Setakat ni belum pernah lagi KakChik terima kad raya khas untuk Hari Raya Korban. Jadi kira, hari ini dalam sejarah sebab HARI NI ADA ORANG BAGI KAD RAYA !!! Orangnya baru je sehari dua KakChik kenal tapi dari nada tulisannya, kemeriahan 'rumah'nya yang berjiran dengan KakChik, senarai rakan-rakan bloggernya, KakChik dapat rasakan yang kenalan ini ialah seorang yang baik, ceria, rajin (kalau tak, takkan dia sanggup bersengkang mata menyiapkan kad ini), keibuan (sebab tajuk blognya fokus pada permata hatinya) dan teman yang setia.
Dengan ini KakChik nak ucapkan terima kasih banyak untuk YANMIE dari blog PERMATA HATIKU atas kad ucapan yang kiut ini. Juga tak lupa, SELAMAT HARI RAYA KORBAN untuk YanMie dan semua rakan-rakan blogger. KakChik pun nak buat kad macam YanMie lah tapi nanti KakChik poskan lepas 'exam'.
Inilah dia kad yang kiut tu. Macam tau-tau je yang KakChik nak korban lembu tahun ni. Hihihi. Tapi lembu KakChik tu hitam... yang ni lembu susu ni, sayang nak sembelih. :) *wink *wink
Terima kasih Yan...
Perkongsian : Hujan
8 years ago
salam kak chik..
ReplyDeletetima kasih sudi tempek kad nie. oh kak chik buat korban ye..wah best nie..family hubby pon buat gak..pastu yan dan hubby buat akikah tuk 2 hero kami..
wkslm yan.
ReplyDeletesama2 kasih. yan memberi kakchik menerima. belum dapat berbudi kat yan lagi.
besarlah juga raya korban di pihak yan sekeluarga ya, korban + akikah. tentu meriah.
wahh, dah dapat kad raya aji yer..bagus2..raya korban buat korban?berapa ekor?dah lama tak merasa daging lembu Malaysia nih...
ReplyDeleteinsya-Allah kami akan berkorban 2 ekor lembu cukup untuk seluruh ahli keluarga.
ReplyDeletekalau nak merasa daging korban lembu Malaysia, kenalah balik ke sini. Tak pun kalau nasib baik ada keluarga yang sudi hantarkan.