
Tahniah untuk pasangan Azwira dan Husna. Jamuan berlaukkan singgang daging dan air soya sejuk, mmm... memang sedap. Rasa teringat-ingat kat air soya tu.




Dalam perjalanan lalu kot Hotel Ridel milik seorang doktor Melayu Islam, Dr. Azman. Terletak tepi Sg. Kelantan.

Dalam perjalanan dekat Bulatan Tuan Padang.

Dari Jln. Kuala Krai melalui KB Mall di Wakaf Siku nak ke Kg. Chicha KB.

Dari rumah Kak Mar nak ke rumah Husna pula melalui Jln Kuala Krai. Selepas Kompleks Kota Darulnaim terjumpa Cafe ni. Masih baru lagi & Wi-Fi. Mesti baru beberapa bulan buka. Nak kena singgah ni... tunggu lunch dengan kengkawanlah.

Menuju ke rumah Kak Akmar di Dewan Beta melalui lebuhraya Pasir Mas - Tendong. Takde gambar semasa di rumah Kak Mar sebab dia sedang bersalin pakaian untuk solat Asar tapi dia janji nak bagi gambar yang diambil jurukamera pro.

Cuaca mendung, mungkin hujan petang ni. Ini dekat simpang empat Pasir Hor dekat Restoran New Horizon.

Lori bekalan syarikat ayam goreng bumiputera, Edlee Fried Chicken. Dekat MariBaca ada satu kiosk Edlee. Ayam gorengnya boleh tahan juga.
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.