hidup bersama.

Dari kajian Dr. Gray, isteri perlu peka jika:
  • suami semakin suka keluar rumah
  • hubungan seks semakin berkurangan
  • mengelak dari menghubungi isteri
  • suami akan mula mengkritik
  • kerap berlaku salah faham - bergaduh

Konklusi Kak Tirana:
Isteri harus alert dengan perubahan-perubahan yang berlaku walaupun TIDAK semestinya perubahan itu membuktikan suami ada affair. Ada suami yang berlari keluar bilik atau masuk bilik air untuk menjawab talipon padahal sebelum itu, dia tak kisah pun jika isteri ada di sebelahnya. Ada suami yang set mobile to 'silent' dan mobile itu sentiasa ada di tangan atau di poketnya bimbang isteri akan perasan jika sms kerap masuk dan isteri terbaca (hehehe…). Ada juga suami yang bercerita tentang kekasih gelapnya kepada isteri tapi dengan cara yang tidak membuatkan isterinya syak apa-apa. Mungkin banyak lagi tanda-tanda lain. Isteri biasanya mempunyai naluri yang kuat dan tahu suami sedang menipu tapi disebabkan tiada bukti yang kukuh, isteri biasanya membiarkan sahaja naluri itu berlalu. Bila dapat concrete evidence, tentu bergegar rumah jadinya.

Blog Comel Untuk Orang Comel oleh Intan, 11 tahun
  • Ini blog anak dara kak kujie (Hidup Biar Sedap) yang kakchik ternampak pautannya kat sidebar agak bawah dalam blog kak kujie. 
  • Tulisan adik Intan walaupun ringkas dan lebih banyak berkongsi gambar, buat kakchik rasa gembira kerana terpancar kasih-sayang dan hubungannya yang erat dengan bapanya yang kini bekerja di Algeria.

Quote dari salah satu entri Intan:
Mungkin abah rindu Intan... sebab tu abah snap gambar budak kat Algeria tu. Comel dia..macam Intan

Tak Senonoh Betullah oleh Kak Ina KL, Tertunailah Hasrat Di Hati
  • Perbualan seorang ibu dengan anak kecilnya tentang iklan di radio dan di tv.
  • Iklan yang berbau seksual yang belum difahami oleh akal seorang kanak-kanak tapi menimbulkan tanda tanya - bagaimana ibu mahu menjawabnya?
  • Sebagai ibu kena kreatif bagi jawapan tapi pastikan tidak menipu, carilah alasan yang baik
  • Persoalannya, kenapa makin banyak produk atau iklan berkaitan seksual di negara kita sekarang ni?

Qoute dari Kak Ina KL:
Kenapa banyak sangat keluaran minuman dan makanan yang pelik-pelik kan...nama pun pelik-pelik. Haiiii...iklan...iklan...kot yer nak tarik pelanggan....biarlah yang positif...anak-anak sekarang bukan cam anak-anak dulu...semua nak di tanya

Entri Popular Hari Ini Adalah Entri Plagiat oleh Kak Kujie, forum GengBlogger
  • Kak Jie telah highlight entri paling popular di GengBlogger untuk hari ni rupa-rupanya telah plagiat entri kepunyaan justkhai.com.
  • Tajuk entri plagiat ialah Hangat !! 11 Tips Terbaik Untuk Tingkatkan Trafik Blog Anda.
  • Tak elok la kan ambil entri orang, ubah, ngaku kita yang punya. Sekurang-kurangnya berilah kredit kepada pemilik asal.
  • Ramai yang marah dan tidak setuju dengan cara penulis blog itu.
  • Kakchik pun ada juga salin entri orang lain, semestinya kredit diberikan kepada pemilik asal. Semoga kakchik tak cuai dalam hal ni.

Ada banyak lagi tulisan bloggers yang menarik yang kakchik telah baca tapi 4 inilah yang paling menarik. Mungkin sebab nilai ilmunya, nilai kasih-sayangnya, nilai masyarakatnya dan juga etika, maka ia menjadi menarik untuk kakchik kongsikan di sini.

Manfaat untuk kita semua. Wassalam.

4 comments:

  1. Salam Chik..tak sangka pulak entry kak tirana naik kat sini..hehehe..Thank you very much for highlighting it.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam Kak Tirana. You are welcome kak. Entri akak tu menarik untuk dikongsikan. Walaupun orang lain dah baca di blog akak tapi mungkin teman-teman kat sini ada yang belum membacanya. Terima kasih kat akak juga ya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Regarding topic curang, I advise wives to be very careful about making judgement/opinion based on signs they learnt from such tips/advice usually given.
    When it comes to marriage, wives can be very emotional and this may cloud their logical judgement and this may lead them to make wrong and harmful observations about their husbands. A situation innocent can be construed as husband cheating from wives learning about cheating signs.
    My advice is for the wife to first do self-check (muhasabah diri) based on true muslim marriage standard and correct herself first. Then, she needs to engage in open communication with her husband to rebuild honor and respect for each other as husband and wife(Surah Al Baqarah,187 "They are garments for you and you are garments for them"
    Notice I didn't write love-love is an emotion we have completely corrupted as we develop our perspective on love based on Western and non-muslim standards. It is more important to know and understand marriage standard in Islam first and allow love to occur naturally.
    Allahu A'lam.

    ReplyDelete
  4. Thanks Cher for your advice.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs