Sejak ada kamerafon & digicam, pergi ke pasar memang seronok. KakChik selalunya pergi temankan Ummi dan jadi tukang membayar je. Barang yang KakChik nak beli pun bukannya banyak sangat dan yang lainnya ialah barang dapur yang Ummi senaraikan. Pergi ke pasar jadi tarikan sebab seronok tengok barang jualan dan gelagat orang di pasar. Tanpa segan silu rajin je nak mengambil gambar. Lebih kurang inilah hasilnya:
Singgah membeli halia dan kunyit hidup. Hai... makcik tak larat nak bangkit sebab lama duduk bersila.
RM3 sepasang (kobis + bunganya). Senang je menjual... KakChik perhatikan jarang pelanggan memilih, mereka tunjuk je yang mana nak, terus masuk beg plastik.
Kecur air liur tengok jeruk celagi (asam jawa) ni. RM2 sebungkus. KakChik beli 2 sebab anak-anak sedara kat rumah tu ikut perangai abah diorang suka makan asam. Biasanya jeruk gini masam manis rasanya. Tapi... bila makan, adui... masamnya...
Jeruk yang belum dibungkus. Lepas saja KakChik beli terus je ada orang lain datang membeli juga. Kejap lagi habis la tu.
Manisan @ gula melaka saiz sebesar tapak tangan KakChik. RM3 untuk 5 keping. Sedap ni buat pengat ubi petang nanti.
Eiii... geli-geleman rasanya tapi menarik juga nak tengok. Belut-belut ni semua masih hidup, sampai ada sekor tu hampir keluar dari besen. Dulu masa dok Penang, pernah makan sambal belut (macam serunding) untuk hilangkan jerawat kat muka. Masa tu serangan jerawat terlalu kronik dan ada kawan Ummi cadangkan sambal tu. Sebenarnya kalau KakChik tahu ianya belut tentu tak makan tapi Ummi cakap sambal ikan, satu rumah sewa bantai.
Keropok segera pedas dan biasa. Zaman dok desasiswa dulu, setiap 'floor' ada jual benda ni. KakChik biasa juga buat 'ulam' makan dengan nasi sebab makanan kat Kafe Harapan kebanyakannya tawar saja. Sekarang jarang makan dah yang segera ni.
Timun @ mentimun, ulam tetap yang mesti ada kat dapur. Buat ulam sedap terutama yang rangup takde biji tu, makan saja pun sedap juga malah buat terapi muka & mata pun sedap...
Wah... buah keranji, tergoda sangat nak membelinya tapi kedua-dua belah tangan dah sarat dengan muatan, bahu dah lenguh, nak pergi ambik kereta pulak jauh. Tak jadilah KakChik membelinya. Lain kali je lah keranji ya. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi.
kak chik,
ReplyDeleteadik bongsu saya paling suka buah keranji..kecur juga air liur melihatkan asam jawa tu..huhu
dilah, kalau nak asam tu ada lagi sebungkus kat dalam peti ais, kakchik terlupa nak makan sebab bz dgn exam dan puasa.
ReplyDeleteadik bongsu je suka? kakaknya tak suka ke?
k.chik, best laa entry k.chik yg ni.. pasal makananan... heheh anis pun blk kelate raya ni.. nk g pasar n borong laa makanan yg x dijumpai kat pahang ni.. rindu laaa..
ReplyDeletejangan borong banyak sangat anis nanti tok laghat nok kelik ke Pehe sb terlebih kalori... bahaya tu.
ReplyDelete