Followers

14.12.08

Motivasikan Diri Kita Dengan 6 Cara

Assalamualaikum teman-teman semua... semoga hari ini kita semua aktif dan proaktif dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan. Tentu ramai kawan-kawan di luar Kelantan sedang makan angin dengan keluarga atau pun berehat-rehat di rumah kerana hari ni kalian cuti. KakChik pulak baru nak berehat sebab staf Zahra' dari 6 tinggal 3 orang, terpaksalah buat kerja orang lain yang bercuti kahwin dan cuti demam.

Sumber imej: Di sini

Tapi, tak mengapalah. Itu semua sudah menjadi asam garam kerja di sini. Sambil-sambil dok rehat ni, KakChik dok baca majalah lama dan terjumpa benda yang menarik ni. Jom kongsi-kongsi. Lagipun, bagus ni untuk kita buat persiapan kedatangan tahun baru. Kalau umur panjang... dapatlah kita jumpa lagi di tahun depan.

Kata artikel tu, ada beberapa cara kita nak perbaharui motivasi dalam diri kita. Nanti KakChik senaraikan.

  1. BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG BERMOTIVASI TINGGI atau orang yang sudah berjaya. Bak kata kalau KakChik nak jadi usahawan buku yang berjaya, kenalah KakChik berkawan lebih rapat dengan pengusaha-pengusaha yang telah berjaya membuka gedung buku. Ni dalam proses ni.
  2. MEMPUNYAI ROLE MODEL yang boleh dijadikan IDOLA. Kalau kita sebagai adik, mungkin abang atau kakak kita menjadi idola kita misalnya nak berjaya dalam akademik. Ha... KakChik pun ikut yang ni, kecik-kecik dulu selalu teringin nak jadi macam abang-abang dan kakak-kakak yang pandai dan masuk U belajar kursus canggih-canggih. Jika kita orang yang pemalu & sensitif, kita boleh belajar dari kawan @ teman yang proaktif dan positif barulah kita akan sentiasa ceria & punya jati diri yang tinggi.
  3. SERING INGAT AZAM KITA. Kalau setiap tahun kita kena perbaharui cukai jalan agar kenderaan selamat dari segi undang-undang, begitu juga dengan semangat dalam diri kita. Perlu sentiasa diingat dan dikemaskini barulah kita akan sentiasa terdorong untuk maju ke hadapan.
  4. KITA PERLUKAN SESEORANG UNTUK MENGINGATKAN KITA. Pesanlah kat kawan-kawan, kalau kita lalai, tegurlah kita, nasihatkan kita, jangan biarkan kita hanyut. Mintaklah kawan kita menegur kita dengan ikhlas atas niat untuk menjadikan kita manusia yang tidak lalai dari tanggungjawab terhadap Allah, ibu bapa, masyarakat dan diri sendiri.
  5. MUHASABAH DIRI ADALAH MOTIVASI TERBAIK. Sentiasa periksa diri kita sendiri. Ingatkan diri, "Aku kalau nak jadi orang berjaya, kerja mestilah sentiasa komited, kemas dan tersusun. Jangan suka tangguh-tangguh. Kalau tidak, aku jugak yang kecewa."
  6. SENTIASA MENCATAT TUGASAN YANG AKAN DILAKUKAN ESOK. Orang biasa tulis diari perkara yang telah berlaku, amalkan menulis diari perkara yang perlu kita lakukan esok. Senaraikan. Buat perancangan untuk masa panjang, ada sasarannya dan kalau pandai buatlah pelan tindakan barulah kita akan termotivasi melihat susunatur kerja kita. Yang ni KakChik cuba lakukan dengan konsisten sejak beberapa tahun lepas, alhamdulillah banyak kesan positifnya.
Itulah 6 cara yang disebut dalam artikel tersebut dengan serba-sedikit edit dari KakChik. Semoga ada manfaatnya untuk kita semua.

Sumber asal: NUR, Jan 2006

1 comment:

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs