Followers

26.12.08

Alhamdulillah dah selesai daftar

Alhamdulillah, sekejap aje urusan pendaftaran semester Jan 2009 dan pengambilan modul-modul kertas semester depan. Tadi masa sampai kat OUM, nampak macam tak banyak sangat kereta kat tempat parkir mungkin sebab hujan maka tak ramai lagi yang datang mendaftar. Atau boleh jadi juga dah ramai yang mendaftar semalam. KakChik sebenarnya baru tahu pagi tadi yang KakChik kena daftar pada 25 & 26 Dis. Terima kasih kat Kak Lis yang menghantar mesej awal-awal. Selalunya Kak Lis jugak yang banyak 'inform' pasal nak ambik modul & bila kelas nak mula. Dah banyak kali tengok dalam 'website' OUM pun takde maklumat tu... Apa-apa pun, dah selesai... cuma tunggu nak masuk tutorial pertama je.

Inilah jadual tutorial wajib KakChik, Jumaat Minggu 1 & 3, yang belah kiri tu. Maknanya kelas pertama akan bermula pada 16 Jan... kembalilah KakChik ke dunia pelajar semula selepas cuti sebulan. Sekarang ni dok tunggu 'result' untuk sem September 2008 (sem 6). Semoga hasilnya membanggakan. Harap-harap dapat 4 flat. Idaman setiap semester.

Ini pula 3 buah modul untuk bacaan & persediaan sebelum ke tutorial. KakChik belajar pasal pendidikan awal kanak-kanak maka modul pun banyak yang 'detail' tentang mereka. Sebenarnya modul-modul ni amat sesuai dibaca oleh ibu bapa juga. Segala apa yang ada dalam tu dan setiap apa yang dibincangkan dalam tutorial memang sangat-sangat sesuai diketahui oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar membesar dengan seimbang sosioemosi, fizikal, kreativiti & estetika, kognitif, bahasa dan yang paling penting rohaninya.

Kalau ada sesiapa yang saja-saja nak belajar untuk tambah ilmu, memanglah bagus. Amat-amat bagus, cuma mungkin yang kurang bagus sikit tu kena periksalah.... hehehe.

6 comments:

  1. salam kak chik...dah selesai daftar ye....selamat maju jaya...
    semoga Allah permudahkan semua urusan kak chik...amin.

    ReplyDelete
  2. wkslm suzi. tima kasih banyak ya... amat-amat dihargai.

    ReplyDelete
  3. bestnya kak chik ada minat nk belajar lg..tabik spring arr..x semua org bleh buat cam kak chik nie..semoga berjaya..

    ReplyDelete
  4. tima kasih yan.
    dah dua lama dok ngidam nak belajar lagi. kawan2 ramai yg dah ada MA dan PhD tapi kita lambatlah sangat.
    selagi ada daya dan kelapangan mmg kakchik nak teruskan lagi.
    moga-moga diizinkan Allah.

    ReplyDelete
  5. kak chik nak masuk blaja dah? , insya Allah dapat4 flat tu result..

    ReplyDelete
  6. a^a. lagi seminggu dapat buat persiapan lepas tu kelas akan mula macam biasa.
    mekasih doakan kakchik. amin. nak sangat 4 flat tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs