Followers

29.12.08

Tesco Shopping Spree

Assalamualaikum dan salam ceria untuk teman-teman terutama yang sudi singgah dan meninggalkan komen atau pesan. Hari ni 1 Muharram 1430 Hijrah sudah hampir berlalu dan akan masuk 2 Muharram. Ah, cepat sungguh masa berlalu kan. Sehari, kalau diisi dengan macam-macam urusan akan rasa terlalu cepat berlalu.

Ummi sedang tunggu Adik pergi cari ubat nyamuk dan pencuci pinggan mangkuk.

Pagi-pagi tadi meredah hujan ke 'airport' menghantar abang ipar sekeluarga yang menetap di Sabah, pulang ke sana setelah bercuti sejak Hari Raya Haji lagi. Maklumlah... sekali balik mestilah duduk lama-lama sebab bukan senang nak balik selalu-selalu dengan keluarga yang semakin membesar. Jauh pulak tu. Nuuuuuuun di Sandakan sana.

Antara barangan yang kami beli. Tepung dan susu segar 1 botol tu KakChik punya projek. Nanti menjadi KakChik letak dalam blog hehehe.

Belah petangnya, KakChik bawa Ummi ke Tesco untuk beli-belah barang-barang dapur. Ummi tak pernah sekalipun pergi ke Tesco. Dah banyak kali ajak tapi dia tak mahu pergi sebab dia fobia sikit nak naik tangga bergerak tu. Tesco pulak takde lif. Tapi hari ni Ummi setuju pulak. Barangkali lepas dengar cerita Mak yang sayur kat Tesco tu murah-murah.

Ummi asyik dok tengok orang yang ramai dalam Tesco. Walaupun sakit lutut, Ummi dapat juga datang untuk kenal Tesco KB.

Sampai kat Tesco, punyalah ramainya orang. Tapi memang kat mana-mana pasaraya kat Kota Bharu ni di musim cuti memang ramai orang. Kat sini tak ramai yang lepak sebab keadaan 'layout' dalaman yang tak ramah kaki lepak, baguslah macam tu. Lain pulak kalau di KB Mall, kat situ memang ramah kaki lepak. Agaknya sebab Tesco ni memang sasarannya lebih kepada surirumah maka disusun aturkan sebegitu.

Selesai membeli-belah hampir jam 5 petang (2 jam kat dalam tu) kami mula
beredar nak balik tapi Adik nak beli jam tangan la pulak.


Banyak sungguh barangan yang kami beli sebab memang dah rancang nak membeli barang dapur kat situ. Kami habis RM206.70 untuk semua barang yang kami beli. Antara yang dibeli di Tesco:
  • Ubi kentang
  • Ubi keledek
  • Sawi
  • Kobis
  • Lada merah
  • Tomato
  • Mentimun
  • Bawang Putih
  • Bawang Besar
  • Karot
  • Tart telur
  • Milo
  • Gula
  • Susu segar
  • Keju mozarella
  • Keju sandwich
  • Roti Perancis (kegemaran Ummi, dimakan bersama teh atau sapu 'chilli tuna', mmmm yummy)
  • Shieldtox
  • Jambu Madu
  • Nestle Yogurt Drink
  • Telur
  • Tepung gandum
  • Tepung Protin Tinggi
  • Sos Pizza
  • Sos Cili
  • Sos Tomato
  • Kek Pisang
Lepas tu kami singga Secret Recipe:
  • New York Cheese Cake
  • Satu lagi cheese cake yang KakChik dah lupa namanya
Kedua2 cheese cake teramatlah 'delicious'nya. KakChik beli satu slice je untuk tiap jenis, sekadar nak rasa je tapi memang tak akan beli dah kot. Harganya RM6.50 satu slice, mahal oi..

Jalan lagi jumpa pulak orang jual swissroll macam-macam jenis RM10 untuk 3 biji. Apa lagi, beli je. Nanti boleh buat bekal ke pejabat. Nak buat tak pandai, nak cari resepi pulak terasa malas. Jadi beli ajelah.

Dah siap beli apa yang patut, jom la kita balik. Kaki sudah sakit, kepala sudah berdenyut. KakChik memang senang sakit kepala kalau ke pasaraya.

10 comments:

  1. kalau total expenses banyak tu mmg oklah ngan barang... banyak ;)

    cheesecake saya pun suka! tp mmg mahal.. sekali2 boleh la wat ilang rindu...

    & tepung ngan susu tu nak watpe? kak chik ade je projek ek...

    ReplyDelete
  2. nurulhuda, kakchik pun rasa total tu dah berbaloi dgn barang yg dibeli. penuh satu bonet kenari.

    cheese cake kat SR memang mahalkan. nantilah kalau ada special occasion, bolehlah tempah 1 biji, kena budget RM65 @ RM70.

    hehehe, projek tu kena rahsia dulu, bila dah menjadi baru kakchik cerita kat sini. kalau tak menjadi nak buat dotno je.

    ReplyDelete
  3. kita serupa...tesco tempat capai dan bayar...anak2 saya pun cukup suka ke situ...sebab ada KFC..itu yg lebihnya.

    ReplyDelete
  4. wah, one Z pun turun tesco ke? memang kat tesco pun ada macam2 kedai mkn segera, bahaya kalau bawa budak2 ke sini... BAHAYA HABIS DUIT & TAK MAU BALIK, melekat kat tempat mainan, ish penat sungguh tapi kena layan juga sekali-sekala.

    ReplyDelete
  5. Huish...

    Kak chik! Siap senaraikan lagi bebarang kat sini... huhu...

    Baguslah kak chik ni, sempat lagi bergambar dalam Tesco! Idea baik juga, saya belum pernah cuba lagi...

    Apa pun, Salam maalhijrah buat kak chik!

    ReplyDelete
  6. Dik BalQis, memang kena senaraikan bebarang tu, kalau tak memang akan lebih lama dok dalam tu. Nanti lagilah sakit kepala KakChik ni.

    Masa dok ambik gambar tu ada juga org dok tengok. Agaknya dia pK, ish, budak ni... tak kira tempat asyik nak ambik gamba je...hehehe

    Salam Maal Hijrah kembali ya BalQis.

    ReplyDelete
  7. kak chik yan pun klu soping brg dapur shj utk seminggu adalah dlm RM 200...huhuhuu...ekceli brg mkn yg bnyk..hehehe...yan dan aiman kuat mkn..ahaks..

    antara brg yang x lupa nk beli cam buah2an, yougurt, coklat, cikedis

    ReplyDelete
  8. lebih kurang lah kita yan. agaknya kaum ibu/wanita ni bila ke pasaraya yg difikir ialah apa yang ahli keluarga nak makan? hehehe

    ReplyDelete
  9. pergi pasaraya besar untuk membeli-belah memang seronok, sebab dapat harga yang lebih murah. cuma tak tahannya kalau terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai. Sebab tu agaknya jarang sekali saya ke pasaraya besar. Selalu mengelak musim puncak seperti jualan murah dan sebagainya. tak tahula kalau dah ada famili sendri terpaksa juga mengharungi orang ramai sbb nak bajet duit..hehe

    ReplyDelete
  10. seronok masa mula2 sampai je suri, lepas tu bila kaki dan lenguh, kepala dan berdenyut, bersesak pulak dgn org ramai, rasa nak cari je bangku dan duduk je rehat kat mana2 yg takde org.

    kakchik ni kalau nak pasaraya selalunya tengah2 bulan sb masa tu tak ramai org.

    kali ni sebab nak bawa ummi jenjalan kat tesco je. tapi kebanyakan ahli keluarga & kawan2 yg berkeluarga mmg cari pasaraya besar, giant, tesco, mydin sb nak jimat bajet la.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs