Assalamualaikum semua.
Sekejap lagi KakChik dah nak bertolak ke Kuala Terengganu. Sepatutnya KakChik ke sana semalam tapi kerana nak pergi dengan Cik Abe terpaksalah tunggu urusan dia selesai dulu. Sekarang ni dia ke 'airport' menghantar pelanggan besar dia yang akan ke Aceh pagi ni. Hmm... sedang menanti Cik Abe balik ni.
KakChik ke KT sebab ada urusan sikit. Sambil-sambil tu bolehlah lihat-lihat negeri jiran yang sedang bersiap nak pilihan raya kecil tak lama lagi. Niat di hati nak juga jumpa Kak Ummi of Klinik Ummi sebab nak serahkan sendiri buku yang beliau beli. Ha... Kak Ummi, jika panjang umur dapatlah kita jumpa ya.
OK lah, tolong doakan perjalanan kami selamat. Kalau dibuatnya Cik Abe terpaksa selesaikan hal-hal adhoc, nampak gaya KakChik kena pandu sorang-sorang hingga ke Besut barulah ada teman ke KT sebab akan singgah ambik 'MieyMiey' di sana.
Ilalliqa' dulu. Wassalam.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
Moga2 selamat sampai. Tak nak singgah rumah kak tie ke?? Hi hi...
ReplyDeletehoho..kak chik dtg KT
ReplyDeletekak tie - terima kasih byk2. perjalanan dtg ke KT alhamdulillah w/pun tersilap jalan hampir 30km. nak ambik kwn di setiu sepatutnya ambik jln KT (Jln Pantai) tapi kakchik gi ambik jalan atas... terlajak hingga lepas sg tong, tapi pusing balik gi ambik dia.... patut sampai sblm zohor, jadilah sampai sblm asar.
ReplyDeletezara - dok imagine bestnya kalau dpt jumpa teman2 blogger kat sini.
ReplyDelete