Followers

15.12.08

Bihun & Laksa Berperisa Babi

BIHUN CAP LANGSAT
BIHUN CAP KETUPAT
BIHUN CAP CILI
BIHUN CAP CABAI BURUNG

confirm 100%


PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !!
TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI)!!


PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. ( Co. No. 365216-T) yang terletak di :-

Lot 1123,
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300. P.Pinang.

Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

3.5 kg bihun CAP KETUPAT

3kg bihun CAP CABAI BURUNG

Bihun atau laksa CAP CILI, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG


Cop halal yang tidak pernah mendapat kelulusan


Apabila logo atau cop halal kelihatan di bungkusan produk makanan, ia menunjukkan suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu iaitu 'Halal', 'Ditanggung Halal' atau 'Makanan Islam' atau difahami bahawa orang-orang Islam dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan tersebut. Logo halal yang sah dari JAKIM mempunyai

a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – ' حلآل ' di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi 'HALAL';
d) bulatan logo tertulis perkataan ' Malaysia ' dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Manakala logo halal JAIN/MAIN:


a) di bawah tulisan rumi 'HALAL' terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf 'H' yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
'H' bermaksud Halal
'10' melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor

Cop logo halal yang benar

Oleh itu, bagaimana persoalan ini terjadi?

Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi yang keluasannya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak beratus ekor babi dalam satu masa bersebelahan kilang bihun tersebut dan hanya dipisahkan dengan pagar. Betapa dekat dan hampirnya kilang memproses bihun ini dengan pusat ternakan babi sehingga berkongsi pagar. Pastinya keadaan kawasan tersebut tidak dapat digambarkan dan tidak INDAH seperti nama kilang tersebut lebih tepat lagi 'INDAH KHABAR DARI RUPA '. Dan ini lari dari cop halal yang digunakan kerana premis makanan bersebelahan kawasan najis. Diketahui, pemilik Kilang Bihun Beras Indah dan pusat ternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan dan tidak perlu terkejut segalanya mereka berkongsi bersama seperti pagar, longkang , saluran air bumbung dan juga sistem kumbahan

Keadaan di dalam pusat ternakan babi yang bersebelahan kilang BIHUN BERAS INDAH Sdn Bhd, Tasek Gelugor, Seberang Prai Utara

Gambar pandangan dari ladang kelapa sawit. Anak panah kiri menunjukkan kilang BIHUN BERAS INDAH dan anak panah kanan menunjukkan pusat ternakan BABI dan mereka juga berkongsi saluran air dari bumbung.

Difahamkan pihak kilang tersebut mendapat bekalan air untuk memproses bihun dan laksa dengan cara menyedut air dari bawah tanah bagi menjimatkan kos. Pernahkah anda terfikir kesucian air yang digunakan? . Bagaimana pula dengan keadaan bihun yang diproses dengan meggunakan air yang pastinya sedikit sebanyak mengandungi air najis. Ini seumpama kita memakan najis babi dan sekali lagi bertentangan dengan cop halal yang digunakan kerana memproses menggunakan alat yang tidak bebas dari najis. Kita sebagai pengguna beranggapan bahawa dengan memakan bihun cap cili atau apa- apa sahaja
cap, kita tidak perlu ragu-ragu seperti kita memakan daging yang berkemungkinan merupakan daging babi. Malangnya tanpa kita sedari kita telah menikmati dengan enaknya bihun perisa babi. Apakah perasaan pengguna yang telah menikmati bihun tersebut. Betapa jijik dan kotornya perasaan para pengguna.. Selain itu, pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang ini hanya dipisahkan dengan pagar dan mereka turut disyaki berkongsi sistem kumbahan yang sama.

Sistem Kumbahan yang terletak bersebelahan


Saluran paip yang menuju sistem kumbahan


Saluran paip air yang menyedut air dari sumber bawah tanah


Paip air di dalam gambar sebenarnya telah di kunci ketat dan saluran air yang tersembunyi merupakan sambungan untuk sumber air bawah tanah.

Bagaimana pula dengan suara hati penduduk tentang pencemaran bau yang langsung tidak menyenangkan? Sejauh lebih 2 km bau busuk dari pusat ternakan babi tersebut boleh dihidu. Bayangkan penerimaan dan penderitaan yang ditanggung penduduk setempat selama ini. Kita tidak perlu terkejut sekiranya kesihatan penduduk terjejas akibat pencemaran bau dari kandang penternakan babi.


Selain daripada itu juga, kerana ingin mengaut keuntungan, terdapat segelintir peniaga tempatan sering menyalah gunakan atau mengambil kesempatan dengan membeli produk dari kilang tersebut. Lebih memeranjatkan lagi terdapat pembeli atau pemborong yang beragama Islam seringkali dilihat datang ke kilang tersebut membeli hasil keluaran mereka Adakah pembeli ini hanya memandang ringan keadaan sekeliling atau tidak pernah tahu kewujudan pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang tersebut atau mereka ini tidak pernah sensitif dengan HALAL & HARAM? Sanggup sungguh mereka mengkhianati saudara sesama Islam mereka atau dengan kata lain betapa tidak berilmu dan jahilnya rakyat Malaysia yang beragama Islam tersebut!!

Kelihatan pemborong yang beragama Islam turut membeli produk keluaran Kilang Bihun Beras Indah tersebut

Sumber berita disalin bulat-bulat dari: http://nikmaa.multiply.com/journal

9 comments:

  1. kak chik..thanks for the info...
    herm..skang mcm2 yg org sanggup buat untuk kaut keuntungan...

    ReplyDelete
  2. you are welcome my dear. harap2 info ni bermanfaat untuk semua ummat Islam terutama yang berada di Utara. Org bkn Islam dia tak tahu dosa pahala sb tu dia tak kisah asalkan untung tinggi.

    ReplyDelete
  3. salam kak..

    thanks for the info..Ya Allah..takut je klu2 kita pernah termakan bihun jenama ini..astaghfirullah..org2 seperti ini harus di amik tindakan yg sewajarnya..saje nk menganiaya..dh tahu2 jelas2 b*b* tu x leh org islam makan malah sentuh pun tak leh..lagik2 lah sebut..perkataan b*b*..geram sgt2 bila mereka yg tdk bertanggungjawab ini menganiaya kita org islam...pernahkan kita nie org islam nk memporak perandakan diorg???...Ya Allah minta dijauhkan benda2 nie dari kita..kita harap apa yg masuk ke dlm perut biaralah yang bersih dan halal..

    sori kakchik..komen panjang sikit nie..mmg berminat ngan n3 nie..klu x keberatan yan nk copy then post kt blog bleh tak???...sekadar nk sebarkan kpd rakan2 yg lain..

    ReplyDelete
  4. wkslm yan. org bkn Islam sebahagian mereka tidak tahu kepentingan Halal & Haram kepada orang Islam, malah ada yang tahu pun mengambil kesempatan menipu org Islam dgn cara begini. sebab itu kita dianjurkan memasak sendiri makanan di rumah dgn memastikan sumber bahannya Halal.

    p/s: kak chik persilakan utk yan kongsi dgn kawan2

    ReplyDelete
  5. Adoi!! Napa boleh jadi begini... ee...rasa nak gi bakar je kilang bihun tu... Lagi pulak ada yang beli utk di jual sebagai masakan...tu kes niaya!!

    Mekasih laa kakchik. Bagus benar info ni...

    P/s: Kak tie pindah tukar blog lama...kengkawan susah nak komen guna yang baru tu...

    ReplyDelete
  6. kak tie, sabar... sabar... jgn gi sorang2, bahaya nanti, mai kita gi ramai2.
    org melayu islam yg beli & jual tu mmg tak ingat agama kot ataupun kejahilan mereka telah menyebabkan ramai org terlibat memakan bihun tu.

    p/s: la... kena pindah balik? kakchik suka je mana2 rumah kak tie, no prob setakat ni

    ReplyDelete
  7. alamak!! macam dah pernah makan je dulu-dulu..aduhai..

    Patutlah anak-anak susah nak hafal quran.

    ReplyDelete
  8. Ibnurashidi, yg dah lepas tu kita nak buat macamana, taubat boleh kot sebab kita terlalai dan kurang teliti. Tapi sekarang kita punya banyak alat untuk mempastikan makanan kita Halal, lagi baik kita buat sendiri. Kesian kita dan anak-anak kita.

    ReplyDelete
  9. Kak chik,

    terima kasih kak chik kerana berkongsi information ini. Nasib baiklah kami sekeluarga tak berapa gemar makan bihun. Tapi kesian dengan pelanggan gerai yang membeli makanan dari peniaga yg hanya tahu mengaut keuntungan..

    Hanya kerana nak untuk mereka sanggup mengkhianat sesama Islam.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs