Followers

12.12.08

Kuliah Jumaat Takde, Membeli-belah Pulak

Assalamualaikum semua. Pagi tadi punyalah gaduh bersiap nak ke Kota Bharu untuk dengar kuliah di Medan Ilmu tapi bila sampai, tengok-tengok, kuliah tak jadi. Minggu depan baru ada kuliah. Tapi sekitar Medan Ilmu penuh dengan para penjual pelbagai barang jualan.

Hmmm... sebelum sampai kat tempat kuliah tu KakChik dah singgah kedai 'Barang Kita' untuk beli tepung roti, acuan roti, loyang cupcake, marjerin dan penyukat air. Kali ni beli acuan roti yang betul. Maklum le semangat nak buat roti. Hehehe.

Lepas tu sesampai je kat tempat kuliah, orang tak seramai biasa. Mungkin yang datang tu sebab tak tahu kot yang kuliah batal. KakChik pulak tercari-cari kot ternampak kelibat kawan kita KiTTuN sebab dia kata dia pun ke situ. Takde rezeki nak jumpa. Rugi pulak tak mintak no. telefon. Jadi... KakChik jalan-jalanlah tengok gerai yang ada. Manalah tahu terjumpa abaya yang cantik dan murah. Alahai, tetiba je jumpa Kak Nab (Naz Indah Collections) dan ada pulak abaya saiz KakChik. Alhamdulillah harga pun tak mahal.

Gambar 1:RM44.00 saja. Hitam, bunga sulam kuning keemasan. Penghabisan stok. Wah... kualitinya bagus sangat kain ni. Tapi kena potong sikit kat bawah tu. KakChik ni rendah je. hehehe.

Gambar 2: RM55.00. 2 lapis. Kainnya lembut sangat. Kat lengan tangan ada tasel. Kena potong juga bahagian bawahnya. Nak wat camne?

Gambar 3: RM55.00 juga. Ada labuci di depan tu dan juga dekat bahagian siku. Ada 'spare' labuci dalam plastik dijahitkan di bahagian label untuk ganti jika ada yang hilang.

Maaflah ya kawan-kawan sebab banyak belanja pulak hari ni. Sebenarnya yang Gambar 1 tu dah lama juga dibeli tapi ambik gambar sekali dengan yang 2 helai kat bawah yang baru dibeli pagi tadi. Cantik la kan? Kalau ikut harga biasa memang dekat RM80 sehelai. Kira dah jimat banyak ni.

4 comments:

  1. wah.. k.cik tak lama lagi boleh buka bakery lah erk..?
    pagi tadi KiTTuN memang ke sana juga tapi takde org mengajar so KiTTuN ke kedai. Kedai KiTTuN dekat jer dgn kelab pas tu. Kalau k.cik pernah tengok kedai D'Sarah itulah kedai KiTTuN dekat sgt dgn MPKB sebelah dgn merican dispensary. Nextweek kalau dtg lagi boleh singgah kedai KiTTuN erk..! Jgn lupa send no hp.

    ReplyDelete
  2. Bakeri? Insya-Allah... tapi banyak la KakChik kena belajar ni. Tak cukup kalau setakat nak jual roti nasi hehehe. Ada juga pK nak jual ala-ala book cafe bila ada kedai baru nanti.
    Oo...D'Sarah tu KiTTuN punya ya? Nanti KakChik singgah.

    ReplyDelete
  3. wah bestnya beli baju baru..soping sakan kak chik nie..

    ReplyDelete
  4. soping baju sekali-sekala je yan

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs