Followers

12.12.08

What Have I Done Today?

5.30 petang ke Honyi temankan Adik membeli kain pasang.
KakChik jadi pemandu @ penasihat fesyen. Adik habis RM+++, KakChik habis RM35 beli kain kapas Jepun untuk baju Kedah Ummi.

Entah kenapa adik-beradik KakChik suka membeli kain pasang kat sini. KakChik pernahlah dulu beli kain untuk buat jubah kahwin kat sini. Sampai hari ni pun masih cantik dan elok sebab kualitinya yang tinggi.

Bagusnya kualiti kain jubah ni. RM28.80 semeter. Hmm... tengok-tengok saja sebab tak rancang nak membeli. Lagipun pagi tadi dah berbelanja untuk abaya.

Adik sedang memilih kain. Orang nak mula keje jadi cikgu... nak la juga jahit baju baru. Duit gaji bulan lepas dah ready tu nak beli 3 pasang kain. Pilih dik...

Yang ni KakChik yang berkenan. KakChik memang suka kalau hitam dan gabung dengan warna lain yang nampak elegan. Adik setuju nak beli tapi...

Dia dah keliru nak yang mana satu. Akhirnya dua-dua yang ni Adik tak jadi beli sebab...

Dia jumpa yang ni dan 2 pasang lagi (tak ambik gambar) yang lebih cantik. Letih kaki KakChik dok ikut dia round Honyi. 6.28 petang baru kami bertolak balik. Nampaknya Adik puas hati.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
9.30 pagi di Gerai Naz Indah Collections
Bertemu Kak Nab (bekas anak murid KakChik - kelas komputer) dan Beli Abaya

Inilah Kak Nab, tuan kedai yang pemurah. Asal dari seberang sungai tapi sudah lama bermastautin di kawasan Pondok Pasir Tumboh. Memang bZ habis Kak Nab pagi tadi sebab pekerjanya tak datang, pelanggan pulak ramai orang luar Kelantan. Masa KakChik kat situ ada 2 kumpulan rombongan, dari Sabah dan KL. Banyak untung Kak Nab hari ni.

Antara jubah yang Kak Nab jual. Lupa nak tanya harganya. KakChik tak minat style macam ni. Kalau jubah, biasanya KakChik beli kain jahit sendiri (upah orang lah sebab kita dah tak sempat)

Dah kurang sikit pelanggannya masa KakChik nak balik tadi. Sempat lagi snap gambar.

Kak Nab dan kawannya yang riuh tapi mesra sangat. KakChik tak kenal akak ni tapi sporting habis dia posing dengan Kak Nab walhal dia dok tengah tanya harga abaya. Kak Nab sambil posing sambil berurus-niaga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
11.00 pagi Adik Bongsu dan Famili Bertolak ke Sg. Petani
Katanya sudah lama tak balik kampung mertua, nak ziarah makcik Siti yang sedang sakit yang dulu pernah berbudi kat dia. Mertua tinggal bersama Ama di Subang.


Adik bongsu @ Ama @ Ust. Mohd cuba nak angkat belutnya yang sedang kenyang selepas makan ikan kembung segar.

Belut memanglah licin, susah nak pegang dan kalau silap pegang, dia boleh gigit kita. Puteri tak mahu gambarnya diambil, asyik nak turun je.


Ama, adik bongsu KakChik. Dulu kecik-kecik pernah hampir kehilangan nyawa sebanyak beberapa kali kerana terminum minyak gas, dilanggar kereta dan kemalangan hingga patah tulang atlas di leher.

Mencium tangan Ayah sebelum memulakan perjalanan.

Anak kedua Ama, Abdul Aziz yang sentiasa tersenyum dan selepas 3 hari baru hari ni dia banyak bercakap. Kalau tidak, asyik senyum saja.

Isteri-isteri adik bongsuku, Siti Zaleha dan Rosfa bersama Ummi dan Ayah bersembang-sembang di ruang rehat di dapur.


Entah apa yang dia terlupa tu. Sedang bersedia untuk meninggalkan rumah untuk ke kampung isteri tuanya di Sg. Petani, Kedah.

9 comments:

  1. eh,pic 1st tu kat mn ye?tmpt bli kain tu?

    ReplyDelete
  2. n.h.m.s,
    tu gambar kedai kain honyi kat bandar kota bharu, kelantan.
    sebelah pejabat LHDN

    ReplyDelete
  3. memang cantek2 baju yang adek pilih tu..

    nampak macam sama baju itam merah adek suka dengan baju kawan kak Nab tu..he..he..

    ReplyDelete
  4. uiks..kodai kek Kelantan ko?!

    Tak dapeklah den nak poie belanjo laie kek sinun! Jauh tu...

    Terpakso lah den kumpul duit laie buek tambang poie Kelantan!

    heheheh

    Wasalam...

    http://mazaaida.blog.friendster.com

    ReplyDelete
  5. maklang,
    ooo... saya tak perasan tu tang warna nak serupa tu. suka lah warna hitam + merah tu.
    trm ksh ya maklang sudi ke sini.

    ReplyDelete
  6. maza,
    takpo... sipe lah duik bbanyok duluh. lepah ni buleh maghi kelate, shopping.

    ReplyDelete
  7. wah sakan adik tu g carik kain ye..yelah cikgu nie kena bnyk baju..penah sepupu hubby yan citer..dia tu cikgu..siap bdk2 nie tegur lagik..napa baju asyik yg sama aje..huhuhu..cian dia kena tegur ngan pelajar sdiri..now keje duk tempah jahit baju je kat mak mentua yan..hihii...

    ish..belut..yan geli..tak mkn pun..hehee

    ReplyDelete
  8. Malam semalam, Adik mintak KakChik gi lagi ke Honyi, katanya nak KakChik belikan sepasang lagi. Cikugu-cikgi memang banyak baju.
    Masa dok Matrik kat STAR dulu ada sorang cikgu yang pakai baju ikut warna. Satu minggu merah, minggu lpas tu tona biru, kemudian tona hijau, dan seterusnya. Kami yg anak murid ni mmg perasan dia banyak baju.

    ReplyDelete
  9. yan, kami pun tak makan juga... kakchik boleh tengok tapi takleh pegang, geli juga

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs