Followers

8.12.08

Sedih tak dapat korban

Gambar sekadar hiasan.

Sedihnya hati, lembu korban kami tiba-tiba je jatuh sakit petang semalam. Mula dengan tak lalu makan, pening-pening dan akhirnya mulut berbuih. Dalam keluarga kakchik 7 orang yang nak berkorban tapi di saat akhir Ayah berusaha juga mencari bahagian yang masih 'available' dari lembu kawan-kawan dia. Akhirnya yang terlepas hanya kakchik dan La.

Nak buat macamana. Ingatkan dapatlah bawa balik daging tu ke kampung Mak untuk dibahagi-bahagikan kepada orang kampung yang susah. Bukan rezeki kakchik rupanya.

Berserah sahajalah sebab segala-galanya ketentuan Allah juga. Kakchik tahu akan ada hikmah di sebaliknya.

2 comments:

  1. sabarlah kakchik..nak wat camne takdak rezki..apapun semoga Allah SWT kurniakan pahala korban sebab dah niat. Insya'Allah ada rezkinya nanti.

    ReplyDelete
  2. gitulah... kakchik pun pasrah saja sebab kakchik tahu walaupun kita dah merancang, Allah Maha Penentunya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails