Sebelum pergi jauh KakChik ingin mengucapkan takziah kepada keluarga 2 orang rakan seperjuangan yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Sesungguhnya ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Biarpun hati ini sungguh sayu, terasa air bergenangan di kelopak mata, tapi siapalah kita untuk menolak takdir Allah. Mereka pergi jua... yang paling sedih dan kehilangan ialah seluruh ahli keluarga mereka. Terasa bagai sekarang juga KakChik hendak ke Perpustakaan Awam Negeri atau juga ke rumah mereka, tapi
Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kita bertemu minggu lepas untuk membincangkan soal kerja kita di bidang ilmu ini. Terkedu rasanya bila membaca akhbar hari ini. Siapa sangka itu adalah pertemuan terakhir kita. KakChik bersyukur Allah mempertemukan kita semasa KakChik sedang berhempas pulas membina organisasi di Zahra'. Terima kasih tak terhingga di atas semua bantuan dan jemputan menambah ilmu keperpustakawanan, segalanya amat berharga. Al-Fatihah untuk Allahyarham Nik Farrah Suhanniz dan Allahyarham Puan Anidah yang telah hampir 7 tahun dikenali kerana sebuah perpustakaan telah menemukan kami.
Empat maut kemalangan
KUALA KRAI – Empat terbunuh apabila sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Unser yang dipandu oleh salah seorang dari rakan mereka, Wan Mustafa Wan Mohamad, 56, merempuh sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu ke Kuala Lumpur dekat sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdul Rahman Jaafar berkata, kejadian berlaku di Kilometer 107 Jalan Kota Bharu-Gua Musang antara jam 3.30-3.40 petang.
“Pemandu kenderaan tersebut yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya, namun gagal berbuat demikian lalu merempuh sebuah bas ekspres dari arah bertentangan.
“Kesemua mangsa, seorang lelaki dan tiga wanita yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga masing- masing,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata, dua mangsa di bahagian hadapan ialah Wan Mustafa Wan Muhamad dan Nik Farah Suhanniz Nik Bahari Shah, 33, manakala penumpang bahagian belakang dikenali sebagai Munirah Muhamad, 44, dan Anidah Muhamad, 45.
Dua mangsa di bahagian hadapan telah tersepit dan terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba yang tiba sejurus menerima panggilan mengenai kejadian.
Sehubungan itu, Abdul Rahman berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sinar Harian difahamkan, Wan Mustafa beralamat di Kampung Belukar, Kota Bharu dan Nik Farah Suhanniz berasal dari Taman Sri Bahari, Kota Bharu. Munirah pula berasal dari Jalan Dato Lundang, Kota Bharu, dan rakannya Anidah berasal dari Padang Embun, Pasir Mas.
Sementara itu, kesemua 34 penumpang bas tersebut yang dipandu oleh Zulkifli Muhamad, 38, dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas keempat-empat kenalan ini yang telah sekian lama bekerja untuk menggalakkan masyarakat mencintai ilmu. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Innalillahi wainna ilahi raaji'uun.. Mudah-mudahan roh mereka yang terkorban dirahmati oleh Allah dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.
ReplyDeleteInnalillahi wainna ilaihi rajiun...Al fatihah utk mereka.
ReplyDeleteInnalillahhiwainna ilaihira'ji'un....
ReplyDeleteSalam takziah buat warga keluarganya...
Ya Allah, Sungguh besar kuasa-MU..
"Dia datang bila kau kehendakinya dan die pergi bila kau kehensakinya....."
Innalillah...
ReplyDeletesemoga roh mereka dicucuri rahmat Allah swt...
mesti sedih kan kehilangan org2 yang dekat dgn kita...
sabar ye kak chik..
Kepada Kak Tirana, Suzi, Siti Nur Hawa dan Teja,
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak.
Hari ni memang 'surprise' betul.
Terasa lembik seluruh anggota bila ingatkan baru minggu lepas kami bertemu, bercakap-cakap. Wajahnya pun masih segar di ingatan.
Tapi Allah lebih dulu memanggilnya pulang.
Tinggallah kita yang hidup ini meneruskan perjuangan.
Allahhuakbar...betul2 menyayat hati..sayu..dan pilu rasanya..
ReplyDeleteMoga2 mereka ditempatkan bersama2 orang2 beriman. Sampaikan ucapan takziah Tie kiranya berkesempatan menziarah keluarga mereka, ekk.
ReplyDeleteYan & Kak Tie,
ReplyDeleteTerima kasih di atas simpati kalian berdua. Kalau kita sedih, keluarga mereka lagi sedih terutama Allahyarham Farh yang masih mempunyai anak kecil.
Insya-Allah KakChik akan sampaikan takziah kawan2 semua kepada keluarga mereka jika berziarah nanti.
takziah kak..
ReplyDeleteinilah yg akak maksudkan td dlm msg rupanya..
azza, alhamdulillah sekarang dah ok.
ReplyDeleteesok belum tahu sebab esok rancang nak gi ziarah.
kakchik,
ReplyDeletekita berkongsi kesedihan sama.... saya pernah bertugas dengan mereka selama setahun dan praktikal di bawah pengawasan puan anidah (kami selalu bahasakan dia cik da).
mereka antara paling peramah dan selalu ambil tahu di kalangan para senior - banyak pengalaman berguna selalu diberi pada junior2 sekerja - benarlah agaknya Allah mengambil orang2 yang Dia sayang terlebih dulu bertemuNya... Bekas colleagues dulu semuanya tertumpah air mata... tak terkecuali saya sendiri, walaupun dah hampir setahun tak bertemu cuma sesekali sempat menelefon mereka bila ada hal2 tertentu nak bertanya... Apapun, Allah lebih berhak atas mereka...
najibah,
ReplyDeletetak sangka kita pernah ada pengalaman bersama mereka. pengalaman najibah lagi dekat sebab pernah bekerja di bawah seliaan mereka. terasa kehilangan ini walaupun kakchik hanyalah kenalan kerja.
sama-samalah kita doakan kesejahteraan mereka di alam barzakh.