Untuk kenalan KakChik, ummuhurairah_83 @ iza of Bingkisan Hati, hari ni KakChik dah cuba menjawab tagnya. Susah juga nak menjawabnya secara rawak ni. Cuba tengok apa peraturannya:
Rules: Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits, or goals about you.
- Pagi tadi patut pergi ke KB untuk dengar kuliah Tok Guru tapi terpaksa batal sebab takde orang kat rumah.
- Buat 2 'loaf' roti nasi hari ni tapi yang pertama bakar tak berapa menjadi sebab terlebih air selepas KakChik tambah jagung dalam adunan. Lembik sikit... tapi 'edible'. Yang kedua, enak sekali sih...
- Dalam bilik blogging, di dapur blogging, ulang-alik antara dua tempat ni dari pagi tadi hinggalah jam 6 lebih sekarang ni.
- Nak khatamkan buku Tautan Hati yang tebal tu... malam ni juga.
- Reading Challenge dah tinggal 2 buah buku saja lagi - maaflah tak sempat nak buat ulasan.
- Bilik dengan dapur dekat sangat... bahaya untuk penambahan berat badan.
- Konon nak jahit abaya kat bahagian bawah tu ... erk... bila nak sudahkan tu?
- Esok kerja... hari yang sibuk di Zahra' sebab beberapa staf cuti tahunan, KakChik kena ambil alih tugas.
- Hari ni banyak makanan sungguh sebab Ummi dan Ayah kalau gi dengar kuliah jumaat mesti bawa balik macam-macam, dah ketat pinggang seluar ni.
- Boring... Amni, Iffah dan Ikhwan takde hari ni sebab Umminya bawa balik ke rumah dia... Ahad baru jumpa lagi. Amniiiiii.... rindunya.
- Kerana kena tag gambar kahwin... lama juga dok belek album kahwin, tersenyum-senyum sendiri.
- Tak jadi nak basuh kain tadi sebab hari mendung tapi sampai laaani tak hujan pun. Aiseh... nyesallah pulak.
- Kejap lagi nak mandi untuk segarkan diri... cergas sikit nak membaca.
- Malam ni kena siapkan 'things to do' untuk esok.
- Cermin mata ni nampak gaya nak kena tambah 'power' lagi ni sebab dah mula rasa kelabu-kelabu sikit... berhabis lagi le gayanya.
- Angan-angan nak beli kasut dan handbag baru... POLO, suka jenama ni sebab kukuh & 'comfy' macam beg yang KakChik guna sekarang ni.
Dah selesai dah... puas kena fikir satu-satu nak tulis benda 'random' ni. Kalian ingin mencuba? Silakan...
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.