Followers

30.12.08

Raptai Countdown Tahun Baru 2009

Malam ni KakChik diarahkan ke stadium kerana perlu menguruskan persembahan multimedia dan peralatan media untuk sambutan Countdown Tahun Baru 2009. Sempatlah ambik beberapa keping gambar berkualiti rendah dalam hujan yang turun lebat sekejap-sekejap.

Sdr. Hafiz Hamidon, pengacara Akademi Nasyid TV9 telah dijemput untuk mengacarakan majlis serta menyampaikan beberapa buah lagu. Kelihatan beliau sedang berbual dengan Ketua Unit Wanita, Urusetia Pembangunan Wanita, Belia & Sukan, Cik Azlina. Hafiz ni memang peramah & mudah berkira.

Kuda dan kereta kuda akan turut terlibat dalam acara perarakan yang akan diadakan bersama rombonga motorsikal klasik.

YB Haji Takiyuddin, EXCO Kerajaan Negeri (baju oren) bersama para pegawai UPWBS dan MPKB-BRI sedang berbual dengan Sdr. Hafiz Hamidon.

Deretan motorsikal klasik yang agak berarak malam esok.

Orang kuat program, YB Wan Ubaidah Omar, EXCO Kerajaan Negeri sedang melihat persiapan sambutan yang sedang dilakukan di atas padang stadium.

Para pemukul gendang dari 4 kaum utama Kelantan iaitu Melayu, Cina, India dan Siam sedang berkumpul di pentas utama untuk acara raptai dan 'sound testing'.


Antara petugas yang sedang menyiapkan tag nama untuk VIP, Media, Urusetia dan Peserta terdiri daripada staf UPWBS serta Penghuluwati (pakai vest).

NANTIKAN BERITA LANJUT ESOK.

6 comments:

  1. mcm meriah aje..x sbr nk tggu berita esok..hehe..

    ReplyDelete
  2. Kesian Kakcik, sebok sakan lah nampaknya, sampai tb9 dan kuda2 pun terlibat sama. Dasat punya sambutan tu ya!

    ReplyDelete
  3. yan, masa raptai semalam pun memang meriah terutama bila 4 jenis gendang kaum dimainkan dan hafiz hamidon naik ke pentas.

    ReplyDelete
  4. Tatti, dah panggilan tugas... lagipun KakChik suka dengan kerja sukarela ni. Kita ada kemahiran, jadi kalau diperlukan, kita sumbangkan aja. Tulah, kesian TV9 & kuda, habis kena hujan.

    ReplyDelete
  5. Behnyer keje kelate! Dah jd org kuat negeri dah cik Azlina tu ye ;) kwn masa kat MMP dulu tu :)

    ReplyDelete
  6. Hehehe... nampak best, tapi mmg letih sesangat diorang ni. Terlalu byk program, macam2 dan tak cukup bajet sangat, tapi diorang punya semangat memang kuat.

    Oooo, kawan C'Na ya. Nan ti kakchik bagitau dia.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs