Malam tadi, ada kawan nak belanja makan di Medan Ikan Bakar di bawah jambatan kat KT tu. Lepas solat jamak Maghrib dan Isyak, KakChik dan kawan-kawan pun bertolak ke restoran tu. Ramai sungguh pelanggannya, hampir takde meja kosong. Siap ada yang dah 'booking' awal-awal beberapa meja. Sekali tengok macam meja hidangan kat restoran @ hotel je...
Kata Intan (yang tengah tu), tempat tu memang famous... selalu dikunjungi oleh pelanggan berkumpulan. Macam kamilah yang datang berlapan. Nasib kami baik, ada dua meja yang baru dikosongkan, dapatlah kami duduk selepas beberapa ketika ke sana ke mari mencari meja.
Muka-muka ceria dua orang blogger. Seorang suka cerita pasal buku, seorang lagi suka cerita pasal makan. Nampak je kakchik angkat kamera, dok sibuk bersembang pun terus ready nak ambik gambar. ish ish ish... dilah & fari ni.
Restoran ni separuhnya dah masuk kawasan sungai. Nampak tu bayang-bayang lampu dalam air sungai tu. Masa ni hujan renyai-renyai dan dalam medan ikan bakar ni bingit sesangat. Gelap sangat. Tak nampak jambatannya.
Kat sini boleh pilih sendiri lauk yang kita nak makan, nanti diorang timbang dan masakkan ikut permintaan kita. Inilah makanan laut bersama ikan siakap yang kami pilih sebelum dimasak. Yang lepas masak tak sempat nak ambik gambar sebab sebaik je sampat kat atas meja, semua macam terkam je lauk tu... lapar... kena tunggu sejam baru dapat makan.
Sempat posing sambil menunggu hidangan. Muka-muka ceria yang keletihan. Masing-masing memandu dari jauh, sampai kat KT terus mesyuarat, belum mandi pun lagi. Tapi perut yang lapar perlu juga diisi.
Ha... Intan ni bagus. Dalam dok menunggu tu dia sempat lagi baca buku. Orang keje sibok memanjang, masa ginilah sempat nak belek buku. KakChik pulak isi masa dengan ambik gambar kawan-kawan.
Buku yang dibawa Intan, barangkali peminat Ramlee Awang Murshid. KakChik kalau novel BM memang lambat sikit berbanding novel BI. Bukanlah pandai sangat BI tu tapi memang tak minat sangat baca novel BM ni, buku-buku lain takpe.
Ini pinggan KakChik selepas makan nasi + ikan siakap 3 rasa + telur grg + sayur cmpr + udg celup tpg + sotong grg berempah + lala bersos dan ditambah pulak dengan jus oren. Alhamdulillah.... memang sedap jugak lauk-pauk kat sini. Nak kata tak pernah makan yang lebih sedap tu taklah tapi bila makan ramai-ramai ni memang enak bangat.
Orang tu memang tak makan nasi pun. Asyik makan sayur dan lauk je... tapi memang suka makan tu. bagus juga fari ni. Tak makan nasi tapi makan lauk. Tapi beringat ya... karbohidrat tu perlu jugak untuk tenaga tu...
Dalam ramai-ramai tu ada yang sudi nak licinkan kepala ikan siakap tu. Ni belum licin ni...
Dalam ramai-ramai tu ada yang sudi nak licinkan kepala ikan siakap tu. Ni belum licin ni...
Jiran sebelah yang suka membaca tu, pun tak makan nasi. Yang banyak dia makan ialah lala... sampai menangguk di air keruh mencari lala, hehehe...
Ha... cepat licinkan mana-mana lauk yang berbaki tu... rugi kalau tak habiskan.
Ha... cepat licinkan mana-mana lauk yang berbaki tu... rugi kalau tak habiskan.
Semua lauk-pauk dah licin kami makan. Insya-Allah makan dengan beradab sekali... walaupun dah kelaparan kot masa tu.
kak chik, ade 3 nak komen, hehe...
ReplyDelete1) seronok tgk menu... mcm2 ada... pulak tu makan ramai2 mmg sedap je kan rasa...
2) yang kak chik cakap lemah skit baca novel bm tu.. sama la saya pun kalau boleh nak banyak baca bi.. bukan ape novel bm susah nak cari yg membina.. selalunya too cliche.. kalau english tu mcm2 genre tapi still menarik... kan?
3)haa kak chik, bawak2 berehat... dah sampai sakit urat tu.. ;)
nurulhuda - wah, hari borong ya... komen no 2 tu kakchik setuju, sama pendapat la kita.
ReplyDeleteskrg dok rehat dik oi, dalam ofis ni... tapi nak juga buka blog, jgn mare...
kak chik, kedai tu dkt sgt dgn rumah zara. kalo kak chik perasan kat area tu ade surau berkubah hijau. rumah zara dgn situ la..huhu..kalo zara ade smlm, zara dtg jalan kaki je jumpa kak chik..nnti kalo kak chik dtg lagi bgtau lah ya
ReplyDeleteAslkm.
ReplyDeleteHa!Kak Ummi nak kasi pandangan pasal Novel BM.Pandangan Chik & Nurulhuda tu Kak Ummi setuju but not for that author-Ramlee Awang Murshid.Chik & Nurul kena cuba baca karangan Ramlee Awang Murshid tu.Its very different..totally different from other author!Cara penceritaan Ramlee mirip kepada penulis Sydney Sheldon (thriller story) tetapi sebagai seorang pengarang muslim,beliau telah berjaya membawa kita kepada konsep ketuhanan dalam setiap siri novel beliau.Kak Ummi tak pernah ketinggalan dalam setiap siri novel yang diterbitkan oleh beliau!
zara - malam tadi tu hujan, kakchik pulak asyik dok tgk jambatan dan sungai, tak perasan pulak surau tu... kalau mcm tu lain kali kakchik sng lah nak cari rmh zara ya.
ReplyDeleteKak Ummi - Wa'alaikumsalam. Jangan bimbang Kak Ummi, Chik ni pembaca buku yang selected. Pandangan Chik pasal buku BM tu adalah terhadap novel2 BM yg banyak di pasaran yg amat cliche. Novel dari penulis spt RAM, FT, NH, Azizi, memang Chik baca. Beli buat koleksi seperti novel2 BI juga. Cuma, Chik memang lambat nak dapat habiskan novel2 tersebut. Macam novel tulisan Fatimah Syarha yg Islamik tu, hampir 4 hari baru Chik dapat habiskannya... hehehe mmg slow tapi baca juga.
ReplyDeletekakchik...lapar lak..haha...
ReplyDeletesalam maal hijrah kak..semoga hidup akak sekeluarga dirahmati Allah selalu ye..
hehehe... kena gi cari makanan cepat2 tu... nanti kebulur pulak.
ReplyDeletedan... trm kasih utk doa teja tu, amin.
Salam maal hijrah, kakchik.
ReplyDeleteWah..bukan main lagi makan2 kat ganu tu...Kak tie tak pernah makan kat situ walaupun dah 8 tahun dok sini. Selalu hubby bawak kat tempat yang dia selesa je... Kita ni ikut laa..
Kak Tie, sekali tu je sempat makan2, sb esoknya lepas subuh terus balik kelantan.
ReplyDeleteMmg tmpt tu krg selesa, mgkn org yg suka suasana gamat akan gemar ke tmpt ikan bakar ni, tapi kita suka suasana santai, slow & romantik @ sunyi sikit, mmg takleh gi langsung (kata org kelantan).
wah2..betul2 mengoda menu tu...smlm yan pegi pekena pari bakar dan daging bakar..megindam nk mkn tu..hehehe..
ReplyDeletehehehe... masa tgk hidangan orang lain kat situ memang dah tergoda sangat. sejam tunggu perut mencerut-cerut, sampai je makanan terus bedal gitu... dengan Bismillah la kan, hehehe.
ReplyDeleteeh eh... mengidam? ada pepe ke?
diorg ni g mana-mana pun mesti cari seafood.. kata makan di ikan bakar.. eh, mana ikan bakarnya? Hehehe..
ReplyDeletePatutla kata g ganu asyik makan je.. tapi ni tak lawan yang g pantai Bagan Lalang; Sepang tu..hehe
ikan dah jadi masak 3 rasa... si dilah yang licinkan kepalanya hehehe.
ReplyDeleteyang kat bagan lalang tu kakchik pun dah tgk gambarnya. memang hangpa ni kaki makan seafood ya.