Followers

25.12.08

Melayan Permintaan Mereka

Assalamualaikum dan Selamat Bercuti semua...

Dah beberapa hari diorang berdua ni asyik dok tanya bila kakchik nak buat roti. Asal datang je ke rumah ni mesti tanya bila nak buat roti. Memang minat sungguh diorang dengan roti nasi yang kakchik buat. Petang semalam kakchik tengok tepung roti dan susu segar masih berbaki dari minggu lepas, jadi dok berkira-kira nak buat roti untuk makan petang tapi balik je ke rumah, ada pulak tetamu yang datang. Kakchik pun dah sampai rumah dalam pukul 6 lebih, tak seronoklah nak buat roti lagipun tetamu yang datang tu pelanggan cik abe yang juga seorang YB, kenalah raikan dia & pembantunya.

Malam tadi pulak, hujan lebat sangat dan para lalat entah datang dari mana, datang ke dapur punyalah ramai... eiii... tak lalu nak membancuh adunan dalam keadaan macam tu. Diorang berdua tu sampai tak jadi balik ke rumah diorang sebab nak tunggu juga kakchik buatkan roti.

Jadi, pagi-pagi ni apa lagi, sementara diorang belum bangun, kakchik cepat-cepat bancuhkan adunan. Tup tup, terlebih air pulak sebab kakchik tambah jagung (mesin bersama nasi, susu & air). Argh... nasib kurang baik, bekalan tepung gandum pun kehabisan ! Nak buat macamana ni? Minta cik abe ke stesyen pertonas kat depan tu kot kot ada jual, rupanya takde jugak... terpaksalah tanya kakak (rumah kat depan je), lega.... adalah barang secawan gandum, cukuplah nak bagi adunan jadi elok... hehehe.

Elok je sejam doh tu kembang, budak-budak berdua tu bangun dan mulalah nak tumpang sekaki menguli & menerap doh tu... Bukannya diorang dengar kalau kakchik larang, biar je lah diorang tolong... kalau tak yang si adiknya akan merajuklah nanti... malas kakchik nak pujuk.

Hari ni buat 2 kali ganda adunan asal, dapatlah 2 biji lof, 4 biji roti sosej gedebab yang dibuat oleh dua beradik tu dan 6 biji cuppies. Panas-panas lof pertama keluar dari oven, dah sibuk berebut nak makan yang hujung... ish, ish budak-budak ni, bising satu rumah berebut-rebut... last sekali kena marah dek ayah wan (cik abe lah tu) diorang, merajuklah pulak... kenalah kakchik pujuk janji nak bagi dia tolong uli barulah dia ok. Budak-budak...

Akhirnya semua dapat makan roti hari ni termasuklah dua orang pak sedara yang tolong ayah siapkan rumah baru kakchik. Kira ok lah kan semua orang boleh rasa sikit sorang. Dah tentulah yang paling banyak makan ialah dua orang budak kecik ni. Belum mandi, orang suruh mandi tak mau takut roti habis tak dapat diorang makan. hehehe dia ingat kakchik ni buat untuk orang lain agaknya walhal memang kita buat pun untuk diorang le. Tengoklah gaya diorang dok makan roti tu... testimonial katanya...

8 comments:

  1. salam kak chik. budak budak memang macam tu lah. kalau die nak makan ape, selagi tak bagi, selagi tu la die tuntut kan. layan je kak chik. tapi roti kak chik mmg nampak sedap. gebu sungguh.

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumsalam ummu hanis. gitulah selalunya... diorang ni suka manja-manja ngan makcik diorang ni. kadang-kadang dlm geram tu ada yang kelakarnya... bergaduh nak tolong gentel buat roti, tengoklah roti yang ada sosej tu, diorang la yang buat tu, tak kesahlah asalkan habis diorang makan.
    roti tu mmg gebu sesangat, buat bantak peluk sedap tu... hehehe

    ReplyDelete
  3. Kak tie memang dah lama tak buat roti ni..tadi cari tepung roti tak ada pulak...ooo...tak de rezeki laa..

    ReplyDelete
  4. Guna tepung gandum pun boleh Kak Tie, KakChik dah try masa kali ke-2 buat, menjadi juga cuma macam kek sikit.

    ReplyDelete
  5. ala teringin nye tengok roti tu.. nak buat takut tak sedap la mcm kak chik buat... ;)

    ReplyDelete
  6. aDLie - jangan la takut... cuba dulu, insya-Allah boleh buat. kakchik pun bukannya pandai masak tapi hanya ikut je resepi & cara2nya, alhamdulillah menjadi juga... cuba ya!

    ReplyDelete
  7. warghh...rajinnya kak chik buat roti..cam sedap jek..tgk budak2 tu mkn.. boleh la minta resepi dr kak chik... nnt fari mai sana, k chik kenalah buat tuk kiteorg plak.. :-)

    ReplyDelete
  8. fari - semalam pun ada cik dilah buat permintaan yg sama. kalau ada bahan2 hari ni, kakchik dah buatkan utk korang tapi semua dah habis, lain kali ya

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails