Followers

22.12.08

Kita Boleh Ambil Pengajaran


Assalamualaikum teman-teman.

Ada baca tak berita tentang keluarga Duggar yang baru menerima kelahiran anggota keluarga yang ke-18 beberapa hari lepas? Jim-Bob Duggar, 43 dan Michelle Duggar, 42 adalah dua ibu bapa yang telah dikurniakan Allah dengan 18 orang anak. 10 lelaki dan 8 perempuan. Mungkin ada yang akan kata, "WOW !" dan terkelu... Ada juga yang akan kata, "Suburnya..." dan tak kurang juga yang mengata-ngata tentang jumlah anak mereka yang begitu ramai. Biasanya kita dengar orang beranak ramai dalam keluarga yang berpoligami tapi pasangan Amerika ini yang masih muda, awal 40-an bukanlah pengamal konsep tersebut.

Mula-mula tengok dokumentari tentang keluarga ini ialah tahun lepas apabila rangkaian Discovery menyiarkan rancangan khas mengenai keluarga ini, "Meet the Duggars". Selepas itu KakChik memang 'search' dalam internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang mereka. Menakjubkan! KakChik ingatkan mereka ialah pengamal Mormon yang terkenal dengan perkahwinan yang membenarkan suami mempunyai ramai isteri, rupanya tidak. KakChik bukan nak kempen agama mereka ya. Sebenarnya ada perkara penting yang KakChik nampak dari keluarga Duggar ini yang boleh kita jadikan iktibar ataupun pengajaran.

Kita mungkin tertanya-tanya, bagaimanakah Jim-Bob dan Michelle ini membesarkan, mendidik dan mengurus anak-anak mereka yang ramai tu? Sebahagian kita yang mempunyai anak seorang pun kadang-kadang tak terjaga dengan baik. Tapi nampaknya mereka telah membuktikan mereka boleh. Ketua keluarga ini telah memainkan peranannya sebagai seorang ketua, suami, ayah dan individu yang baik di dalam keluarga dan masyarakat di tempat tinggalnya.

Anda tahu bagaimana beliau mendidik anak-anak beliau? Semuanya di'homeschooling' oleh Michelle. Selain itu Jim-Bob saban hari memastikan Bible dibaca kepada seluruh ahli keluarga, seolah-olah mengadakan USRAH di dalam keluarga beliau. Tidakkah kita terfikir, sejauh manakah kita memanfaatkan Al-Qur'an kitab termulia di dalam keluarga kita? Hmm... mungkin kita perlu malu kepada Jim-Bob kalau kita tidak mampu beristiqamah seperti beliau.

7 comments:

  1. Betul tu kakchik. Kita kena ambil ikhtibar dari pasangan ini.

    ReplyDelete
  2. kak chik... ada baca... rasa sangat excited... ;) ramai2 ni bukan apa.. salu kita reluctant sebab byk troubles especially financial... salu org bandar2 ni limit 2 je.. hehe

    ReplyDelete
  3. salam kak..

    Tulah..yan pun ada tgk gak kt astro tu..mmg tabah dan kuatlah 2 ibubapa nie kan..lagik2 ngan karenah anak2 nie..yan yg baru ada 2 org nie pun kadang x larat...mmg tabik arr kt pasangan nie..kita kena amik ikhtibar dari mereka..

    ReplyDelete
  4. salam kak chik...pernah terbaca lama dulu tentang famili ni...kagum juga dia dpt besarkan anak2nya yg seramai itu...
    betul tu kak chik...byk manafaatnya kalau sentiasa di baca al Quran dan hadis dalam keluarga sehari2...ia akan beri kesan mendalam dalam kehidupah seharian keluarga tu...
    famili saya ada buat taklim tiap2 malam tapi kadang2 on-off...iman lemah...

    ReplyDelete
  5. Kak Tie - memang betul pun, kena buat cara macam yg jim-bob buat tu.

    nurulhuda - bukan org banda je yg nak limit anak skrg, org kg pun sama jugak krn sb yg nurulhuda sebut tu.

    yan - wkslm. pasangan tu mmg ada 'class' kan. keyakinan mrk dgn Tuhan mereka blh kita anggap mrk ni org yg baik cuma tak Islam je.

    Suzi - wkslm. kakchik pun sama juga. dalam famili tu cuba konsisten amalan membaca Quran slps Maghrib & Subuh tapi mmg syaitan yg goda kita ni pangkat lbh tinggi kot sb tu kdg2 kita kalah. tapi kena usaha jugak.

    ReplyDelete
  6. betol tu kak chik. kak chik pernah baca tak kat web kenapa diorg nak beranak ramai ramai? sebab diorg rasa merancang keluarga tu cam membunuh anak plak. tu yg die tak rancang tu. bagos die dua ni kan?

    ReplyDelete
  7. ummu, kakchik ada baca yg jim-bob & michelle tu dulu masa lepas dpt joshua anak sulung tu, depa makan pil perancang dan keguguran beberapa kali, depa ingat takkan dapat anak lagi dan kalau tak silap jim-bob berazam, kalau dapat anak, dia tak mahu dah merancang sebab semuanya rezeki Tuhan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs