Followers

29.12.08

Hari ni hujan, hantar abang ipar di 'airport'

Cik Abe, Mak dan Makcik Yah (mak sedara Cik Abe) semasa menanti van yang membawa abang ipar sekeluarga sampai di 'airport'. Inilah kali pertama Cik Abe dan Mak bergambar bersama selepas hampir 6 tahun.

Apalah yang Mak sedang fikirkan tu?

Abang Dan (kemeja biru air) yang baru sampai sedang sibuk memunggah beg & barang yang banyak. Keluarga besar nak balik ke Sabah, tentulah banyak barangnya.

Cik Abe dan Abang Dan sedang beratur untuk 'check-in' di kaunter Air Asia. Ramai sungguh orang kat 'airport' hari ni. Ada yang datang menyambut kepulangan rombongan haji dan ada yang datang menghantar ahli keluarga ke mana-mana, macam kami.

Mak dan adik ipar, Yah bersama anaknya Aini Syakirah, duduk-duduk sementara menunggu Abang Dan selesai 'check-in'. Nasib baik dapat kerusi, kalau tak, lenguhlah kaki dok berdiri kat situ dahlah orang penuh sesak.

Inilah keluarga sebelah Cik Abe. Mak (MIL) yang pakai tudung labuh tu dan Ayah (FIL) yang pakai kemeja putih tu. Yang lain tu ialah sanak-saudara yang datang dari Kg. Berangan untuk menghantar Abang Dan sekeluarga balik ke Sabah.


4 comments:

  1. Kakchik, hujan tak kat klate tu? Sini ujan dari pagi laa.. Sejuknya mak ooii!

    Mentua tie pulak akan pulang 1 hb ni..dari Mekah..insyaallah.. Nak balik la nanti tengok dia..

    ReplyDelete
  2. Kak Tie, kat sini pun hujan... dah 3 hari ni tak henti-henti lagi. Ada masa lebat ada masa dia reda sikit. Bak kata masa ni memang rasa malas nak mandi, sejuknya sampai ke tulang hitam.

    Ooo, jadi nanti Kak Tie dtg sinilah nak sambut mentua ya. Kalau lama tu blhlah ke rumah. Nan ti 8hb kami ke KT pulak nak sambut abang ipar balik dr Makkah juga.

    ReplyDelete
  3. kak chik..abang ipar tu duk sabah area mane??...yan sabah kt sandakan..kot2 lah berjiran..hehehe

    ReplyDelete
  4. abang ipar pun dok sandakan yan. dia mengajar kat sana.

    tak sangka yan pun org sandakan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs