Followers

1.1.09

Sepetang Bersama Remaja (New Years Eve)

Assalamualaikum dan salam tahun baru untuk semua pengunjung, teman-teman dan sesiapa sahaja yang singgah di blog KeluargakuSayang ini.



Terlebih dahulu KakChik mohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini sebarang berita atau aktiviti semalam kerana sepanjang hari berada di Stadium Sultan Mohd. IV kerana bertugas untuk MEDIA. Malam tadi sampai di rumah sudah 1.20 pagi. KakChik hanya sempat 'download'kan gambar & video dari digicam ke laptop dan selepas tu terpaksa tidur kerana hari ni nak bangun awal kerana keluarga mengadakan kenduri kesyukuran untuk kejayaan anak-anak sedara dalam PMR dan Adik yang telah berjaya menjadi guru.



Tapi... janji tetap ditepati. KakChik ingin berkongsi bersama teman-teman bagaimana kami di Kelantan ini menyambut tahun baru. Rasa-rasanya memang berbeza cara kami berbanding di tempat lain. Ini kerana Kerajaan Negeri sedang berusaha keras untuk membantu masyarakat terutama anak-anak muda agar memulakan sesuatu yang baru dengan cara yang lebih mendekati Allah SWT. Ok, cukuplah celotehnya, jom kita tengok suasana petang terakhir 2008.



Bermula jam 5.30 petang, diadakan acara hiburan santai dan aktiviti untuk remaja di perkarangan stadium. Semasa KakChik sampai beginilah suasananya.



Sepetang Bersama Remaja.



Kiranya program belah petang ni memang santai la konsepnya. Ada satu kumpulan remaja buat menyanyi kat atas pentas. Macam lagu Semerah Padi je yang diorang nyanyi tu... dan KakChik kena round-round sekitar sambil tolong mana yang patut. Jeng je jeng... KakChik jumpa RABBANI dan sempat ambik gambar ust Asri, hehehe. Betul-betul berdepan.



Sekitar stadium juga ada pelbagai gerai pameran dan jualan. Dan yang paling menarik minat terutamanya kanak-kanak ialah 'mini funfair'. Tengoklah anak sedara sorang tu yang nak ikut KakChik petang semalam.


2 comments:

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs