Followers

25.2.10

Jamuan Sempena Pembukaan Rasmi

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera semua.
Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan bahagia sentiasa.


Hari ni insyaallah bakal menjadi kenangan buat kakchik kerana petang nanti kedai buku kakchik akan dibuka dengan rasmi. Kalau ikut perancangan yang asal, akan ada tetamu khas merasmikannya tapi tetamu tersebut terpaksa menarik diri kerana ada hal lebi penting perlu diutamakan dan kakchik redha kerana kakchik pun tahu urusan itu jauh lebih penting dari merasmikan kedai buku kakchik. Tidak mengapa.

Jadi majlis petang nanti hanya akan dibuat secara ringkas dan kecil-kecilan saja iaitu dengan pembacaan doa khas dari cik abe, mungkin kakchik akan buat ucapan sikit dan seterusnya jamuan makan bagi meraikan sesiapa saja yang hadir terutama keluarga, sahabat-handai, kenalan blogger dan pelanggan yang datang.

Oleh kerana majlis bermula jam 3 petang, maka jamuan yang disediakan pun ala-ala minum petang gitu. Takde makanan berat. Kakchik cuma sediakan makaroni sup, bihun goreng istimewa, kuih-muih tradisional dan air minuman dengan harapan jamuan itu dapat mengeratkan hubungan dan saling mengenali antara satu sama lain.

Jadi... walaupun pagi ni baru nak menjemput, kakchik silakan teman-teman yang mampu hadir untuk sama-sama ke kenduri pertama MariBaca Bookstore bagi merasmikan pembukaannya di tempat baru agar selepas ini kami akan terus membuat bisnes yang jujur dan berkembang maju, juga para pelanggan dan masyarakat akan mendapat manfaat dari kewujudannya.

Maaafkan kakchik kerana jemputan ini di saat akhir dan tiada surat yang rasmi. Banyak urusan yang melibatkan pihak lain yang melembapkan proses merasmikan kedai menjadikan kakchik ambil tindakan ini. Inilah dugaan bila buat kali pertama nak rasmikan kedai.

Jemput datang ya!

23 comments:

  1. Dari kejauhan kak nza mendoakn bisnes kakchik agar brkembang maju...TAHNIAH utk kakchik!!!

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Tahniah kak..semoga perniagaan akak terus berkembang n maju...InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. kakchik teringin sgt nak pegi...apa2 pun semoga bisnes berjalan lancar...Insyaallah.

    ReplyDelete
  4. Salam kak chik!
    InsyaAllah ayu dtg petang ni...bawak anak2.....kita jumpa ye!

    ReplyDelete
  5. Salam kak chik,

    Tahniah atas perasmian Mari Baca. moga bisnes kak chik akan terus sukses, diberkati dan dirahmati allah swt. takpela kak chik, majlis ptg ni takder tetamu vip tu. nila dugaan utk org berjaya. amin...

    one day, nak belaja gak dr kak chik ni. sbb sy pun bercita2 nak buka kedai buku gak. sbb tpt sy ni mmg susah nak cari kedai yg ada pelbagai jenis buku. yg ada kedai altulis yg jual majalah n suratkhabar n buku2 rujukan peksa jer...

    ReplyDelete
  6. Salam...

    TAHNIAH! Semoga perniagaan kak chik akan terus berkembang

    * kalau ke KB dan menginap di sebelah kedai kakchik - Insyaallah kak e akan terus bertamu ;)

    ReplyDelete
  7. Tahniah Kak Chik... Tumpang bangga walaupun cuma baca cerita akak kat blog jer. Semoga business terus maju, dan jadi saudagar yang hebat disisiNya :)

    Sedapnya menu tuuu (^_^)

    ReplyDelete
  8. kak nza, terima kasih atas doamu kak. moga Allah makbulkannya.

    ReplyDelete
  9. Wkslm Sue. Terima kasih atas ucapannya. Insyaallah.

    ReplyDelete
  10. Hasnah, kakchik doakan suatu hari kita dapat bertemu juga di MariBaca. Terima kasih ya.

    ReplyDelete
  11. Wkslm Ayu. Terima kasih banyak aras kesudian ayu bersama nana dan tasya datang ke kedai tadi. Kakchik sangat-sangat berterima kasih dan gembira atas sokongan ayu. Gembira juga sebab akhirnya kita dpt bertemu mata.

    ReplyDelete
  12. Wkslm Areef.
    Terima kasih banyak. VIP yang dijemput terpaksa ke pre-councel DUN jadi majlis jadi santai. Alhamdulillah segalanya lancar.
    Insyaallah Areef, hendak seribu usaha, taknak sepatah kata saja. Semoga hajat Areef nak jadi usahawan buku tercapai dan berjaya.
    Kita kena unik tapi memenuhi keperluan masyarakat, kata seorang pakar motivasi.

    ReplyDelete
  13. Wkslm kak e.
    Terima kasih banyak kak. Sudah semestinya kak e kena singgah di kedai sebab hotel kegemaran kak e tu sebelah je.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih iza. Kakchik belum masuk kategori berjaya iza, masih dalam perjalanan. Insyaallah akan sampai juga di puncak kejayaan tak lama lagi berkat sokongan teman-teman seperti iza.

    alhamdulillah menu yang disediakan amat disukai para tetamu yg datang. hehe kakchik simpan sikit nak bawa balik ke rumah utk ahli keluarga yang tak sempat hadir.

    ReplyDelete
  15. Tahniah kakchik...
    Tak sempat tadi nak ke KB ke majlis pembukaan kedai kak chik..
    ada musyaqqah yang tak dapat di elakkan.. apapun... Insya Allah di masa akan dtg, akan singgah jua :)

    ReplyDelete
  16. Terima kasih sarah. Maafkan kakchik tak sempat balas SMS. Tak mengapa... kenalah utamakan yang lebih utama kan? Insyaallah, jika sampai di KB singgahlah ya.

    ReplyDelete
  17. Salam.. Tahniah Kak Chik kerana telah membuka lembaran baru dlm dunia perniagaan... Semoga bisnes Kak Chik bertambah maju dan sukses.. :)

    ReplyDelete
  18. Wah banyaknya juadah yg lazat.. Murah rezeki Kak Chik... Teringin nak singgah kedai Kak Chik ni...

    ReplyDelete
  19. Wkslm Nur. Terima kasih... semuanya atas izin Allah juga. Kalau tiada keizinannya, mgkn bisnes ini tidak wujud. Moga Allah makbulkan doa Nur.

    Juadah ... alhamdulillah memang lazat. Nanti kalau bercuti ke KB, mesti singgah ya.

    ReplyDelete
  20. Insya-Allah Kak Chik.. jika Nur tiba KB Nur akan contact Kak Chik.. Tak pernah jejak negeri Kelantan lagi ni...

    Hope that one day.. Nur akan dapat jumpa Kak Chik.. Insya-Allah.. Take care ye sis.. :)

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah kalau macam tu Nur. Itulah yang kakchik harapkan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs