Assalamualaikum semua. Di pagi-pagi Jumaat yang mulia ni dan dalam keadaan sedang sibuk bersiap nak ke OUM untuk mendaftar semester baru, ada pulak kawan yang datang menghulurkan HADIAH untuk kita... rasa macam makin cerah je hari ni (sebenarnya sedang hujan renyai-renyai dari semalam). Siapa tak gembira terima hadiah kan? KakChik pun sama jugak... Berbanyak terima kasih KakChik nak ucapkan kepada teman yang dekat di hati, YANMIE kerana begitu murah hati membuat sendiri 'award' ini dan menghadiahkannya kepada ramai teman-teman. Ramai juga orang yang bertuah macam KakChik hari ni.
Lepas tu dia bagi pulak 2 kad ucapan ni. Lagi bebanyak terima kasih. Tak terbalas ni... rasa macam nak balas je tapi tak sempat dah ni sebab nak keluar dah dan petang ni nak ke Kuala Terengganu pulak. Hehehe... nantikan catatan perjalanannya sekadar yang KakChik sempat.
Yan - KakChik ucapkan terima kasih sekali lagi. Juga syukur kerana Allah mempertemukan kita walaupun baru di alam siber. Mogaa-moga tautan ukhuwah ini makin utuh. Salam Maal Hijrah & Tahun Baru Masehi.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
salam kak...
ReplyDeletetima kasih sudi amik ye..dah tu siap tempek cecantik lagik tu..tu yg syg sgt ngan kakchik..hehhe..
yan pun bersyukur dpt kenal kak chik walawpun d alam cyber nie..semoga persahabatan ini tiada titik noktahnya..amin..
dan semoga segala urusan kakchik pada hari nie berjalan dengan lancarnya..amin..
wa'alaikumsalam yan.
ReplyDeletesama-sama... orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita menerima.
urusan tadi kat oum dah selesai, alhamdulillah.