
.jpg)
Lagu mana la laptop ni tak sakit, siang malam kakchik dok guna dia. Rasanya masa rehat dia sama dengan masa kakchik tidur. Bangun je memang selain dari buat rutin lain tu cepat je tekan punat laptop sampailah bila nak tidur nanti. Kadang-kadang kakchik tak 'off' pun sebelum bawa ke ofis. Teruk sungguh tuan laptop ni.
Sebab dia dok sakit, kakchik buat 'defrag' pagi tadi. Punyalah lama sebab hardisk besar, lepas tu terlupa pulak nak cabut 'external hardisk' tu jadi dengan yang tu sekali dia defrag. Jadi... sambil dok tunggu dia selesai, kakchik layan TDMHE dulu. Rasa nak menangis dah ni baca buku ni... memang 'best'lah kawan-kawan... nanti kalau nak tahu ceritanya, kakchik akan kongsikan sikit sinopsis versi kakchik. Sebelum tu, cuba baca apa kata orang-orang yang telah membaca manuskrip (sebelum cetak) asal buku ni.
"Manuskrip ini adalah mengisahkan kisah kita. Kisah lampau dan perjalanan menuju alam yang kekal abadi. Bagaimana perasaan memikul dosa-dosa lampau? Bagaimana pula mahu mengisi kekosongan hidup walaupun dilimpahi dengan segala kesenangan, kemewahan, pangkat, harta, isteri dan anak-anak? Bagaimana mahu mencari erti kebahagiaan yang sebenarnya? Atau mahukah kita mencari jalan pulang? TDMHE mengupas hampir kesemua persoalan itu, berdasarkan pengalaman peribadi seorang hamba Allah bernama Prof. Muhd. Kamil Ibrahim. Sebagaimana bukunya yang terdahulu, Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, buku ini juga mengundang pelbagai perasaan. Penulisan yang disertai dengan roh dan keinsafan serta ketakutan (takut dikatakan riyak, sombong dan angkuh) benar-benar menyentuh perasaan bagi sesiapa yang melihat dengan mata hati"
~Norhayati binti Ramlee, Wartawan MIDI
"Allah tidak menjadikan sesuatu itu tanpa faedah. Mungkin zaman kegelapan seseorang dianggap sia-sia oleh ramai orang. Hakikatnya tidak, disebabkan kegelapanlah yang mengenalkan seseorang itu kepada cahaya. Daripada kesilapanlah, ditemui jalan yang benar. Apabila sudah mendapat cahaya, cahaya itu perlu dijaga supaya ia tidak sirna. Apabila seseorang memperolehi cahaya Allah dan dilandasi keikhlasan, cahaya itu semakin terang dan terus terang. Manusia itu semakin mengenali kekurangan diri lalu dia terus mendekatkan dirinya kepada Allah dan nawafil (ibadah-ibadah sunat) dan mencontohi kehidupan Nabi. Disebabkan dosa-dosa yang banyak, dia bergantung sepenuh hati kepada sifat Pengampunan Allah. Disebabkan kejahilan dan kekurangan diri yang tiada batasan, dia bergantung pada sifat Pengasih dan belas kasihan Allah. Tiba suatu ketika, cahaya yang dikurniakan kepadanya itu menjadi terang benderang sehingga melimpah di sekeliling lalu dapat dimanfaatkan oleh manusia lain di sekitarnya."
~Nor Azma Mohd Kassim, Pensyarah, USIM.

Salam alaik k.chik..
ReplyDeleteada sehat ka..?
Memang sehari dua ni laptop problem, kittun punya pun sama juga lambat siot. Sungguh menarik buku2 yg k.cik tunjukkan tu. Teringin juga utk memiliki. terima kasih kerana sudi berkongsi.
Wkslm KiTTuN.
ReplyDeleteAda... ada sihat. Rupa-rupanya ramai juga yg laptop prob ya. Kalau gitu, legalah sikit hati ni.
Pasal buku-buku tu, memang sekarang ni banyak buku yang best2, kalau KiTTuN berminat nak memiliki yang mana satu tu, bolehlah beli dengan kakchik hehehe.