Ditujukan kad raya yang tak seberapa ini kepada semua teman-teman blogger terutama yang saban hari sudi menjenguk kakchik di Keluargaku Sayang ni. Selamat Hari Raya kakchik ucapkan semoga kita semua beroleh berkat dari peristiwa korban yang berlaku di zaman Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.
Maafkan salah silap kakchik jika ada terkasar bahasa. Kadang-kadang menulis pantas, dalam fikiran kata lain, bila ditulis ayat jadi lain. Kita makhluk pelupa...
Kalau berkorban tu, sama-samalah kita memberi kepada yang susah agar kita mendapat berkat dunia & akhirat. Yang memandu balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya. Mulakan perjalanan dengan Bismillah dan doa menaiki kenderaan agar Allah melindungi perjalanan kita. Kakchik doakan perjalanan kalian 'selamat pergi, selamat balik'. Kalau sampai ke sekitar Pulau Melaka tu, jangan segan untuk ke rumah kakchik. Senang saja nak cari... depan Petronas saja.
Terimalah kad yang pelik ini. Maaflah tulisan jadi kecik.
Decorate Your Own Photo
Kalau nak ambik, sila ambik yang ni ya sebab yang kat atas tu ada animasi.
salam kakchik...
ReplyDeletesalam aidiladha jugak dari yan..yan amik kad nie ye..thanks..
Selamat hari raya korban untuk Chik juga..Moga bergembira... Kak Tirana raya di KL dengan anak-anak. Hubby akan sampai on the 9/12 dari oversea.
ReplyDeleteTerimakasih untuk kad itu.
Wkslm yan. Sama-sama kasih. Selamt Hari Raya & berkorban juga untuk yan.
ReplyDeleteRaya kat KL pun tak apa Kak Tirana asalkan ahli keluarga ada bersama menghayati semangat korban tu.
ReplyDelete