Assalamualaikum semua, semoga dalam hujan yang mencurah-curah ni kita semua dalam keadaan sihat dan sejahtera serta sentiasa ceria melalui kehidupan kita seharian. Hari ni nampaknya hujan turun dengan agak lebat dari pagi tadi hingga sekarang ni, 1514 petang masih tak berkurang. Agaknya banjir nak datang sekali lagi selepas berehat beberapa hari sempena Hari Raya Haji minggu lepas. Tengoklah sekitar Library Zahra' ni, nampak kelabu je...
Gambar 1: Masih boleh nampak Kompleks Kota Sri Mutiara walaupun hujan lebat. Pengunjung yang tak bawa payung tu, nasib le ... susah nak masuk dalam kereta nanti.
Gambar 2: Pokok-pokoklah yang untung sebab dapat banyak air, diorang segar je... tapi ada juga pokok yang tak mahu banyak air, tentulah pokok sayur-sayuran ... kalau air terlalu banyak, pokok jadi 'carak air' kata orang Kelantan, susah nak besar elok, mati ditenggelam banjir dan akibatnya kita susah nak dapat sayur kat pasar dan kalau ada pun harganya tentulah lebih mahal dari biasa.
Gambar 3: Pokok-pokok di luar tingkap bilik Pengarah. Nampak tak longkang tu yang penuh dengan air? Kalau saliran air tak elok, boleh masuk air dalam blok pejabat kami ni.
Gambar 4: Pemandangan di luar pejabat KakChik melalui tingkap di sebelah meja komputer. Zaman budak-budak dulu, KakChik suka mandi kat bawah air yang turun dari 'rain gutters' macam yang dalam gambar tu. Tengok suasana ni terkenang juga zaman-zaman dulu.
Gambar 5: Suburlah segala rumput dan pokok-pokok di sekitar Library Zahra' ni, harap-harapnya. Rumput tu baru je pagi semalam Pakcik Aziz potong, tak sehari dua lagi akan panjang semula.
Hai... sejuknya kat dalam ofis ni. Tutuplah air cond ni.
Ooo...ujan lagi kat sana, ekk?
ReplyDeleteKat ganu ni dah cerah sikit, tapi masih sejuk lagi...
Hujan-hujan macam tu sedap tidur bawah selimut ye Chik..hehehe
ReplyDeleteHujan lagi?
ReplyDeleteke dah banjir?
sediakan payung sebelum hujan ya Kakchik..
Jawab sekaligus ya.
ReplyDeleteKak Tie, skrg hujan dah renyai-renyai, nyamuk pulak yang banyak.
Kak Tirana, tadi tu kat ofis memang rasa nak balik tido je, pakai selimut kain panas, wuih... sedapnya..
Ibnurashidi, mungkin akan banjir lagi tu... insya-Allah dah bersedialah juga.
mak saya kata terengganu pon asik hujan aje.huhu
ReplyDeletezara, hari ni cuaca dah cerah. bolehlah menjemur kain. harap2 wangi downy akan kekal beberapa hari... hehehe
ReplyDeletekak chik,
ReplyDeletekecik2 dulu saya pun suka mandi hujan..mak bagi main hujan masa hujan lebat, sebab kalau masa hujan renyai nanti demam..pastu duk bawah air hujan yang turun laju dr atas bumbung rumah..hehe..seronok..
dilah, memang seronok masa tu... tapi sekarang ni tengok hujan pun kalau nak ulang balik nostalgia tu kenalah mandi paip air hujan hehehe.
ReplyDelete