Followers

25.12.08

Yang, Maafkan Nor

Assalamualaikum teman-teman semua.

Hari ni memang ada macam-macam perkara yang berlaku. Pagi-pagi sebelum Subuh, jiran sebelah rumah kami, Tokku Jah (mak tiri Tok Guru) telah kembali ke rahmatullah membuatkan seluruh ahli keluarga kami pun turut bersedih. Ramai sungguh orang yang datang menziarahi arwah sehingga parking memenuhi kiri kanan jalan. Sedih, sebab kami tak sempat jumpa Tokku sebelum hayatnya berakhir. Walaupun berjiran, tapi Tokku suka berjalan ke rumah anak-anaknya. Kisah Tokku yang sakit selepas terjatuh ketika menziarahi anak-anaknya di Setiu dan rentetan rawatan di hospital dan bomoh tak dapat nak KakChik ceritakan sebab pilu mengenangkannya. Al-Fatihah untuk allahyarham.

Rumah allahyarham Tokku Jah selepas papan tanda ni, masuk sikit di sebelah kiri.

Dalam pada tu sedang sibuk-sibuk membuat roti untuk anak-anak sedara, KakChik telah berselisih faham sikit dengan Cik Abe. Memang masa tu KakChik rasa KakChik takde buat salah pun cuma dia yang tak faham maksud KakChik. Jadilah naik geram sikit. Yang terkilannya KakChik tak terus minta maaf sedangkan selalu juga dok baca dalam buku, lebih baik minta maaf cepat-cepat supaya lebih cepat terlerai salah fahamnya.

Ummi bersama kakak-kakak KakChik dan Iffah sedang berjalan nak ke rumah Tokku.

Sebab terlewat sikit, KakChik nampak air muka Cik Abe kurang manis sikit pagi tadi. Asyik cakap sepatah dua je. Jadi KakChik cepat-cepat siapkan air kopi segera seperti biasa dan letakkan kat atas meja kerjanya. Dia angguk je. Tak sedap hati sungguh. KakChik cakaplah kat dia, sebenarnya begini yang KakChik maksudkan bukan apa yang dia faham tu... KakChik mintaklah lain kali dia datanglah bagitau KakChik dekat-dekat barulah KakChik tak silap dengar macam tadi. Senyap je... Maafkan Nor, Yang.

Walaupun selepas tu nampak semuanya ok je tapi dalam hati KakChik ni masih tak sedap rasa. Lepas Zohor KakChik ajak Cik Abe ke kenduri mak sepupu di Kg. Tok Jawa tapi dia tak mau sebab semua yang nak tumpang kereta ialah perempuan, lagipun mungkin tak muat. Tengok muka dia, nampak ok tapi tak semanis seperti biasa, huhuhu... Ya Allah, tolonglah lepas balik kenduri ni dia ok semula.

Balik dari kenduri, Cik Abe sedang sibuk buat kerja dia, jadi KakChik tak maulah kacau dia. Biasanya kalau dia tengah serius, KakChik biarkan aje, nanti dia naik geram pulak. Asyik dok main dengan Amni sambil tonton Animal Funniest Home Videos, Cik Abe nak makan nasi. KakChik siapkan hidangan dan nampak Cik Abe ke sana ke mari menyelongkar barang-barang kami yang masih dalam kotak & plastik (selepas pindah baru ni).

Selesai makan, nak tau apa dia bagi kat KakChik? Baru je beberapa hari lepas KakChik suarakan nak benda nih. Huhuhu, rasa sedih la pulak. "Terima kasih Yang dan maafkan Nor ya. Nor tahu yang baca blog Nor ni. Maafkan Nor pasal pagi tadi tu. Maafkan Nor ya. Tak sangka dapat hadiah ni."

Hadiah dari Cik Abe. Terima kasih ya habibtie.

Ini barang kesayangan dia yang dibeli sebelum pindah hari tu dan belum pun digunakan. Dia bagi kat KakChik.... Kadang-kadang suami KakChik ni pandai juga buat kejutan macam ni. Mungkin tanda mohon maaf tu. Hmm... apalah hadiah istimewa untuk mohon maaf baik-baik malam ni?


MyCartopia.com Click here to get one

6 comments:

  1. suspen juga dengar cerita kak chik nih. alhamdulillah semuanye dah ok. tu la org kata gaduh gaduh ni pemanis rumah tangga. tapi takut jugak kot tengah gaduh gaduh, tecabot nyawa. tak ke naya. ummu pon slalu gak sakit kan hati suami ummu. jahat kan?

    ReplyDelete
  2. harap-harap tak gitu la ummu hanis. kakchik memang tak mahu terjadi apa-apa yang buruk semasa khilaf dengan suami.
    takut tak cium bau syurga nanti.

    ReplyDelete
  3. kak chik, nak jadi mcm kak chik jugak bila dah kawin... ;) penyayang... ♥

    ReplyDelete
  4. aDLie - kakchik ni masih belajar ilmu rumahtangga ni. sama-samalah kita berusaha menjadi ahli keluarga yang baik ya.

    ReplyDelete
  5. al-Fatihah utk Tokku. Lama betul tak jumpa dia, dah bertahun2 rasanya. Sedih je setiap kali blk kg che bgtau ada warih warah yang meninggal :(

    Sweetnya Kak Chik & Abe. Mmg kalu cik abe senyap & serious semacam kita jd tak tenang kan. Tp bila dah ok tu semakin rapatlah hubungan suami isteri kan ;)

    ReplyDelete
  6. Ha - sedih kan makin ramai org kampung kita ni yang pergi. ayah kakchik kata, dah takde dah orang2 tua kat sini dan dah tiba giliran mereka pula jadi org paling tua.

    semua dah ok dgn cik abe, alhamdulillah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs