Followers

21.12.08

Setuju ke IJN Swasta & Kesian Dr. MAZA

Assalamualaikum semua. Semoga hari Ahad ni kita semua ceria-ceria selalu. Kami di Kelantan ni sedang bekerja di pejabat masing-masing (bagi yang bekerjalah) dan sudah pasti teman-teman di negeri-negeri Pantai Barat, sedang bercuti hujung minggu hari ni.


Gambar dari: Flickr

Ada yang merancang keluar makan angin, berkelah atau beriadah bersama keluarga & rakan-rakan, ada yang akan ke pasar membeli-belah keperluan dapur, ada juga akan ke 'shopping mall' mencari keperluan anak-anak yang akan kembali ke sekolah tak berapa lama lagi. Ada yang sedang merai tetamu yang datang bertandang di hujung minggu, tentulah nak sediakan makan-makan dan aktiviti bersama mereka. Hmm... bak kata pelbagai aktiviti yang sedang berlaku di saat KakChik menaip entri ini. Eh, ada juga yang belum bangun tidur tu... ha... cepat, cepat bangun, nanti hilang habis rahmat Allah di pagi hari ni. Hehehe...

Pagi ni KakChik bertugas di Kaunter Informasi kerana menggantikan rakan-rakan yang bercuti. Sambil duduk-duduk selepas mengemaskan buku di rak, bukakan penghawa dingin, buka Astro 551, cop dan susun suratkhabar hari ni di rak akhbar, naik ke 2 tingkat di atas tu untuk kemas dan susun buku, eh jumpa Siti Fatimah pelajar cemerlang Kelantan yang dapat 17A SPM. Dia datang membaca sementara menghabiskan cuti dari kolejnya. Bagus adik ni.

Dah siap semua tu baru KakChik turun semula ke bawah. Tak masuk ke pejabat sendiri pun lagi ni, mungkin bila Dila dan Cik Mat masuk nanti, ops, ada mesej.... nampaknya Cik Mat tak masuk la hari ni, MIL dia masuk Hospital Pakar Perdana sebab sesak nafas. Takpe Cik Mat, hari ni KakChik bagi EL ya. Sakit... dia datang kadang boleh dijangka, tapi dalam banyak keadaan, tak dapat dijangka macam apa yang berlaku kat pemuda 24 tahun yang disahkan pembawa virus HIV. Kesian dia, diuji dengan virus itu sedangkan beliau sendiri bukanlah seorang lelaki sosial atau pernah membuat pemindahan darah. Allah menguji hamba-Nya dalam pelbagai cara. Ujian sebegini KakChik pun tak mampu menggalasnya. Semoga dia tabah dan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

KakChik hidupkan komputer dan mula membaca akhbar 'online' kerana suratkhabar Zahra' dah dibaca oleh beberapa pengunjung, takkan nak ambil kan. Isu pengswastaan IJN, menjadi topik hangat setelah Kerajaan bercadang mengswastakannya. Pelik! Kenapa nak diswastakan? Bukankah IJN beroperasi dengan berjaya? Adakah Kerajaan berhasrat nak komersilkan institut tersebut? Harap-harap janganlah... Kata Tan Sri Dr Yahya Awang, pakar bedah jantung pertama negara yang juga antara orang yang memulakan projek IJN tu, "Pengswastaan IJN adalah satu kesilapan kerana pusat tersebut adalah tempat melatih pakar-pakar kardiak untuk hospital-hospital Kerajaan." Hairan jugakan, Kerajaan nak swastakan IJN, tapi staf IJN pun tak tahu pasal cadangan ni. Nampak sangat tak ada perbincangan antara dua pihak ini sebelum hasrat tersebut dikemukakan kepada rakyat. I can smell something fishy...la




Lepas tu belek-belek lagi, terjumpa pulak secubit berita tentang pengharaman lagu yang ditulis oleh Dr MAZA oleh RTM. Alasannya, lirik lagu tersebut mempunyai kata-kata yang kurang disenangi. Lagu bertajuk "Aku Bukan Musuh Harta" tu dinyanyikan oleh Kopratasa. Cuba kita tengok liriknya sebagaimana yang KakChik salin dari blog Minda Tajdid.


Ada yang pelik ke pada lirik tu? Kita sama-samalah fikir dan faham sendiri. Macam-macam dalam suratkhabar ni, bacalah dengan minda yang waras...

3 comments:

  1. IJN sekarang ni memang half government, half swasta tapi kalau nak diswastakan sepenuhnya, kesian rakyat yang kurang berkemampuan. Kos untuk operation jantung bukannya murah tapi sebab IJN ni half goverment, maka kosnya boleh tahan lagi compared to hospital swasta tapi kalau diswastakan sepenuhnya..kos tu tentu meningkat nanti. Kesian pada orang yang tak mampu.

    Lirik yang Dr Maza tulis tu..tak ada apa yang tak kena..betul belaka cuma sapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya lebih2 lagi kalau makan cili padi, mesti terlompat-lompat macam monyet, hehehe..

    ReplyDelete
  2. salam kak chik..mengulas komen kak tirana di atas tu..yan setuju sgt..bila IJN d swastakan sepenuhnya..kesian lah pada mereka2 yang tak mampu..kos pun makin tinggi..aiseh..sapelah yg buat cadangan gini??

    Lirik lagu tu ok aje..tak nampak pun mana yg tak betulnye..

    ReplyDelete
  3. Kak Tirana & Yan - Ooo... rupanya IJN korporat sebelum ni, ingatkan sepenuhnya di bawah Gomen. KakChik pun berpandangan banyak kesusahan bagi orang susah bila IJN swasta sepenuhnya. Bak kata makin sukarlah nak dapatkan khidmat kesihatan untuk jantung nanti. Benda-benda swasta bukannya murah...

    Lirik lagu tu... agaknya pihak RTM makan cili banyak sangat tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs