Followers

30.12.08

Gembira Dalam Duka

Assalamualaikum teman-teman semua.

Dalam meniti hari-hari awal Muharram ini, KakChik kadang-kadang gembira tapi dalam masa yang sama turut berduka. Gembira kerana adanya teman-teman yang saling ziarah menziarahi, mengucapkan salam Maal Hijrah dan Tahun Baru dan ada yang rajin dengan menyertakan kad ucapan bersama. Siapa yang tidak rasa gembira kan? KakChik amat berterima kasih kepada semua teman-teman yang saban hari sudi menjenguk KeluargakuSayang ni yang hanya sekadar laman blog lakaran sedikit sudut pengalaman kehidupan KakChik di Kota Bharu ini. Blog ini tiadalah mempunyai penulisan yang bersifat ilmiah tinggi kerana KakChik sendiri tidak pandai menulis sebegitu dan lebih kepada cerita-cerita bergambar yang sesekali diselangi sedikit tazkirah untuk renungan dan manfaat bersama. Sebagai tanda terima kasih, ingin KakChik abadikan kad-kad ucapan teman-teman di sini untuk dikongsikan bersama pengunjung yang lain. Ibarat gambar yang difrem dan digantung di dinding rumah. Boleh dilihat oleh sesiapa saja yang datang berkunjung.




Dalam pada tu, KakChik terasa sangat dukacita melihat, mendengar dan membaca berita tentang saudara kita di Palestin. Sedih dan marah bercampur baur kepada rejim kejam Yahudi Zionis laknatullah. Dalam sekalian ummat Islam membuat persediaan menyambut Maal Hijrah, rejim ini dengan ganasnya telah mengebom orang awam atas alasan untuk memburu pejuang Hamas. Mereka bangga dengan segala alatan military yang canggih tapi MASIH BOLEH TERSALAH BOM! KEPALA PENIPU mereka ni. Sebenarnya mereka ingin menghapuskan masyarakat Palestin dan meneruskan agenda mereka untuk mengambil tanah milik Islam tu. Bagi KakChik, Yahudi Zionis ni ibarat general syaitan berfizikal manusia. Allah menjadikan mereka sebagai satu UJIAN BESAR kepada seluruh ummat Islam. Tapi manakah kesatuan Islam yang mahu tampil ke depan melawan penjenayah dunia ini?

(Gambar Reuters) Penduduk Rafah, Gaza menangisi kematian 3 orang
kanak-kanak mangsa terkini serangan Rejim Zionis.


Di sinilah terasa sangat kecilnya diri sendiri memainkan peranan. Keselesaan dan keseronokan kehidupan kita di tanah air yang aman ini menyebabkan kita lalai dari menjadi hamba Allah yang sebaik-baiknya. KakChik kadang-kadang terasa, masalah itu terlalu jauh dari kita, tak terasa sangat yang kekejaman sedang dilakukan ke atas ORANG ISLAM, sekadar berkata, "Oh, kesiannya... jahatnya Israel ni." Itu saja.

Jomlah kawan-kawan kita beringat-ingat. Marilah kita sama-sama berusaha beramal makruf nahi mungkar, saling nasihat menasihati, saling doa mendoakan, saling ingat mengingatkan, saling kasihan mengasihani kerana kita adalah Islam dan kita perlu bersama dalam memastikan ummat Islam di mana saja (di negara kita terutamanya) akan lebih bersatu dan bekerjasama mengukuhkan syiar dan syariat Islam. Janganlah hendaknya kita ini dilalaikan dalam keseronokan dunia. Moga-moga Allah bersama kita.

6 comments:

  1. salam maal hijarah kak..semoga tahun baru ini membawa keberkatan pada kak chik sekeluarga..amin..

    mmg sedih apa yg berlaku skrg di palestin tu..tak tahu bilalah nak tamat benda2 sebegini..hati turut sedih dan sayu..lagik2 melihat insan yg tdk berdoasa menjadi mangsa...seperti kanak2 dan wanita..

    ReplyDelete
  2. salam maal hijrah kembali yan dan terima kasih, amiiin.

    kita sama-sama berdoa ya yan, moga2 semakin aman dunia ini dan semakin damai di bumi Palestin tu.

    itulah yang sedihnya, yang jadi mangsa ialah mereka yg lemah & teraniaya.

    ReplyDelete
  3. salam maal hjrah buat dearie kakchik..
    rindu nak sembng2 ngn kchik mcm dl..semoga tahun baru ini kchik semakin mndapat rahmat dan berkat dariNya..
    semoga ketenangan menjadi milik kchik selalu..

    ReplyDelete
  4. salam maal hijrah kembali azza.
    sama2 rindu, hehehe tapi kchik tahu azza sdg ke sana ke mari bercuti dan bila sek nak buka ni tentu miting pun bermula.
    tima kasih byk atas doanya, amiin.
    kchik doakan azza akan terus sihat sejahtera, mendapat banyak kebaikan di tahun baru ni dan akan sentiasa ceria menulis & berkongsi cerita di blog tu.

    ReplyDelete
  5. Salam maal hijrah, kak chik.Tu lah, isu palestin memang satu ujian untuk semua umat islam... yg tak selesai2 sejak zaman berzaman. Tapi, malangnya, kita sebagai individu islam sendiri tidak/kurang sensitif dengan isu ini... tidak merasa 'terpanggil' untuk turut sama 'merasai' penderitaan saudara kita di sana. Semoga tahun baru ini membawa 'sesuatu' khusunya untuk saudara kita di sana...

    ReplyDelete
  6. Salam Maal Hijrah kembali kin. Marilah kita sama2 doa untuk mereka kin. Sedihkan tapi apa daya kita. Hanya doa sebagai senjata.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs