Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha semua. Maaflah lambat sikit tulis laporan ni. Seharian kakchik di dapur buat roti dalam jumlah yang agak banyak. Ingat nak tulis lepas isyak, tengok-tengok kakchik pulak yang lena sampai ke subuh. Dah hari ni kalut semacamlah nak gosok baju raya cik abe dan nak gi solat sunat aidil adha. Alhamdulillah ... semua tu dah selesai, sekarang ni sedang tunggu daging korban sampai sempatlah tuliskan laporan. Beginilah lebih kurangnya.
Roti terakhir yang dibakar. Paling comel berbanding 6 yang sebelumnya.
Tak jumpa cari jug penyukat air, pakai botol susu anak sedara... hahaha gelak satu rumah.
Inilah sebahagian dari penunggu-penunggu roti. Masa hampir 10 pagi.
Doh yang telah kembang selepas 1 jam. Hampir penuh satu besen besar.
Tukang-tukang uli dan canai roti. Semua nak tolong sebab tu lah lambat nak bakar roti. Asyik kena tunjuk-ajar kan diorang.
Hai... pergi KB Mall beli acuan roti, tup tup silap saiz pulak, tak muat nak masuk oven. Terpaksa tukar rancangan, gunakan aje acuan kek.
Hasil bakaran yang pertama. Habis sebaik sahaja keluar dari acuan. Sebenarnya kakchik terlupa letak marjerin kat acuan sebelum bakar, lekat-lekat sikit kat bawah tapi sikit je... Satu rumah asyik berkeliaran sekitar oven. Ada yang sanggup booking lagi. Hai... sempat ke tukang buat roti nak cuba ni?
Doh yang menanti giliran. Dua biji ni adalah untuk Ummi dan Ayah yang berpuasa sempena Wukuf semalam.
Ada orang tu rajin nak buat roti jalin-jalin, alih-alih tak menjadi. Kenalah kakchik uli semula dan cuba buat bentuk lain sikit. Jadilah macam kat atas tu.
Dah hiris...
Salah seorang dari tukang makan. Tengok tu... bukan main happy lagi.
Dua biji yang terakhir. Yang bawah sekali kakchik sorokkan sebab takut nanti tak dapat Ummi + Ayah nak buat buka puasa.
Roti untuk buka puasa.
Apa kata tukang roti:
1. Pengalaman paling seronok sebab inilah kali pertama dalam rumah ni ada orang buat roti. Dapat sambutan dan sokongan satu keluarga.
2. Alhamdulillah dapat 22 biji roti bun dan 4 biji roti bulat besar.
3. KakChik kali 3 semua adunan untuk cukupkan hidangan untuk satu keluarga.
4. Insya-Allah akan dibuat lagi. Dah ada yang menempah tu.
5. Akhirnya dapatlah tukang roti merasa sedikit roti sendiri.
TERIMA KASIH BANYAK KEPADA SIFU2 iaiatu HANA dan CIKMIN kerana telah berkongsi resepi yang mudah ini.
Selamat Hari Raya!
LOVE YOU ALL!
=============================================
Resepinya:
- 80 gram nasi putih
- 100 ml air
- 250 gram tepung roti
- 60 ml susu segar
- 4 gram dry yeast
- 2 sudu besar gula
- 20 gram butter atau marjerin
- 1 sudu kecil garam
- Mula-mula aktifkan dry yis, masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
- kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur. m
- masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
- rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
- kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
- letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
- keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner.
wahhh...meriahnyer satu famili turun ke dapur! hepi jerk tengok! alhamdulillah menjadi n menepati selera kakchik skluarga... dah ader order tuh! ;) tahniah kakchik!
ReplyDeleteterima kasih cikgu.
ReplyDeletetapi kan hana... kenapa roti kakchik bahagian atasnya tak gelap sangat. warnanya cantiklah juga.
salam kak chik....
ReplyDeleteselamat hari raya aidil adha utk kak chik dan famili...
saya kat adelaide ni raya esok(selasa)...yg raya hari ni pun ada....ikut masing2..nak ikut mana2...awal2 dulu saya pening juga...
wah dah blh buat roti tu....tahniah!...seronok kan bila apa yg kita masak di tunggu oleh org nak merasanya...sokongan diaorg tu yg buat kita bersemangat nak masak lagi.... :)
kakchik, bergantung kepada kepanasan oven masing2.. kalau kakchik nak lagi brown, try pas nih kurangkan suhu dan lebihkan waktu memasak. contoh: suhu 170-bakar 30minit.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesalam kakchik..wah...hebat la kakchik ni skali bakar roti..siap ada tempahan lagi dh tu..sonok kan..bila apa yg kita wat tu menjadi dan jadi kesukaan keluarga...tahniah kakchik...
ReplyDeleteSuzi,
ReplyDeleteOooo jadi Suzi belum raya lah hari ni ya? Takpe, Selamat Hari Raya Aidil Adha juga.
Makasih ya sebab Suzi salah seorang sifu @ sumber inspirasi kakchik. Skrg ni semangat memasak dah makin byk ni.
Hana,
kakchik dah rasa mungkin sebab suhu ataupun masa. insya-Allah bila kakchik nak buat lagi petang ni, kakchik nak cuba buat mcm cdgn hana tu.
CikMin,
wkslm. Takdok dok hebat pun CikMin. Tempahan tu lawak diorang je... tapi hari ni ramai juga dok tanya ada roti lagi ke tak? Hehehe.
Untuk kalian bertiga, terima kasih banyak-banyak sebab telah membuatkan kakchik jadi bersemangat untuk mencuba sesuatu yg baru. Buat roti ni mmg baru dlm famili kakchik tambah2 org yg nak membuatnya ialah org yg 'paling pandai masak' dalam keluarga. Ayah kakchik pun tak sangka kakchik nak buat roti. Hihihi... tapi alhamdulillah, menjadi juga.
bagus kakchik...try lagi wat sendiri tuk masa2 akan dtg...cikmin pun pasni nak wat roti sendiri jek..ingat nak wat ptg ni..kedai kek lak tutup...nak cari tepung roti...
ReplyDeleteSalam Kakchik... wah, dah buat roti pulak ya... seronoknya tgk ramai assistant yg membantu... nanti sha nak cuba juga la buat roti utk anak2... resepi yg kakchik bg tu utk brp biji roti?
ReplyDeleteCikMin,
ReplyDeletehari raya ke-2 ni kakchik cuba buat sekali lagi ikut adunan asal tapi guna tepung gandum (saja nak test). tambah masa jadi 30min tak masak juga... kena tambah 10min lagi ni. Agaknya sebab guna gandum.
Wkslm Sha.
ReplyDeleteBaru hari ni kakchik cuba buat ikut resepi asal ni & kakchik buat macam kek, satu biji besar.
Ikut kata sifu kalau guna loyang roti, adunan tu boleh dapat 6 biji roti bun. Sha cubalah.
Kakchik, insya Allah nanti Sha cuba buat utk anak2... kena gi beli bhn2nya dulu... kalau jadi nanti Sha bagitau ya
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/PAngLiMaRoTi
ReplyDelete