Followers

3.12.08

Exam Dah Habis, Bermula 'Peperangan' Baru

Assalamualaikum dan salam ceria untuk teman-teman yang setia berkunjung walaupun kunjungan teman-teman jarang KakChik hidangkan air atau kuih. Minta maaf banyak-banyak ya sebab masa KakChik banyak di pejabat dan di MariBaca jadi tak dapatlah nak belanja. Insya-Allah hujung minggu ni KakChik belanja ya (kat sini je, lainlah kalau dok dekat-dekat sini... *wink *wink).

Alhamdulillah... dah selesai pun kertas terakhir KakChik pukul 11.40 pagi tadi. Walaupun kertasnya pasal komputer dan applikasinya tapi ada juga soalan yang KakChik lupa dan terkial-kial nak jawab. Itulah kalau dah belajar banyak, benda yang asas-asas tu kita mudah lupa. Samalah juga dengan hidup kita ni. Bila kita dah menjadi dewasa, dah 'makan banyak garam' kita mula lupa-lupa tangungjawab kita yang sebenar kat atas dunia ni.

Mmm... jadi lega jugak hati ni sebab boleh dikatakan semua kertas tu KakChik dah dapat jawab sebaik mungkin. Ini semua mungkin juga disebabkan doa dari teman-teman selain dari usaha sendiri yang tak seberapa tu. Kita ni biasalah kan, usaha tak bersungguh mana tapi nakkan hasil yang cemerlang (dalam hati tu selalu minta Allah bagi A). Sekarang ni serahkan aja pada Allah agar Dia mentakdirkan jawapan tu betul dan pemeriksa banyak kasihan kat kita... hehehe.

Kini, peperangan baru akan bermula. Apalah KakChik ni. Perang apa pulak ni? Begini... teman-teman ingat tak impian yang KakChik sebut dalam entri sebelum ni? Ala... yang kat sini tu... Haa... petang ni KakChik ada temujanji dengan penyewa premis yang KakChik sasar untuk buka cawangan baru MariBaca. Mintak teman-teman doakan agar perbincangan kami akan berjaya. Maksud KakChik biarlah KakChik dapat menyewa premis tu dan penyewa tersebut (kawan KakChik juga) akan mendapat kepuasan sama ada kewangannya dan mentalnya (sebab dia agak keserabutan dengan masalah ekonomi sekarang ni).

Insya-Allah, jika berjaya perbincangan tu, KakChik akan dapat memulakan misi KakChik dengan lebih bersemangat lagi. Memulakan projek baru memang mengujakan lebih-lebih lagi kalau dapat 'bermain' dengan banyak buku. Tolong doakan ya.

Wassalamualaikum.

10 comments:

  1. lega ye exam dah habis..Selamat memulakan peperangan baru.. Moga Chik sentiasa dirahmati Allah dalam segala usaha untuk kebaikan

    ReplyDelete
  2. I for one, am praying for it to happen soon!!!
    tak sabarnya nak tengok Maribaca kat KK, will be nearer to our place, senang skit nak g sewa buku.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Kak Tirana. Doakan Chik berjaya ya.

    ReplyDelete
  4. Kak An,
    I know, you'll be happy about this. So... do pray for me. Even PTS is willing to provide more than RM20K books. Pls, pls Allah, make our wish come true.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah leganya dah abih yer.. moga mendpt keputusan yang cemerlang kakchik! aminnn...

    moga bisnez kakchik makin berkembang maju dan dipermudahkan semua urusan..

    bestnyer jd org mcm k.chik nih yer.. serba boleh! tabik la kakchik! :) kagum!! heeeee...

    ReplyDelete
  6. terima kasih banyak-banyak hana. besar maknanya komen hana tu.

    kakchik ni hanya ingin mencuba yang terbaik segala potensi yang ada pada diri kakchik (dengan izin suami) agar kelak, banyak kenangan masam/manis menjadikan diri ini lebih dekat dengan Allah.

    hana pun best juga. tang masak ni kakchik mmg jeles dgn kebolehan hana.

    ReplyDelete
  7. tahniah kak cik sbb dah abis exam.. idup ni x putus2 pere.. hehe

    ReplyDelete
  8. terima kasih syah. memang pun... kalau tak diuji manalah kita tahu sejauh mana keupayaan kita.
    dalam apa perkara pun sememangnya ada peperiksaan ni.

    ReplyDelete
  9. salam kak chik...huhuuu..semoga berjaya dlm peperangan..yan mendoakan yg terbaik tuk akak..amin..

    ReplyDelete
  10. wkslm yan. tima kasih banyak. lewat malam ni dah mula nak merayap ya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails