Assalamuaalaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar hari ni? Semoga semuanya sihat-sihat selalu. Kakchik masih lagi batuk-batuk, entah kenapa batuk ni memang susah nak berhenti. Risau je.
Ada kawan-kawan di facebook sarankan beberapa cara untuk hilangkan batuk, nanti kat bawah kakchik letakkan gambar senarainya.
Kakchik google maklumat pasal batuk ni walaupun diri sendiri sudah tahu apa penyakitnya dan apa ubatnya tapi nak juga tambahkan maklumat. Antara yang kakchik jumpa ialah:
Pengenalan
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Sebab-sebab batuk
• Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza (selsema cuma 2 hari je...)
• Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia,
tuberculosis) (harap-harap bukan yang ini puncanya)
• Alahan
• Asma
• Merokok (kalau ada org merokok dok dekat, sekejap je kakchik akan batuk)
• Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
• Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
• Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux
disease (GERD)
• Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
• Tekanan (kemungkinan besar)
• Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang
digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan
• Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
• Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air
untuk mengelakkan kahak yang banyak. (paksa diri sampaikan asyik ulang-alik bilik air je)
• Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang
kering dan kerap. (usaha untuk ikut)
• Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula
ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
• Berhenti merokok
• Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya
perlu
• Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis
ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan
suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
• Batuk yang mengeluarkan darah
• Baru pulang dari perjalanan luar negara
• Batuk berterusan lebih daripada dua minggu (sebab paling kukuh)
• Semput / sesak nafas, sakit dada
• Demam yang berpanjangan
• Mengandung
• Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
• Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
• Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan
Pencegahan
• Amalkan tabiat kebersihan yang baik
• Minum banyak air
• Tangani tekanan dengan baik
• Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
• Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
• Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
• Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit
paru-paru (COPD)
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Batuk.pdf
Selain itu ada juga blog yang menulis petua tentang batuk. Sila ke sini untuk membacanya.
Ini pula nasihat teman-teman di facebook. Terima kasih ya.
Hajat di hati ni nak cuba juga ubat batuk HPA tu. Kakchik dah browse maklumatnya di website DuniaHerbaHPA. Inilah sedikit maklumat yang kakchik salin dari laman web itu.
Madulia ubat batuk HPA
Ubat batuk MADULIA kini akan mula dipasarkan oleh AWM. MADULIA menggunakan halia sebagai bahan utama. Ramuan dari beberapa jenis rempahan ini dijangka akan memberikan pilihan kepada pengguna bagi menggantikan penggunaan ubat batuk yang lain. Kita namakan MADULIA kerana madu digunakan sebagai media untuk perawatan batuk disamping herba lainnya.
Tahukah anda bahawa dalam tempoh 24 jam tidak ada seekor kuman pun yang boleh hidup didalam madu. Oleh sebab itu pada zaman dahulu madu sangat terkenal dijadikan sebagai ubat batuk yang mujarab. InsyaALLAH.
Batuk
Apabila anda batuk yang teruk jangan sekali-kali memakan buah anggur kerana batuknya akan menjadi semakin parah. Bagitu juga dengan buah mempelam/mangga atau timun yang boleh menyebabkan batuk berterusan. Walaupun buah-buahan ini termasuk dalam kelompok sejuk tetapi ia tidak mengurangi masalah batuk. Getah anggur pula sangat baik untuk batuk disamping pengambilanya disinergikan dengan biji selasih,kurma merah,halwa kundur dan lain lain lagi.
Batuk dapat di legakan dengan madu yang dicampur halia merah(bukan halia bara). Ini terdapat dalam produk MADULIA tetapi jika pengambilan herba ini tidak berapa efektif, ia perlu di ambil dengan perahan limau/jeruk(ind) nipis bersamanya. Perahkan separuh limau nipis kedalam satu senduk MADULIA dan minum terus (jangan campur air) selepas beberapa minit barulah minum air jika mahu.
Pengambilan MADULIA ini sebenarnya diambil sedikit-dikit tetapi kerap dilakukan mungkin lebih dari 10 kali sehari (1/3 sudu makan/setiap kali pengambilan) Kerap dengan sedikit-dikit lebih baik dari banyak sekali gus, itulah kaedah perawatan batuk. InsyaAllah.
Semoga batuk ini segera sembuh sebab sekarang sudah melebihi 2 minggu. Banyak kerja yang lambat kakchik selesaikan kerana masalah batuk ni. Paling teruk sebab sudah beberapa kali batuk hingga muntah dan terkencing. Malu nak cakap tapi itulah yang berlaku, di luar kawalan fizikal kakchik. Bila begini, selera makan pun jadi kurang. Memang susah nak makan cukup 3 kali sehari. Suhu badan pun amatlah tinggi tapi kakchik rasa macam tidak demam, orang yang bersalam semua kata kakchik demam. Allahu'alam.
Sekarang nak sambung rehat.
Salam,
ReplyDeleteKak chik, mg cepat sembuh yer. harap kak chik bersabar yer... sesungguhnya sakit itu adalah kaffarah atas dosa2 yg tlh kita lakukan... Pengalaman sy, batuk ni mmg sakit yg payah nak sembuh cepat, n mmg perit utk diharungi.tk senang nak wat keja...mg allah akan cepat sembuhkan sakit kak chik ni.syafakillah...
mmg seksa kalo mase batuk.. kadang2 tu mase tgh tdo terjaga sbb batuk.. saket tekak.. dah la nak baik amek mase berminggu... adesss
ReplyDeletesalam kak chik,
ReplyDeletekalau nak beli produk hpa, kak chk guna no ahli saya untuk dapatkan diskaun..
semoga cepat baik ya
kak chik mungkin terlalu penat dan perlukan rehat
Wa'alaikummussalam areef. Terima kasih. Kakchik tau, Allah sedang uji kakchik. Insyaallah, bila segalanya stabil, penyakit pun akan hilang.
ReplyDeleteMeuzAngelo, begitulah yg kakchik alami. Kalau ditahan-tahan, jadi tersedak terus termuntah. MeuzAngelo pun batuk juga ke?
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Mas. Terima kasih atas offer tu. Insyaallah kakchik guna akaun adik, dia pun ahli HPA. Mungkin sebab akhir2 ni stres sangat kot, itu yang batuk sikit jadi lama. Mas pun jaga kesihatan ya. Kakchik tau Mas pun sibuk skrg ni.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ya, kak chik.
info yg sangat bagus telah dikongsi.
selalunya kalo saya batuk sebab asma. asma saya selalunya datang bila ada kahak dan mula batuk.
Wa'alaikummussalam farah. Terima kasih ya. Kakchik takde asma tapi anak2 sedara mmg asma. Tentu lebih seksa orang yg asma kalau batuk kan. Semoga farah sihat dari asma dan kakchik sembuh dari batuk. Terima kasih sudi singgah dan komen.
ReplyDeletesalam kakchik..mokwo sekarang nih pun tengah batuk..siap ngan wheezing sekali sebb mokwo ade asma..tengah makan madu,,rase nak teguk sebotol je..tapi takut terlampau panas lak..dulu memnag selalu amalkan mkn madu 2kali sehari..memang jarang asma..tapi dah lame tak buat amalan tuh ni datang balik asma..huhuh
ReplyDeletesemoga kak chik cepat sembuh!
ReplyDeleteSalam Kak Chik,
ReplyDeleteKak Chik tak sihat ye... makan ubat jangan lupe tau... semoga cepat sembuh :)
Re: yang kak chik tanya, dalam gambar tu, memang dalca..mak mentua yang buatkan...nenek buatkan roti canai :)
Ijan
salam kakchik, saya juga pernah batuk selama 3 bulan, kemudian saya amalkan madu amazing..madu yg dicampur bijirin hitam( habbatussauda)produk dcl selama sebulan..Alhamdulillah dgn izin Allah jua batuk saya hilang..
ReplyDeletesalam, kak chik dah sihat ke belum?sy dan baby baru nak recover ni koff koff huhuhu
ReplyDeletewkslm mokwo. huh, mokwo mesti lagi teruk tu sebab ada asma. moga-moga kita sama-sama lekas sembuh kan mokwo. org kata amalan makan madu pagi dan petang sangat bagus tapi kita ni mmg susah nak konsisten.
ReplyDeleteterima kasih aja
ReplyDeletewkslm cikgu anie. terima kasih atas perkongsian pengalaman dan info. insyaallah kakchik take note.
ReplyDeletewkslm ijan. musim la sekarang ni ijan. ramai sungguh orang yg batuk tapi kakchik pulak yg susah sembuh. insyaallah esok nak gi cari Madulia HPA tu.
ReplyDeletebest la ijan MIL dan nenek ada kat sana. hilang rindu dpt mkn masakan orang tua.
Wkslm Catlina. Masih dok kof kof lagi ni. Sib baik dah tak terkucil. Moga2 Catlina dgn e-ein pun segera sihat ya.
ReplyDeletebaby yg sakit teruk pun kafarah juga ke....apa dosa dia.???..umur 8 bulan mati.
ReplyDelete