Berhenti sebentar di Telong, Bachok. Saja nak ambik gambar perspektif jalan ni.
Sepertimana yang KakChik maklumkan, hari ini KakChik ke Kuala Terengganu dan kini semasa menulis ni KakChik sedang berada di rumah tetamu di Kuala Ibai. Alhamdulillah, rumahnya tersangatlah selesanya, dengan 4 bilik yang besar-besar dilengkapi segala kemudahan, terima kasih kepada Intan yang telah menolong mencarikan rumah ini.
Sebelum naik Jambatan Tok Bali yang tinggi menjunam tu.
Oleh kerana tadi sebaik saja sampai terus masuk mesyuarat sebab KakChik terlewat sampai kerana asyik 'makan jem' apabila mula memasuki bandar Kuala Terengganu. Tamat mesyuarat yang pertama dalam pukul 5 lebih, berehat sebentar, makan-makan masuk pula mesyuarat yang kedua. Hai... kelihatan orang lain yang terlibat agak keletihan namun kedatangan kami ke sini pun memang untuk mesyuarat, maka mesyuaratlah jawabnya.
Badan dah letih ni jadi kawan-kawan tengok ajelah gambar-gambar yang KakChik ambik semasa perjalanan siang tadi dan tersilap jalan hingga ke Sg. Tong. Tak yah ceritalah macamana boleh tersilap tu, hehehe...
Nampak tak jambatan yang naik tinggi tu? Nun sayup kat depan tu. Jambatan Tok Bali la tu (untuk yang tak pernah lalu, yg dah biasa lalu memang tak heran).
Ketika gambar ini dirakam, kereta betul-betul berada di puncak Jambatan Tok Bali. Hehehe... berani tak ingat bahaya ni. Satu tangan pegang stereng, satu pegang telefon buat ambik gambar. Nak berhenti tak boleh kat atas ni.
KakChik dah silap jalan masa sampai kat sini. Ni nak ke Sg. Tong dah, hampir sampai Felda Belara. Terpaksa pusing balik untuk ambil kawan di Kg. Saujana, Setiu.
Dah sampai pun KT. Nampak bangunan UMT (dulunya KUSTEM) yang KakChik datang berkursus 2 tahun lepas. Dah banyak perubahannya.
Sampai sini dah tak dapat nak ambik gambar dah, jalan mula jem dan polis pun ramai. Lagipun dah letih... ingatkan sampai cepat ke Kuala Ibai, tapi kekenyangan 'makan jem' maka sampai lah lambat.
Catatan ini ditulis pada 27hb. Dis 2008, jam 11.13 mlm
kak chik, gambar perspektif jalan tu cantik sangat la.. :) rasa boleh terbayang diri ada kat situ....
ReplyDeletehai tak sangka pulak nurulhuda suka gambar tu. ambik gambar cara amatur je. tapi jalan tu memang cantik & lurus.
ReplyDelete