Followers

18.12.08

Dalam perjalanan hari ni...

Hotel Grand Riverview (pasal dok tepi Sungai Kelantan dan dapat tengok pemandangan sungai yang luas) yang dulunya Hotel Diamond Puteri. Bawa kereta lalu kat depan ni sempatlah snap gambarnya.
Kampung Kraftangan Kelantan. Dulu kalau tak silap Muzium Islam ni. KakChik pernah masuk tengok pameran kat dalam tu, suatu ketika dulu. Sejak balik Kelantan dalam 9 tahun ni, inilah kali pertama sampai kat depan ni. Nak masuk tak sempat la...

Boleh nampak Pelangi Mall dari depan Masjid Muhammadi ni. Bilalah agaknya pusat membeli-belah ni akan beroperasi. Dah beberapa lama juga dia siap. Hotel Ridel yang kecik tu dah lama beroperasi.

Iffah ambil angin kat bawah tiang rehal. Ramai orang duduk kat sebelah-sebelah tu tapi KakChik segan pulak nak ambik gambar diorang. Dok snap-snap ni pun semua pakat dok tengok. Mungkin diorang kata, orang melancong la tu... (tolonglah jangan nampak plate kereta).

Mula-mula KakChik ingatkan hotel, rupanya sebuah dewan... Dewan Bunga Jahar, nampak classy je... KakChik orang Kelantan pun kali pertama sampai kat sini. Kira sambil keluar selesaikan urusan bisnes sambil melancong la ni.

Masjid Muhammadi, pandangan dari tempat KakChik membeli tudung Iffah. Jalan sehala kat depan ni memang sibuk... nak melintas pun takut.

Pintu gerbang besar Padang Bas. Kalau dalam buku pelancongan, selalunya ada gambar pintu gerbang ni dan selalunya kalau orang datang melancong, mesti ada bergambar kat sini.

Sekadar ambik gambar... masuknya tidak. Kami duduk-duduk je kat bawah tiang rehal sambil ambik angin sebab tempat ni memang berangin, macam dok kat tepi pantai gitu. Nyaman dan selesa.

Muzium Islam dan Kampung Kraftangan. Dengar khabar, makan kat restoran di Kampung Kraftangan ni sedap. Kata mamahusna, lawar kat sini sedap... KakChik tengok dari jauh je sebab masa sampai kat sini perut dah kenyang.

Tiang replika rehal dan al-Qur'an mengelilingi Padang Bas. Boleh nampak bangunan LHDN yang besar tu (asalnya Bank Negara) dan Hotel Temenggong di sebelah kiri tu.

Nampak tak Istana Jahar kat depan tu... Ha, itulah istana untuk adat istiadat rasmi kesultanan negeri. KakChik pun belum pernah masuk lagi. Ni KakChik zoom dari jauh sebab tu kelabu sikit gambarnya. Tempat parking yang luas ni orang panggil Padang Bas kot sebab biasanya kat sini penuh bas pelancong parking.

Iffah seronok dapat pakai tudung baru. Baru je beli kat deretan kedai di depan Masjid Muhammadi. RM8 sehelai, kira mahal lah jugak. Mintak kurang pun tak bagi... budak punya pasal, kita belikan juga. Sebab... tengoklah... comelkan.

Lorong depan Pasar Besar Siti Khadijah ni dah jadi sempit sebab ada pembinaan KB Center kat sebelah kanan dan orang ramai yang suka double parking kereta kat sebelah kiri. Nampak tak Istanbul Fashion tu? Itulah kedai menjual tudung yang besar dan harganya murah-murah. Kalau datang KB tu boleh le singgah (iklan ni takde komisyen ya).

Iffah yang keletihan, tertidur kat belakang. Kalau tak kasi ikut nak ikut juga. Dah ikut tu, kesian pula sebab dia letih tapi paksa juga mata tak mau tidur, last last tidur juga...

Kat depan tu ialah Jalan Pengkalan Chepa. KakChik dok tunggu lampu hijau ni. Terpaksa bawa kereta round bandar sebab takde parking. Tinggalkan Adik depan Pustaka Johan dan putar-putar cari parking.

KiTTuN... KakChik parking betul-betul kat depan tu... Maaf ya tak dapat nak singgah, ada anak sedara tidur dalam kereta, tak berani nak tinggalkan dia sorang-sorang. Adik gi beli jam dinding kat Lee Ming di sebelah tu. KakChik nampak ada 2 pekerja & seorang lelaki berjanggut pakai jubah putih kat dalam kedai. Wah... banyaknya kain. Esok kalau sempat KakChik singgah.

8 comments:

  1. Chik, kak tirana tinggal lama di KB tapi tak jalan habis pun..hehehe..tapi banyak bangunan baru naik. Semenjak pindah, baru sekali aje gi sana. Itu pun sekejap aje..tak sempat jalan2 pun. Entah bila nak sampai lagi.

    ReplyDelete
  2. salam kakchik, sy pun x sabar nk tunggu pelangi mall tu bukak..nampak macam lagi besar dpd pasaraya yg ada sekarang.

    ReplyDelete
  3. Kak Tirana, memang dalam setahun dua ni banyak sangat bangunan baru. Kadang2 kat mana2 yang ada simpang 4 tu mesti ada bangunan baru kat situ. Kak Tirana tu kira boleh dimaafkan sb bukan orang asal sini tapi Chik ni orang Kelantan jati tapi dalam bandar KB pun tak habis jelajah lagi.

    ReplyDelete
  4. azizi, memang mall ni saiznya lebih besar tapi mungkin ada masalah CF atau bomba sebab tu belum dapat dibuka.

    ReplyDelete
  5. Salam kakchik..
    ahaks.. jumpa juga yer kak chik cari kedai kittun.. siap promisi lagi.. nanti datang yer. boleh bagi diskaun giler2.

    ReplyDelete
  6. KiTTuN, hari ni tak jadi ke KB sebab ada urusan lain pulak. Lain kali insya-Allah sampai kat D'Sarah. Nak klim diskaun giler2 tu.

    ReplyDelete
  7. Chik, padang bas tu dulu letaknya di tapak KB Centre yang Chik sebut tu. Loni dah dipindahkan ke tepi flat mama cik abe saya, kat flat buluh kubu.. begitulah, adat yang hidup itu kan berubah.. KB dah tak supo dolu.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. O ye ke? Alamak! Chik tersilap la tu... dok Kelate pun jarang2 jalan2 sekitar KB

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails