Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Selamat bertemu kembali di hari Ahad yang cerah, ceria dan panas ini. Tapi kakchik tak rasa panas sangat sebab duduk dalam bilik hawa dingin hehe. Apa khabar teman-teman semua hari ni? Semoga hari ini kita semua dapat mengisi masa yang ada dengan lebih banyak aktiviti bermanfaat untuk iman dan diri kita. Jangan asyik membuang masa sebab tiada PAHALA yang dapat malah jadi SIA-SIA atau DOSA pula.
Baiklah, sebagaimana tajuk kat atas tu, buat terakhir kalinya kakchik akan menulis pasal Jomheboh kat blog Keluargaku Sayang ni. Maklum... ia sudah pun tamat malam tadi dan kita punya banyak lagi aktiviti yang menarik untuk dikongsikan di sini, lebih berfaedah dan membangun minda dan iman, insyaAllah.
Jadi, malam tadi nak tak nak kakchik terpaksa temankan cik abe ke stadium negeri untuk membuat liputan Konsert Jomheboh. Sepanjang hayat ini, pergi konsert sebegini adalah kali pertama dan tidak pernah pun teringin nak pergi. Kerana tugas, kakchik sampai juga di dalam stadium selepas berhempas berhimpit di pintu masuk stadium.
Balik dari kerja dan singgah di MariBaca sudah pun jam 6 lebih. Cik Abe kata baik mandi cepat sebab kami nak turun dari rumah sebelum Maghrib dan akan singgah solat Maghrib di mana-mana masjid dalam perjalanan nanti. Tak sempat nak makan malam, kami berdua sudah keluar dari rumah dan memulakan perjalanan meredah kenderaan yang semakin berpusu menuju ke pusat bandar. Alhamdulillah sedang elok sampai di Jln. Paya Rambai, waktu Maghrib masuk dan kami singgah solat di masjid ini.
Usai solat kami terus ke stadium melalui Jln. Dusun Muda - Jln Pengkalan Chepa - Jln Mahmud dan minta dengan polis trafik untuk masuk melalui Kamdar menuju ke Klinik Pergigian Besar. Alhamdulillah, dengan tiket wartawan BBCKelantan.com kami dibenarkan masuk melalui jalan yang ditutup dan dapat parking depan HSL Electrics. Jalan kaki tidaklah jauh sangat.
Sekitar simpang empat depan Klinik Pergigian Besar penuh sesak dengan deretan kereta dan motorsikal. Cik Abe sempat merakamkan suasana di situ. Ramainya anak muda tak usah nak cerita. Macam-macam gaya penampilan, akhlak dan bahasa. Memang hiburan terlalu dekat dengan jiwa orang muda, tak dapat nak dinafikan. Cuma bentuk hiburannya saja yang masih perlukan perubahan.
Kami redah ombak manusia mencari pintu masuk khas untuk KELUARGA selepas dua pintu yang kami jumpa ialah untuk WANITA SAHAJA. Kakchik tak mahu terpisah dari cik abe sebab nanti susah pula nak buat liputan dan ambil gambar. MashaAllah... kakchik tak tahulah macamana ibu bapa sanggup membawa anak-anak kecil, bayi terutamanya dan atuk nenek yang sudah tua ke konsert malam tadi. Berhimpitan mencari ruang untuk menerobos pintu masuk. Cik abe peluk dan pegang kuat-kuat sebab kakchik pun tak mahu terlanggar ajnabi. Kena pandai cari tempat yang ramai kaum ibu kalau tidak...
Budak-budak muda pula sengaja-sengaja menolak orang. Jenis yang tak tahu akhlak. Kesian makcik-makcik dengan anak-anak kecil ditolak diorang. Memang di program begitu, golongan yang tengah jiwa panas itulah yang suka sangat datang. Terpaksa... terpaksa... sabar dan mohon Allah cepat buka jalan untuk masuk ke dalam dengan selamat.
Selamat sampai di dalam terus cari jalan untuk ke stage utama. Polis yang jaga pagar izinkan kami masuk, lega. Barulah dapat ambil gambar dengan lebih mudah dan dekat tanpa gangguan penonton. Tak sempat pun nak pay attention kat orang di pentas sebab sibuk nak memantau penonton dan persekitarannya. Kakchik berdiri berhampiran sekumpulan FRU yang setengahnya begitu asyik menonton artis di pentas.
Inilah hasil berada di sekitar pentas malam tadi.
Cik Abe bersama Jamal Abdillah dan Jay Jay
Megat Nordin, pendikir dan Cik Abe jumpa kawan lamanya di Nilam Puri, Yasin Sulaiman
Kakchik hanya bergambar dengan isteri Jay Jay. Peramah orangnya.
Cik Abe bersama Raihan, memang ramah-tamah terutama Che Am.
Boleh ucap tahniah la sebab TV3 berjaya mematuhi syarat Kerajaan Negeri semasa menganjurkan konsert. Pintu masuk berasingan, tempat duduk berasingan, tiada artis wanita, petugas dan kakitangan tak disuruh bertudung tapi semua pakat pakai tudung walau nipis berbayang :) , artis lelaki yang nyanyi semuanya senonoh, penonton pun berdisiplin dan menepati masa yang diberikan. Tahniah!
bahagian penonton wanita
bahagian penonton lelaki
ini yang memisahkan mereka
Selepas tamat konsert jam 11 malam, ada acara bunga api yang cantik. Terkejut kakchik dibuatnya, sebab bunga api terlalu dekat dengan tempat kakchik berdiri di tepi stage. Kalau nak lihat rakaman videonya, ada di facebook. Kakchik gagal upload ke youtube.
Untuk membenarkan sesebuah badan penganjur membuat program sebegini di Kelantan bukanlah mudah kerana Kerajaan PAS Kelantan sebaiknya cuba untuk memastikan iman rakyatnya terpelihara walaupun rakyat sendiri ada yang tak tahu dan tak mahu. Tapi tanggungjawab memimpin ini berat, sebab di akhirat hisabnya lebih susah berbanding rakyat. Makanya, kesanggupan TV3 selaku penganjur untuk mematuhi Akta Kawalan Hiburan, amatlah kita hargai. Berlangsunglah Jom Heboh Edisi Kelantan...
Bagi kakchik, sekali-sekala ada program begini boleh la... asalkan sentiasa dipantau dan dikawal agar tidak melanggar batas syarak dan sebaik-baiknya mencapai matlamat dakwah. Orang boleh buat pelbagai spekulasi terutama bagi yang prejudis terhadap parti politik Islam yang memerintah. Tapi bagi kita yang berada di medan, hanya kita dan Allah saja yang tahu sejauh mana keikhlasan perjuangan ini, sejauh mana keikhlasan Membangun Bersama Islam itu. Kita sudah cuba yang termampu untuk membawa rakyat ke arah kebaikan Islam, cara hidup Islam, berpakaian Islam, berakhlak Islam. TAPI kita kena ingat HIDAYAH dan PETUNJUK adalah kerja ALLAH, kerja kita berkerja untuk sebarkan Islam. Ada kuasa kita guna sebaik-baiknya untuk Islam.
Dengan itu laporan Jom Heboh tamat di sini.
wow bestnye..dan yang lagi bagus sebab peradaban jomheboh di kelate dijaga..alhamdulillah..
ReplyDeleteCatlina, alhamdulillah untuk sebahagiannya. Masih banyak yang perlu di kemaskini kepada lebih baik.
ReplyDeletebagus jugak ada syarat2 yg ditetapkan..takde la adegan yg kita tak mahu lihat terpaksa dilihat di kalangan muda mudi..kadang2 yg berusia pun sama...
ReplyDeletetahniah pemimpin kerajaan negeri kelantan yg displin dan tegas dengan peraturan...
salam kakcik...saya minta izin nk copy gambar2 jom heboh kat kelantan. saya nk letakkan dkt laman web nie
ReplyDeletehttp://www.skyscrapercity.com/
dlm forum kota bharu-the east cost city..ianya membincangkan perkembangan mutakhir kat kota bharu..alamat kakcik turut saya sertakan kat sane..
asha, sejak dulu lagi sudah dibuat syarat2 tu dalam Akta Kawalan Hiburan demi untuk menjaga akhlak ummat Islam. memang betul, bila nak buat hal, tua dan muda dah tidak diambil kira.
ReplyDeleteWkslm apik. Silakan kalau ianya dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kelantan clearly shows itself as a pioneer in many fields; and now, entertainment.
I have been to many concerts before and as a female, it never feels safe and comfortable being surrounded by that many strangers and strange men. You can imagine the horrid experiences we went through then.
I'm very happy that your government shows great concern for the safety and dignity of the female population who would enjoy going to concerts but without the danger of exposing their dignity and honour as a woman to strange men's attention.
May Allah bless and reward your government with success in this Dunya and the Hereafter.Ameen.